Sep 7, 2015

10 bahasa 'dosa' dengan anak

10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK

Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.

Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan,  inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?

2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang Allah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”

Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?

Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”

Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak.
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.

Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.
Subhanallah sangat benar...kesilapan biasa yg berlaku. Terimakasih atas perkongsian.

Jika ada tulisan yang memberi saranan bgmn menggantikan perkara perkara negatif ni...blh share disini...sangat membantu menjadi ibubapa yg berkesan.

Peringatan utk diri sya juga utk menjadi parents yg lebih baik (in future) ^_^

Aug 10, 2015

orang yang bahagia

Terdapat 2 jenis orang di dalam dunia ini : mereka yang memilih untuk bahagia dan mereka yang tdak memilihnya. Berlawanan dengan pandangan ramai – kebahagian bukanlah datangnya dari kekayaan, populariti, harta-benda dan sebagainya – ianya datang dari diri individu itu sendiri. Orang paling kaya didunia mungkin berserabut pemikirannya dan seorang yang tidak punya apa-apa bahagia dengan setiap langkah dan detik di dalam hidupnya. Orang yang bahagia bergembira kerana mereka memilih untuk membahagiakan diri mereka. Mereka sentiasa positif di dalam melihat kehidupan dari segenap aspek dan sentiasa tenang dengan diri mereka sendiri.

Persoalannya – bagaimanakah mereka melakukannya?

Jawapannya adalah mudah. Orang yang bahagia mempunyai tabiat yang menambahbaik kehidupan mereka. Mereka melakukan sesuatu dengan berbeza. Tanyalah kepada setiap orang yang bahagia – jawapannya adalah sama, iaitu :-

1. Jangan simpan dendam.

Orang yang bahagia faham yang perbuatan memaafkan (forgive and forget) adalah lebih baik dari menyimpan dendam kesumat. Dendam mempunyai pelbagai impak negatif kepada kebahagiaan termasuklah memberikan tekanan dan stress yang melampau. Kenapa perlu memberikan “kuasa” kepada orang yang berbuat salah kepada kita untuk terus menekan dan menghantui kita? Sekiranya anda memaafkan – fikiran akan menjadi tenang dan anda akan bertenaga untuk menikmati pelbagai perkara yang baik dan menarik di dalam hidup ini.

2. Layanlah dengan penuh kebaikan.

Tahukah anda dengan melayan setiap orang lain dengan penuh kebaikan membuatkan anda lebih gembira dan bahagia? Ia telah terbukti secara saintifik dimana setiap kali anda melakukan perkara (kebaikan) yang tidak mementingkan diri sendiri – otak akan mengeluarkan ‘Serotonin”  iaitu sejenis hormon yang melegakan tekanan dan menaikkan semangat. Bukan itu sahaja, dengan melayan orang lain dengan penuh hormat dan kasih sayang anda akan turut dihormati dan ini akan mengeratkan lagi perhubungan sesama rakan, saudara dan juga orang lain.

3. Lihatlah masalah sebagai cabaran

Orang yang bahagia sentiasa melihat masalah sebagai satu cabaran – bukannya sebagai situasi penghalang, payah ataupun sukar. Sekiranya dilihat sebagai satu cabaran – masalah akan bertukar menjadi peluang untuk cuba meyelesaikannya dan sebagai satu tugas yang perlu disiapkan. Jadi, setiap kali berhadapan dengan masalah – anggaplah ia sebagai satu cabaran.

4. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Orang yang bahagia sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Pepatah mengatakan ” Orang yang bahagia tidak mempunyai semua yang terbaik tetapi mereka menggunakan apa yang mereka ada dengan sebaik-baiknya”. Anda akan lebih berasa gembira sekiranya anda bersyukur dengan apa yang ada daripada terus mengeluh dengan apa yang anda tidak ada.

5. Bercita-cita tinggi

Orang yang bercita-cita tinggi (dream big) selalunya akan berjaya mencapai cita-citanya itu daripada orang yang tidak bercita-cita langsung. Sekiranya anda bercita-cita tinggi, otak serta pemikiran anda akan menetapkan fokus bagi mencapai cita-cita tersebut.

6. Jangan membesarkan perkara yang kecil

Orang yang bahagia tidak peduli dengan perkara kecil yang remeh-temeh. Mereka akan bertanya kepada diri sendiri ‘Adakah perkara ini akan menjadi hal dalam tempoh sebulan atau setahun akan datang?” Bagi mereka, hidup ini adalah singkat untuk dibebankan dengan perkara yang kecil. Mereka gembira menjalani hidup dengan mengenepikan perkara kecil yang remeh.

7. Bercakap baik tentang orang lain

Menjadi baik atau berbuat baik adalah lebih bahagia dari menjadi atau berbuat jahat. Sama juga dengan berkata benda yang baik adalah lebih bahagia serta mulia dari berkata benda yang jahat – apatah lagi mengenai diri orang lain. Walaupun ber”gossip” itu seronok – namun bercakap tentang keburukan seseorang akan membuatkan diri anda menjadi geram dan kadangkala rasa bersalah akan muncul. Bercakap atau bercerita kebaikan seseorang akan membuatkan anda berfikiran lebih positif dan tidak menilai diri orang lain.

8.  Jangan memberi alasan

Benjamin Franklin pernah berkata yang “Seseorang yang pandai memberi alasan selalunya tidak pandai di dalam apa jua perkara lain”. Orang yang suka memberi alasan adalah orang yang tidak berguna. Orang yang bahagia tidak memberikan alasan atau menyalahkan orang lain sekiranya mereka gagal.  Mereka sentiasa menyalahkan diri sendiri dan akan cuba membuat yang lebih baik di masa hadapan.

9. Lupakan kisah silam

Orang bahagia tidak memikirkan atau mengenang kisah-kisah silam. Mereka sentiasa menjalankan kehidupan yang terbaik untuk hari ini dan merancang yang terbaik untuk hari esok. Memikirkan secara keterlaluan perkara yang sudah lepas serta perkara yang akan berlaku di masa hadapan sering membuatkan diri menjadi runsing dan tertekan. Jalanilah da nikmatilah hidup pada hari ini dengan sebaiknya seolah tiada hari esok.

10. Bangunlah pada waktu yang sama setiap pagi

Tidakkah anda perasan yang orang yang bahagia dan berjaya selalunya orang yang bangun awal pagi. Bangun pada masa yang sama setiap pagi akan menetapkan ritma sirkulasi tubuh badan. Hasilnya – produktiviti diri akan meningkat dan membuatkan anda sentiasa fokus. Dan ingat..pintu rezeki sentiasa terbuka di awal pagi.

11. Elakkan perbandingan sosial

Setiap orang bekerja dan berfungsi pada kadar diri mereka masing-masing – ada yang laju, ada yang perlahan dan ada yang sederhana. Ada yang sudah berjaya, adaya yang belum berjaya dan ada yang masih sedang mencuba. Sekiranya anda merasakan diri anda berjaya dan lebih bagus dari orang lain – anda akan mempunyai sifat takbur. Manakala sekiranya anda merasakan anda lemah dan gagal dan orang lain lebih baik serta bagus dari anda – maka anda akan merasa terlalu rendah diri pula. Jadi usahlah dibandingkan diri anda dengan orang lain. Anda akan lebih bahagia dan gembira jika anda menumpukan perhatian terhadap usaha serta pencapaian anda dan memuji kejayaan orang lain. Dan ingat..perbandingan sosial ini juga adalah antara penyebab perasaan hasad dengki.

12. Pilih kawan yang sesuai

Amat penting bagi anda untuk dikelilingi oleh rakan-rakan yang optimistik dan sentiasa berfikiran positif. Rakan yang optimistik akan sentiasa mendorong anda untuk mencapai cita-cita anda manakala rakan yang pesimis pula akan sentiasa menghadirkan rintangan serta masalah terhadap cita-cita anda. Lagi banyak tenaga positif di persekitaran anda maka anda akan merasa bertamabah lega, senang dan bahagia.

13. Jangan meminta izin atau kebenaran orang lain

Orang yang bahagia dan berjaya tidak peduli dengan cakap-cakap orang. Mereka tidak perlu meminta kebenaran dari orang lain untuk berbuat sesuatu yang membahagiakan mereka. Anda perlu tahu yang adalah mustahil untuk memuaskan hati semua pihak. Namun, perlu dengar pendapat mereka dan keputusannya andalah yang buat sendiri tanpa memohon kebenaran mereka. Namun begitu, seorang isteri haruslah meminta izin suami untuk melakukan sesuatu yang melibatkan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri.

14. Lebihkan mendengar dari bercakap

Kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar – kerana dengan mendengar akan membuat fikiran anda lebih terbuka terhadap pendapat, kebijaksanaan maupun kebodohan orang lain. Lebih peka anda mendengar – lebih tertumpu serta tajam pemikiran anda.

15. Eratkan hubungan sosial.

Orang yang bersendirian (penyendiri) adalah orang yang sengsara dan bermasaalah. Orang yang bahagia dan gembira tahu bahawa hubungan sosial yang sihat dan erat adalah sangat penting. Jadi selalulah berhubung dengan saudara, rakan-rakan, jiran serta orang yang penting di dalam hidup anda.

16. Meditasi.

Meditasi adalah perbuatan duduk berdiam diri dan mengosongkan pemikiran – bagi merehatkan minda. Bagi kita orang Islam, solat adalah meditasi yang terbaik. Solat 5 waktu mampu merehatkan minda serta membersihkan jiwa dari segala sifat yang tidak diperlukan di dalam diri. Orang yang bahagia tahu dimana mereka perlu merehatkan minda dan menenagkan jiwa ketika berhadapan dengan dengan rintangan, halangan, dugaan serta perasaan amarah.

17. Pilih makanan yang terbaik.

Jangan makan dengan kerap makanan ringan yang tidak elok dan tidak berkhasiat. Makanan ringan membuatkan anda menjadi lembap – anda tidak akan gembira sekiranya badan dan pemikiran anda lembap. Setiap makanan yang dimakan akan memberi kesan terhadap pengeluaran hormon-hormon yang menentukan, tenaga,  perasaan, sifat serta mood anda. Jadi sentiasa makan makanan yang berkhasiat bagi menjamin kesihatan mental dan juga fizikal.

18. Kerap bersenam

Kajian menunjukkan senaman menaikkan tahap kegembiraan seseorang dengan lebih baik. Bersenam juga akan meningkatkan tahap kendiri dan membuatkan anda lebih yakin dengan diri anda serta memberikan rasa pencapaian yang lebih tinggi.

19. Hidup bersederhana.

Orang bahagia sentiasa ringkas di dalam kehidupan seharian. Rumah mereka tidak terlalu padat dengan perabot dan aksesori yang merimaskan yang akhirnya akan memeningkan kepala mereka. Kajian menunjukkan orang yang tinggal di rumah kecil, dengan perabot yang ringkas, berkereta sederhana dan tidak mempunyai banyak harta adalah lebih bahagia.

20. Bercakap benar

Menipu membuat anda stress, menghakis sifat atau jati-diri serta membuatkan anda tidak disukai. Menjadi seorang yang jujur membuatkan anda lebih terasa bebas, mental anda lebih stabil dan juga perhubungan sosial anda akan sentiasa baik. Jasi, sentiasalah bercakap benar dan bersifat jujur.

21. Kebolehan mengawal diri.

Orang yang bahagia mempunyai kebolehan untuk menentukan haluan atau arah tuju beliau sendiri. Mereka tidak membenarkan orang lain mengawal diri serta kehidupan mereka. Kebolehan menjalani serta mengawal hidup sendiri meningkatkan lagi tahap jati-diri (self-esteemed).

22. Terimalah seadanya

Sekiranya anda boleh menerima yang hidup ini serta diri anda secara fizikalnya adalah tidak sama dari seorang individu kepada individu yang lain – anda akan merasa lebih tenang dan aman. Janganlah dibandingkan hidup anda dengan orang lain – betapa cantiknya orang itu dan anda tidak, betapa tingginya dia dan anda rendah dan sebagainya lagi.  Anda perlu fokus kepada perkara yang di dalam kawalan anda dari memikirkan ciptaan tuhan yang tidak boleh anda ubah.

kredit:master maza

Jun 20, 2015

beramal dan berdakwah

credit Master maza:

Nabi SAW bersabda : “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat”. (HR Ahmad, Bukhari, Tarmidzi)

Setiap umat islam yang baligh bahkan anak-anak pun hafal Al Faatihah. Al Faatihah itu 7 ayat sedangkan yang dikatakan Nabi SAW : “Sampaikanlah walau satu ayat”. Jadi, paling minimal setiap orang islam sudah hafal 7 ayat.

Jadi, tidak ada alasan kalau kita tidak buat dakwah. 

Nabi SAW baru faham 5 ayat sudah diperintahkan buat dakwah. Kita sudah tahu 7 ayat. Jadi, tidak ada alasan kalau kita tidak buat dakwah.

Abu Bakar baru tahu satu kalimat “Laa ilaaha illallaah Muhammadur Rasulullah” sudah diperintahkan buat dakwah. Kita sudah boleh solat, zikir, doa dsb. Jadi, tidak ada alasan kalau kita tidak buat dakwah.

niat beramal dan sampaikan...

Menyampaikan kebenaran atau kebaikan pastilah tidak mudah. Karena untuk itu, kita sendiri wajib lebih dulu mengamalkan apa yang akan kita sampaikan dan selain itu, dakwah itu harus kita mulai dari scope yang terkecil dahulu, misalnya kepada suami/istri, anak dan kerabat dekat lainnya seperti firman Allah SWT dalam QS Asy Syu'ara (26):214-215:

 

"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman."

 

Dalam berdakwah, kita juga harus sabar melakukannya dan bertawakkal kepada Allah SWT. Karena kewajiban kita hanya menyampaikan dan mengajak.

 

Janji Allah SWT terhadap orang-orang yang berani dan mau menyampaikan kebenaran serta mengajak orang lain pada kebaikan secara terang-terangan, adalah pemeliharaan dan penjagaan dari Allah SWT seperti firmanNya:

 

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu)." (QS Al Hijr)

 

Maka dari itu, janganlah takut, bila kita telah mengamalkan perintah Allah dan merasakan nikmatnya maka wajiblah kita untuk menyampaikan kebenaran itu dan mengajak orang lain yang belum melaksanakan perintah Allah itu.

 

Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang Istiqamah di jalanNya dan menjadikan kita pembela agamaNya. Amiin

tazkirah kifarah

credit to master maza

Banyak maksud yang Allah nak sampaikan bila musibah atau sakit datang kat kita.

Mungkin, mahu menghapuskan dosa-dosa kita. Mungkin, tanda Allah kasih dan banyak lagi kemungkinan yang ada. Everything happens for a reason. InshaaAllah, kita akan nampak hikmahnya selepas itu. Mungkin lama nak nampak, atau mungkin sekejap. Terpulang pada diri kita sendiri. 

Kenapa terpulang pada diri sendiri? 

Selama ni kita tak perasan yang mungkin Allah dah banyak kali tegur kita. Allah hadirkan hidayah kepada kita. Tapi kita? Langsung, buat-buat tak nampak, atau mungkin sengaja tak nak nampak dek kerana terlalu sayang jahiliah kita itu.

Itu maksudnya siapa yang Allah pilih untuk terima hidayah akan diberi kefahaman dalam agamanya.

Cara nak dapat hidayah?

Dekatkan diri dengan Allah. Kembali kepada Allah. Lazimi taubat, istighfar, zikrullah. Baca Al-Quran, tadabbur ia. Buat amal jariah. Sedekah. Senang cerita apa-apa sahaja yang boleh buat Allah redha. InshaaAllah.

Rahsia Amalan 40 hari

credit to master Maza

Mengapa sesuatu amalan itu harus dilakukan di dalam 40 hari? Banyak amalan zikir orang dulu-dulu yang meletakkan syarat kena diamalkan selama 40 hari barulah berkesan.

Hadis riwayat Imam Ahmad:

  “Sesungguhnya setiap orang di antara kalian dikumpulkan penciptaannya di dalam perut (Rahim) ibunya selama 40 hari sebagai nuthfah (air mani). Lalu dalam masa 40 hari berikutnya berubah menjadi alaqah(segumpal darah). Kemudian setelah 40 hari berikutnya berubah menjadi mudhghah (segumpal daging). Kemudian Allah mengutus seorang malaikat yang diperintahkan untuk meniupkan roh kepadanya, seraya menuliskan 4 perkara iaitu menetapkan ajalnya, amal perbuatannya dan ketentuan apakah ia tergolong dalam orang yang celaka ataukah orang yang berbahagia”.

RAHSIA AMALAN...
*Sesuatu yg dilakukan secara berterusan iaitu istiqomah selama 21 hari, ia akan trbentuk menjadu satu SIKAP... Dalam tempoh 21 hari, neuro connection & neuro pathway akan menjadi satu jaringan di otak dan membentuk satu sikap... ia akan menjadi tabiat rutin..
* Apabila ia ditambah kpd 40 hari, ia akan menjadi setitis darah..
* Seterusnya jika ditambah lagi kpd 120 hari, ia akan meresap keseluruh tubuh... ini adalah bersamaan dgn jangka hayat sel darah...

# Jadikan lah sesuatu amalan baik sesuatu yg sebati dgn darah daging yg dapat melatih diri untuk takwa, bergantung pd Allah,menguasai nafsu, menjadi hebat, mendekatkn diri kpd Allah serta berfikiran positif.....

sesetengahnya menyebutkan amalan jazam..yakni menjazamkan amalan supaya sebati dengan diri.

sempena ramadhan ini mari kita sama2 menjazamkan amalan ini                                       istihgfar 100x,selowat,100x,laillahaillah 100x ,lahaulawalaquwata illa billah 100x laillahaillanta subhanaka inni kuntu minal zolimin 100x selama 40 hari..waktu terserah masing2..bagi wanita zikir datang bulan boleh amalkan tiada masalah.

selamat beramal dan istiqamah :)

Faedah berzikir

credit to Master Maza

Hafiz Ibnu Qaiyim r.a adalah seorang ulama' hadis yang termasyhur. Beliau mengarang sebuah risalah bernama Al-Wabil yang mengandungi berbagai-bagai penjelasan mengenai kelebihan berzikir.

Di dalam risalah itu, beliau berkata bahawa zikir mempunyai faedah kira-kira lebih daripada seratus faedah. Tujuh puluh sembilan faedah beliau menukilkan di dalam risalah tersebut.

faedah-faedah zikir itu satu persatunya serba ringkas.
1. Zikir adalah menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T redha.

3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

4. Zikir adalah menggembirakan hati
5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.

6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.

7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni murah rezeki).

8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya, seseorang itu merasa gentar.

9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah S.W.T kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapat cinta Ilahi itu, maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya.

Sebagaimana mutala'ah dan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu, demikianlah zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

10. Zikir adalah mendatangkan hakikat muraqabah. Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat insan.

Dengan adanya martabat insan, maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan seolah-olah ia melihat-Nya (keadaan seperti inilah merupakan tujuan asasi daripada perjuangan para sufi).

11. Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini, lama-kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah S.W.T menjadi pelindung dan pembantu baginya.

12. Zikir adalah membawa seseorang kepada takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak, maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan sebaliknya jika ia bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah S.W.T.

13. Zikir adalah membukakan pintu makrifat kepada Allah S.W.T.

14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kebesaran Allah S.W.T dan melahirkan semangat buat merapatkan diri dengan-Nya.

15. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Kerana itu ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku ingat pula kepadamu."
(Al-Baqarah : 152) 
Dan diterangkan pula di dalam hadis yang bermaksud :

"Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingati
pula di dalam hati-Ku."

16. Zikir adalah menghidupkan hati. Perbandingan zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan dengan air. Ingatlah apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada di dalam air?

17. Zikir adalah santapan bagi roh dan hati. Andaikata keduanya tidak dapat menikmati santapannya maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat makanannya.

18. Zikir adalah membersihkan hati daripada karatan (kekotoran) sepertimana diterangkan di dalam hadis bahawa tiap-tiap satu mempunyai daki dan kekotoran baginya. Daki dan kekotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan berzikir.

19. Zikir adalah menghapuskan dosa dan maksiat. 
20.Zikir adalah menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah S.W.T. Sebenarnya hati orang yang lalai itu diselubungi oleh rasa ragu dan gelisah terhadap Allah. Ianya hanya dapat dihapuskan hanya dengan zikir. 

21. Zikir adalah menyebut Allah, orang yang berzikir itu dikelilingi oleh Arsy Ilahi.

22.Barangsiapa ingat kepada Allah dalam kesenangan, Allah ingat pula kepadanya apabila ia di dalam kesusahan.

23.Zikir adalah melepaskan orang yang berzikir itu daripada azab Allah S.W.T.

24.Zikir adalah menyebabkan turunnya sakinah dan para malaikat melingkungi orang-orang yang berzikir itu.

25.Zikir adalah menyebabkan selamatnya lidah seseorang yang berzikir itu daripada mengumpat, mencela, berdusta, maki-hamun dan cakap sia-sia.

Telah dibuktikan oleh kenyataan bahawa barangsiapa yang membiasakan lidahnya dengan berzikir, maka terselamat dari sifat keji.

Sebaliknya orang yang tidak biasa dengan zikir maka dengan sendirinya ia terlibat dalam keburukan dan sifat-sifat yang keji itu.

26.Zikir akan memasukkan orang yang berzikir itu ke dalam golongan orang yang berbahagia, demikian juga bagi orang yang mendampinginya.

Sebaliknya orang-orang yang lalai dan membuat kerja-kerja yang sia-sia adalah tercampak ke dalam kancah kecelakaan. Demikian juga bagi mereka yang menyertainya.

27.Zikir akan memelihara orang yang berzikir dari menyesal pada hari kiamat.

28.Jika orang yang berzikir sambil menangis-nangis dalam keadaan sunyi diri, maka pada hari kiamat ia akan didiamkan di bawah naungan Arasyh Ilahi. Pada hari kiamat di mana manusia akan berteriak dan menjerit-jerit kerana kepanasan hari yang sangat dahsyat itu.

29.Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir, maka Allah S.W.T mengurniakan kepadanya lebih dari orang yang meminta kepada-Nya.

Di dalam hadis Qudsi, Allah S.W.T ada berfirman:
"Barangsiapa tertahan oleh zikir-Ku daripada berdoa, nescaya Aku berikan kepadanya lebih daripada yang Aku berikan kepada orang yang berdoa."

30.Zikir merupakan satu ibadat yang ringan dan mudah sekali, namun ia adalah amalan yang lebih afdal dan utama dari semua ibadat kerana menggerakkan lidah itu lebih mudah dari menggerakkan seluruh badan.

31. Zikir merupakan pohon di dalam syurga.

32.Nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada orang yang berzikir, tidaklah diberikan kerana amalan yang lain.

33.Seseorang yang berzikir berterusan dengan istiqamah, ia akan terselamat daripada melukakan dirinya yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat.
Allah memperingatkan kita manusia di dalam Al-Quran:
"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan dirinya sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik."
(Al-Hasyar)

Maksudnya supaya kamu janganlah menjadi orang-orang yang tidak menghiraukan Allah S.W.T, lantas Allah menjadikan mereka tidak menghiraukan diri mereka sendiri yakni hati perasaan dan akal fikiran mereka dilemahkan sehingga mereka tidak dapat menjalani jalan yang menuju ke arah kejayaan yang hakiki.

34.Seseorang akan merasakan keamanan dan ketenangan jiwa tatkala lidahnya basah menyebuti zikir sehingga ia cinta kepada zikir.

Bahkan zikrullah itu lebih mustahak lagi kerana jika segala-galanya itu tidak tersedia, maka tubuh kasar manusia itu sahaja yang akan binasa, sebaliknya jika tiada zikir, roh dan hati juga akan turut binasa.

35.Dengan zikir, manusia akan mencapai kemajuan dan kejayaan dengan secara terus-menerus ketika ia sedang beristirehat ataupun ia sedang sakit, ketika ia sedang sibuk dengan mengecap nikmat hidup ataupun berada di dalam serba kekurangan.

Jika hati perasaannya sudah bersinar dengan sinaran zikir, maka dalam setiap keadaan ia akan meningkat ke peringkat yang setinggi-tingginya.

36.Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dalam dunia ini ataupun di dalam kubur.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:
"Apakah orang yang sudah mati (sudah sesat) kemudian Kami hidupkan ia (menjadi ia agama Islam) dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang.

Dengan cahaya itu, dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia (nur itu sentiasa bersama dengannya) serupa dengan orang yang berada di dalam keadaan gelap-gelita yang tidak dapat keluar daripadanya."
(Al-An’am: A:122 S:6 J:7)

Hati perasaan orang yang berzikir akan bersinar gilang-gemilang dengan cahaya makrifat. Nur adalah sesuatu yang teragung sekali. Ianya membawa kepada kejayaan yang gilang-gemilang.

Lantaran itulah, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menuntut dan memohon dengan berulang-ulang kali dan meminta nur itu bagi setiap anggota tubuhnya sepertimana doa-doa yang didapati di dalam kitab-kitab hadis yang didoakan oleh baginda s.a.w seperti yang berikut di bawah ini:

"Ya Allah ! Berikanlah nur kepada dagingku, nur pada tulang-tulangku, nur pada rambutku, nur pada kulitku, nur pada pendengaranku, nur pada penglihatanku, nur dari atasku, nur dari bawahku, nur dari kananku, nur dari kiriku, nur dari mukaku, nur dari belakangku dan jadikanlah nur itu di dalam diriku dan juga besarkanlah nur itu untukku."

Maka menerusi nur itulah, amalan perbuatan seseorang itu akan bercahaya terang benderang sehingga amal perbuatan yang baik dari seseorang itu dibawa ke langit yang didapati daripadanya cahaya seperti cahaya matahari dan nur yang serupa itulah akan kelihatan pada mukanya di hari kiamat nanti.

37.Zikir adalah intisari ilmu tasawuf yang diamalkan oleh setiap ahli tariqat. Jika telah terbuka pintu zikir bagi seseorang, bererti telah terbuka baginya jalan yang menuju ke jalan Allah.

Barangsiapa yang telah menuju ke jalan Allah, nescaya ia telah dapat segala-galanya yang dikehendaki kerana tidak berkurangan apa-apa pada khazanah Ilahi.

38.Pada hati manusia, ada satu bahagian yang tidak subur melainkan zikrullah. Apabila zikir menguasai hati maka bukan ia menyubur bagi hati itu sahaja bahkan ia menjadi orang yang berzikir itu hidup dengan makmur walaupun ia tiada harta benda.

Memuliakannya walaupun tidak berkeluarga dan menjadikannya pengusaha walaupun ia tidak mempunyai kerajaan.

Sebaliknya orang yang lalai daripada berzikir pasti dia akan dihinakan walaupun ia mempunyai harta benda, kaum keluarga dan kerajaan yang besar.

39.Zikir adalah menghimpunkan kembali yang telah bercerai dan menceraikan yang telah berhimpun, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat.

Yakni hati perasaan manusia yang diselubungi oleh berbagai keraguan, dukacita dan kegelisahan itu semuanya dilenyapkan sama sekali dan dilahirkan ketenteraman dan ketenangan jiwa.

Hati perasaan dan jiwa manusia yang dikuasai oleh perbuatan yang keji-keji itu dibersihkan. Manusia yang sentiasa digodai dan dikuasai oleh tentera-tentera syaitan itu diceraikan daripadanya.
Akhirat yang jauh itu didekatkan dan dunia yang dekat itu dijauhkan dari manusia.

40.Zikir adalah menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkannya daripada lalai. Selagi hati dan jiwa manusia tidak sedar, maka selama itulah ia mengalami kerugian demi kerugian.

41. Zikir adalah merupakan satu pohon yang setiap masa mendatangkan buah makrifat. Menurut istilah ulama’-ulama’ tasawuf, pohon itu mendatangkan buah ahwal dan makamat.

Semakin zikir itu diperbanyakkan semakin akar pohon itu kukuh. Semakin akarnya kukuh, semakin itulah pohon itu mengeluarkan buahnya.

42.Zikir adalah mendekatkan hamba kepada Allah. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Sesungguhya Allah S.W.T beserta dengan orang-orang yang bertaqwa (takut)."

Di dalam hadis Qudsi Allah S.W.T berfirman:
"Adalah Aku menyertai hamba-Ku selama ia mengingati Daku."

Di dalam hadis Qudsi yang lain, Allah telah berfirman:
"Orang-orang yang mengingati Aku itu ialah orang Aku.

Aku tidak menjauhkan dari rahmat-Ku. Jika mereka bertaubat dari dosa-dosa mereka, maka Aku menjadi kekasih bagi mereka, tetapi sebaliknya jika mereka tidak bertaubat, maka Aku menjadi jururawat bagi mereka.

Aku mencampakkan mereka ke dalam kancah penderitaan supaya Aku membersihkan mereka dari dosa-dosa."

Penyertaan Allah S.W.T yang dicapai menerusi zikir itu adalah penyertaan yang tidak ada tolok bandingnya. Hakikat penyertaan itu tidak mungkin dicatit dan tidak mungkin juga dibicarakan.

Kelazatannya dengan erti kata yang sebenar boleh dirasai oleh orang yang telah mencapainya.

43.Zikir adalah seimbang dengan memerdekakan hamba, membelanjakan harta dan berjuang di jalan Allah.

44.Zikir adalah sumber syukur. Barangsiapa yang tidak mengingati Allah, ia tidak dapat bersyukur kepada-Nya.

Di dalam sebuah hadis menceritakan bahawa Nabi Musa a.s pernah berkata kepada Allah,
"Ya, Allah ! Engkau telah menganugerahkan kepadaku nikmat-nikmat yang amat banyak, maka tunjukilah aku cara-cara bersyukur supaya aku sentiasa dapat bersyukur kepada-Mu." 

Kemudian Allah S.W.T berfirman kepada Nabi Musa, "Sebanyak yang engkau berzikir, sebanyak itulah engkau bersyukur."

Allah berfirman:
"Hendaklah lidahmu sentiasa dibasahi dengan berzikir."

45.Yang mulia di antara orang-orang yang bertaqwa pada sisi Allah ialah yang sentiasa sibuk dengan berzikir kerana natijah taqwa ialah syurga sedangkan natijah zikir ialah penyertaan Allah S.W.T.

46.Pada hati manusia ada semacam kekerasan yang tiada berubah menjadi lembut melainkan dengan berzikir.

47.Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.
48.Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah. Lalai adalah sumber permusuhan dengan-Nya.

49.Tiada satu apa pun yang menambahkan nikmat-nikmat Allah dan menyelamatkan daripada azab-Nya lebih daripada zikrullah.

50.Allah S.W.T menurunkan rahmat-Nya kepada orang-orang yang berzikir dan para malaikat berdoa untuk mereka.

51. Barangsiapa yang ingin menikmati syurga sedangkan ia masih berada di dalam dunia ini maka hendaklah ia menyertai majlis-majlis zikir kerana zikir itu adalah umpama taman-taman syurga.

52.Majlis zikir adalah majlis para malaikat.

53.Allah S.W.T membanggakan orang yang berzikir di hadapan para malaikat.

54. Barangsiapa sentiasa berzikir, ia akan masuk ke dalam syurga tersenyum-senyum.

55.Segala amalan diwajibkan semata-mata kerana zikrullah.

56. Amalan yang paling afdal ialah amalan yang disertakan zikir sebanyak-banyaknya. Puasa yang paling afdal ialah puasa yang disertakan zikir sebanyak-banyaknya. Haji yang paling afdal ialah haji yang disertakan dengan zikir sebanyak-banyaknya. Demikian juga jihad dan amalan yang lain-lain.

57. Zikir ialah pengganti bagi ibadat-ibadat nafilah (ibadat-ibadat sunat). Pada satu ketika, satu golongan orang yang miskin telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w merayu hal mereka kepada Rasulullah s.a.w:

“Ya, Rasulullah s.aw! Saudara kami yang berharta-benda telah meningkat darjat yang setinggi-tingginya disebabkan harta kekayaan mereka. Mereka bersembahyang seperti kami bersembahyang, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, tetapi kerana harta kekayaan, mereka telah mendahului kami dengan mengerjakan haji, umrah, jihad dan lain-lain."

Sebagai menjawab Rasulullah s.awbersabda:
"Mahukah kamu sekelian aku ajarkan sesuatu untuk mendahului sesama kamu sehingga tiadalah lagi seorang pun yang lebih afdal daripada kamu kecuali orang yang berbuat seperti yang kamu perbuat?"

Selanjutnya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bacalah kamu sekelian selepas tiap-tiap sembahyang." (berzikir)
Ini menunjukkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w menganggap zikir ini sebagai pengganti haji, urnrah, jihad dan lain-lain (bagi orang yang tidak berada).

58. Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat lain. Dengan berzikir sebanyak-banyaknya, maka ibadat yang lain itu menjadi lebih mudah dan senang malah kelazatan ibadat-ibadat itu pun dirasai benar.

Oleh itu, semua ibadat itu dapat dikerjakan tanpa keberatan dan kesukaran apa-apa.

59.Dengan berzikir, semua keberatan akan menjadi ringan. Setiap kesukaran akan menjadi ringan dan semua bala bencana akan lenyap.

60.Lantaran zikirlah, segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar. Zikrullah adalah mempunyai satu kuasa yang khas untuk melahirkan ketenteraman dan akan melenyapkan ketakutan.

Ianya mempunyai kesan yang istimewa di mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya, semakin itulah akan mencapai ketenteraman dan akan lenyap ketakutan.

61.Zikir adalah melahirkan kekuatan dan tenaga yang terkhas kepada manusia. Dengan kekuatan itu, ia dapat menyelenggarakan urusan-urusan yang agak sukar.

62.Pemberesan urusan-urusan akhirat adalah dahulu-mendahului di antara satu sama lain. Di dalam mendahului antara satu sama lain ini, yang kelihatan di hadapan sekali ialah orang-orang yang berzikir.

Diriwayatkan dari Omar Khadam Gufarah r.a katanya:
"Apabila amal perbuatan manusia diganjari pada hari kiamat maka sebahagian besar dari manusia akan menyesal sambil berkata:

"Alangkah bagusnya jika dahulunya kita memperbanyakkan amalan yang ringan dan mudah sekali iaitu zikir."

Di dalam sebuah hadis ada dilaporkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Telah mendahului mereka yang mufarrid."

Para sahabat bertanya:
"Siapakah yang mufarrid itu, ya Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Mereka yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya kerana zikir adalah meringankan bebanan mereka."

63.Allah S.W.T sendiri membenarkan dan memuji orang-orang yang berzikir. Orang-orang yang dibenarkan oleh Allah S.W.T tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama orang yang berdusta.

64. Zikir adalah menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. Apabila seseorang hamba berhenti daripada berzikir maka para malaikat berhenti daripada membina rumah itu.

Apabila mereka ditanya, "Mengapakah kamu berhenti membina rumah itu?"

Maka mereka menjawab, "Bahawa perbelanjaannya belum tiba lagi."

Di dalam sebuah hadis lagi ada disebutkan barangsiapa yang mengucapkan (berzikir) sebanyak 7 kali, nescaya dibinakan satu menara untuknya di dalam syurga.

65. Zikir adalah perisai atau pendinding bagi Neraka Jahannam. Barangsiapa yang dimasukkan ke dalamnya kerana amal perbuatannya yang tidak baik, maka zikirnya itu menjadi pendinding di antaranya dengan Neraka Jahannam tersebut. Semakin banyak berzikir dibuat maka semakin kuatlah pendinding itu.

66. Para malaikat beristighfar (memohon keampunan) bagi orang yang berzikir. Diberitakan kepada Amar bin Aas r.a yang beliau meriwayatkan bahawa apabila seseorang hamba mengucapkan (berzikir) maka para malaikat berkata, "Ya, Allah! Ampunilah dia." (Dan termaklum bahawa doa para malaikat itu tidak ditolak malahan terus dikabulkan).

67.Jika seseorang berzikir di atas gunung atau di tanah datar, maka tempat tersebut akan merasa bangga.

Di dalam sebuah hadis ada diberitakan bahawa gunung-gunung bertanya¬tanyakan di antara satu sama lain bahawa hari ini adakah seseorang yang berzikir itu melalui di atas engkau.

Jika diberitahukan, "Ya, ada yang melaluinya maka ia akan berasa gembira lagi bangga."

68.Memperbanyakkan zikir adalah merupakan sijil bagi kelepasan bagi kemunafikan.

Allah S.WT telah berfirman:
"Mereka tidak mengingati Allah melainkan sedikit."
(An-Nisa A:142 S:4 J:5 M/S:101)

Ka'ab Akhbar r.a berkata:
"Barangsiapa berzikir sebanyak-banyaknya terpelihara ia daripada kemunafikan."

69.Berbanding dengan amalan-amalan yang baik maka zikir mempunyai satu kelazatan yang tidak didapati pada amalan¬amalan yang lain.

Jika zikir tidak mempunyai satu fadilat pun selain daripada kelazatan tadi maka memadailah dia. 
Malik bin Dinar r.a berkata, "Bahawa seseorang tidak akan berasa lazat dari suatu apa pun seperti kelazatan berzikir."

70.Pada wajah orang berzikir itu didapati kegembiraan di dunia ini dan akan kelihatan nur padanya di hari kiamat. 

71. Barangsiapa yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya di tengah-tengah jalan, di rumah, di dalam safar dan ketika berada di dalam kampung, maka ia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali di hari hisab kelak.

Oleh itu, orang-orang yang berzikir sebanyak-banyaknya di tempat-tempat yang berlainan maka dia akan mempunyai saksi yang banyak di hari hisab nanti." 

72. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka selama itulah ia terpelihara daripada perbicaraan yang sia-sia, berdusta, mengumpat dan sebagainya. Kerana lidah itu sememangnya tidak bisa diam, ia akan sibuk berzikir kalau tidak sudah tentu dengan kesia-siaan.

Demikian juga halnya hati jika ia tidak sibuk dengan mencintai Khalik, maka sudah tentu ia sibuk dengan mencintai makhluk.

73.Syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Ia mencampakkan manusia di dalam kancah kerunsingan dan kegelisahan dengan berbagai cara. Ia juga mengerumuni mereka dari tiap penjuru.

Jun 3, 2015

kenapa saya pilih bestmobile

[ SEBAB UTAMA KENAPA PERLU MEMILIH BESTMOBILE ]

credit to myupline emil

Saya sering di tanya kenapa saya melibatkan diri dalam dunia telco. Mungkin selepas ANDA membacanya, ANDA juga akan turut serta...

Pertama
=======
Ia merupakan produk keperluan. Ada affiliate atau tidak, orang mesti pakai. Pengguna prepaid pula sangat ramai, hampir 37 juta rakyat malaysia menggunakan prepaid. Maknanya pasaran sangat luas.

Kedua
=====
Nak join sangat murah. HANYA RM49.00. Ramai orang mampu, nak maintain juga tidak membebankan, ramai pengguna prepaid, top-up setiap bulan berkali ganda dari jumlah maintain yang diperlukan, maka ramai yang tak akan merasa beban untuk maintain setiap bulan.

Ketiga
=====
Downline kita kalau nak topup, tak perlu jumpa kita, mereka boleh dapatkan top-up di kedai2 topup, 7eleven, stesen minyak, Maybank2u, Cimb Clicks, mesin atm dan yang terBEST adalah dengan menggunakan Sistem STK.

HANYA d BestMobile SAHAJA ada sistem ini berbanding pesaing yang sama kumpulan dengannya. Ini alasan paling besar, kerana kalau kita tengah tidur mereka topup, maknanya kita tidur pun dapat duit.

Keempat
=======
Selama ini, saya pakai phone, isteri pakai phone, anak pakai phone, adik beradik pakai phone, kalau mereka topup atau bayar bil, tauke H, tauke T, tauke telco yang lain akan bertambah kaya, kita? kita tak dapat apa-apa pun.

Baik saya buat Best Mobile, sekurang-kurangnya bertambah juga pendapatan kita, walau sedikit. Tapi kalau ramai, maka akan jadi pendapatan lumayan pula.

Kelima
=====
Dalam banyak2 telco yang beroperasi hanya BestMobile setakat ini menZAKATkan pendapatan (komisyen) saya. Dengan cara ini, saya akan terima pendapatan yang bersih tidak seperti pesaing yang panel syariah pun belum tentu ada.

Keenam
======
Selama ini saya guna telco lain. Sekiranya berlaku kemalangan saya tidak ada perlindungan INSURANS. Di BestMobile, pihak syarikat memilih INSURANS TAKAFUL yang melindungi pesertanya sehingga RM100,000.

Dengan HANYA sekali bayar dalam bentuk 180 mata dan dilindungi SELAGI kad sim saya aktif. Tiada lagi bayaran renewal dan tiada bayaran untuk maintain setiap bulan seperti pesaing.

Ketujuh
======
Jika berlakulah kerugian. Saya hanya rugi RM49.00 berbanding dgn produk lain yang menelan modal ratusan RM bahkan ada yang sampai ribuan RM

Manakala jika berjaya dengan gaya dan caranya, saya mampu menjana pendapatan secara pasif dan GAJI saya akan diterima setiap 20 hb pada bulan berikutnya.

Hasil ini mengikut top up downline saya dengan jadual yang telah disediakan oleh pihak BestMobile saya akan layak terima Komisyen.

Kelapan
======
BESTMobile bukan syarikat MLM. Sesiapa sahaja peserta yang berusaha akan dapat komisyen sehingga ke peringkat ke3 SAHAJA. Mana2 downline boleh bahkan dibenarkan memotong pendapatan @ imbuhan @ manfaat yang diperolehi oleh Up Line. Tiada istilah sistem piramid di BestMobile.

Ekoran dari itulah saya menyertai BestMobile dan saya cadangkan kepada ANDA, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Sebuah syarikat BERHAD dan diusahakan oleh 100% Bumiputera serta 100% Muslim ini sudah menjadi peluang yg terBest untuk kita sertai.

nak tahu lebih lanjut boleh WhatsApp saya 012-2323369 atau pm inbox fb saya

Apr 5, 2015

The maleficent

Salam semua 
Lama betul tak upate blog
Dah berdebu dah pun...penuh sawang
 puhhhhh

full onion head

Okla sementara tengah ada line internet ni sebab baru topup
Nak update sikit pasal filem the maleficent yang hebat tapi
saya yang ketinggalan


dah tengok banyak kali sebab banyak moral of the story dalam citer nir (pada padangan mata saya la)
mungkin pandangan dan pendapat kita berbeza.
maleficent mungkin lebih kepada dark side of story citer sleeping beauty yang diolah tidak mengikut jalan cerita yang kita biasa dengar

Pelakon yang kenal cuma Angeline Jolie tapi citer ni dah cukup hebat dengan efek dia
Sangat cool

good job onion head

The maleficent mengisahkan fairy yg menjaga puaknya...lakonan angeline jolie dan merupakan fairy yg mempunyai kuasa yg luar biasa dan sayap yg hebat..seorang yg sangat ceria,comel dan sangat disenangi di kalangan puaknya semasa kecil...maleficent bertemu secara tidak sengaja dengan king stephen di kawasan maleficent yang dikatakan ajaib dan mereka berkawan dan masing-masing membesar dengan perasaan cinta walaupun berbeza rupa dan taraf

Perpisahan berlaku apabila king stephen semakin sibuk menguruskan istana dan maleficent kembali bersendirian tapi masih mengharap kedatangan king stephen. Apabila king stephen kembali,maleficent sangat teruja dan menghabiskan masa bersama.

maleficient tidak mengetahui niat jahat king stephen yang menginginkan sayapnya supaya ditabalkan menjadi raja. kerana itulah syarat ayahandanya yang sedang gering.

Maleficient diberi ubat tidur dan ketika itulah king stephen memotong sayapnya.selepas sedar dari tidur,barulah maleficient tersedar yang dia telah tertipu dan kehilangan sayapnya. Dia sangat marah dan bertukar imej kepada watak jahat.

pada pandangan saya,maleficient bertukar watak menjadi seorang yang jahat kerana berasa dipermainkan oleh King Stephen,dia berdendam kerana sayapnya dipotong tanpa belas kasihan.itu perkara normal yang berlaku apabila kita disakiti. Kita memberontak dan melakukan perkara yang tak sepatutnya apabila kita marah dan berdendam.

objection onion head

apabila maleficent bertukar menjadi  karakter jahat,segala yang berada di alamnya juga berubah menjadi suram,kelam dan menakutkan. seluruh kawasan dipagari dengan pokok yang besar,tajam dan berduri.melambangkan apabila kita terluka,kita kerap akan melindungi diri kita dengan benteng sedemikian supaya kita tidak akan disakiti lagi.namun jauh di sudut hati kita tahu,dengan melakukan perkara itu,kita akan berasa sunyi dan terasing.

disaat maleficent berdukacita..dia terjumpa gagak yang hampir ditangkap dan dengan kuasa magisnya...menukarkan gagak itu menjadi manusia dan menjadi pendamping padanya..bila keseorangan..pasti kita inginkan seseorang utk menemani walaupun mungkin bukan untuk menyelesaikan masalah tapi mungkin berkongsi cerita atau rasa...yang kadang kala tidak bersetuju dengan kita tapi sentiasa sedia menjadi pendengar setia

silence onion head

gagak tersebut menjadi mata kepada maleficent supaya pergi ke istana king stephen dan memberitahu cerita terkini dan disampaikan padanya bahawa king stephan bakal membuat keramaian untuk menyambut kelahiran puteri sulung baginda

walaupun tidak dijemput..maleficent terjah juga majlis tersebut untuk menyampaikan hadiah kepada sang puteri..walaupun dinafikan oleh king stephen dan oleh kerana dendam yang membara..maleficent telah menyumpah puteri akan ditimpa musibah..koma dalam tidur akibat tercucuk jarum mesin mengait dan hanya CINTA SEJATI yang boleh membangunkannya...tiada sihir yang dapat mematahkan sumpahan tersebut bak kata maleficent

king stephen telah memerintahkan segala mesin mengait dirampas dan dibakar..puteri pula dihantar jauh supaya tak berada di dalam istana dan kononnya mengelakkan musibah.

dijaga oleh 3 orang pari-pari..aurora (nama sleeping beauty) banyak perkara menarik berlaku..dan gagak sentiasa menemani aurora sejak kecil dan maleficent juga selalu berkunjung melihat aurora. walaupun bertukar karakter namun masih punya hati yang baik dan secara diam-diam..maleficent menyayangi aurora dan melindungi anak kecik itu

crazy monkey 003

walaupun maleficent macam membenci aurora tetapi sampai satu masa dia terbuka hati untuk menjemput ke kawasan dia dan bermain bersama pari-pari lain.
maleficent nampak terhibur dengan telatah aurora kerana mengingatkan dia masa ceria dia semasa mempunyai sayap dan berkuasa dan maleficent juga kerap menjarakkan diri untuk tidak terlalu rapat dengan aurora..mungkin untuk mengelakkan terlalu menyayangi kerana sepatutnya aurora adalah anak musuh dia..king stephen

aurora pernah bertanya kenapa maleficent tiada sayap namun menjawab dia pernah ada dan sudah kehilangan..aurora juga pernah bertanya tentang sumpahan yang terkena pada dirinya namun dia tidak mengetahui maleficent la orang yang telah menyumpahnya..

pada suatu malam..maleficent pernah berikhtiar untuk mematahkan sumpahan yang ditujukan pada aurora..cuma bak kata orang..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padanya

crazy monkey 051

ada juga la secene aurora terjumpa putera yang mungkin cinta sejatinya hehehe
berlalu sudah 16tahun dan pada saat itu baru diketahui oleh aurora bahawa maleficent yang dianggap "fairy godmother" adalah orang yang menyumpahnya..dan aurora adalah puteri king stephen..so dia rasa tertipu dan merasakan maleficent hipokrit kerana berlagak baik kepadanya..

king stephen pula tak habis-habis mencari jalan untuk memusnahkan maleficent dan genap 16tahun...segala persiapan sudah dilakukan dan apabila aurora sampai ke istana..terjadinya sumpahan tersebut..

dalam banyak-banyak mesin ade pulak yang tercantum sendiri dan menyucuk jari aurora dan menyebabkan dia koma..padahal masa tu maleficent dan gagak dalam perjalanan ke istana dengan membawa putera yang telah dipengsankan..part ni kelakar skit hahhha

crazy monkey 001


dan bila sampai istana..cukup lengkap plak dalam istana tu dengan perangkap samar untuk menumpaskan maleficent..dan dah terlambat pun sebab aurora dah koma..namun konon-konon putera datang untuk memberikan ciuman cinta sejati tapi tidak berhasil..maleficent dan gagak menyaksikan ciuman itu dan dah beranggapan bahawa memang tiada cinta sejati dalam dunia..sebagaimana kononnya cinta king stephen pada maleficent...

crazy monkey 198

so dengan hati yang sayu..dapat rasa plak masa tu betapa sebenarnya sayang maleficent pada aurora seperti anak sendiri dan apabila dia menyesal kerana memberikan sumpahan pada aurora dan mencium dahinya..tup-tup sumpahan telah dipatahkan kerana..bila ikhlas menyayangi dan tanpa mengharapkan balasan..itulah cinta sejati sebenar..lebih kurang macam citer frozen yang ingatkan putera tu yang boleh membantu anna tapi rupanya airmata elsa yang berjaya melembutkan hatinya (dah tak ingat betul ke tak citer frozen nih...hhahahhahah)

aurora ingin dibawa keluar oleh maleficent namun berlaku pertempuran dengan king stephen dan askar..dasat jgk masa ni..gagak siap tukar jadi naga..dan aurora menemukan sayap maleficent di bilik king stephen dan disaat akhir pertempuran sayap itu kembali kepada maleficent

king stephen masih tidak mahu mengalah dan berlawan dengan maleficent..walaupun maleficent sudah tidak melawan namun mungkin kerana marah dan dendam king stephen hilang pertimbangan dan berhasrat untuk menbunuh sehingga ke titisan darah terakhir dan akhirnya mati

kesudahan cite happy ending bila maleficent kembali kepada imej lama yang cantik..ayu dan disenangi ramai..namun kali ini ditemani oleh gagak dan aurora..dan seluruh alam pari-pari

tamat
crazy monkey 209

hidup ni ada bermacam dugaan..ada yang pahit dan ada yang manis..kesalahan yang dilakukan biasanya sukar untuk dimaafkan namun kita ambil sikap berlapang dada..mungkin tak mudah untuk dilakukan namun tak mustahil..let go and let god it just easy to say than to do it but have to do it la..if not..you are not move on and can't create great future

jangan ada dendam sebab berdendam seumpama menyimpan racun di dalam mulut namun mengharapkan orang lain mati sedangkan kita sendiri mati sedikit demi sedikit.

jangan nilai seseorang dengan masa silam yang pernah dilalui..kenapa dia jahat atau sebagainya kerana pasti ada citer disebaliknya..mungkin kerana pernah dilukai atau dizalimi..
dan terima seadanya walaupun pernah mengecewakan kamu atas perbuatan atau kata-kata..kerana setiap insan hadir dalam hidup kamu membawa cerita berbeza dan pengajaran yang kamu perlu tahu..semuanya dalam tinta Allah..

terima kasih kerana sudi membaca dan selamat malam semua

crazy monkey 192




Feb 22, 2015

Inception

Salam semua

hampir setengah tahun saya tak update blog kesayangan

nak kata bz pun,quiet bz la menguruskan hidup

*macam la CEO hahahah

 cool-onion-head-emoticon

Okla..sepanjang membusykan diri ni kan..ciklee macam biasa hobi tengok TV

tapi bukan citer cinta yang syahdu,tangkap leleh kuar air hidung tu ye

 

ciklee lebih minat filem yang beri inspirasi atau yang beri motivasi

dan kebanyakannya citer dari luar negara

tapi citer tempatan ciklee sokong juga tauuuuu

 

berbalik pada tajuk entri

ciklee tengok cite inception ni tak dari mula..kira dah mula dalam 15min macam tu

tapi masih boleh la faham

permulaan cerita ni macam serabut sikit …bukan sikit kot,banyak serabut dia sebab pada saya motif citer ni sangat ‘heavy’ dan ‘deep’

bermula dengan seorang lelaki yang ditangkap kerana kesalahan memperdayakan seseorang melalui subconscious mind

citer bab otak/minda/subconscious mind selalu menjadi kegemaran ciklee

rasa teruja dengan keupayaan minda kita yang Allah ciptakan ni

sangat hebat MasyaAllah

cheer2-onion-head-emoticon

Leonardo Dicaprio sentiasa jadi pelakon kegemaran ciklee selain Johnny Depp kerana versatility mereka dalam membawakan watak dengan cemerlang

dan cerita bermula apabila dia (Leonardo Dicaprio) sebagai Dominick Cobb ditawarkan oleh Saito untuk satu projek untuk menukar fikiran Robert Fischer Jr supaya tidak meneruskan perniagaan bapanya

yang merupakan saingan bagi Saito

Perancangan bermula dengan mencari Ariadne yang merupakan pelajar arkitek utk membina landskap mimpi

untuk mendapat kepercayaan Ariadne,Cobb melakukan percubaan berkongsi mimpi yang merupakan misi yang mereka bakal lakukan

tetapi Ariadne berjaya mengetahui bahawa Cobb sendiri mempunyai masalah iaitu memori yang terpendam akibat kematian isterinya yang gagal membezakan realiti dan mimpi

Cobb merasakan kematian isterinya berkait rapat dengan eksperimen beliau berkongsi mimpi dan bahagia di dalam mimpi

mereka sama-sama membina mimpi berdasarkan pengalaman lalu dan menyebabkan isteri beliau terperangkap di situ dan separuh gila

 

Tapi nak hurai mimpi dalam mimpi dalam mimpi sampai ke LIMBO

korang memang kena tengok cerita ni

tapi ini infografik pasal citer “Inception”

kira macam summary

tapi kalau yang tak suka heavy movie confirm korang tertido tengok cite nih

evil-smile-onion-head-emoticon

_1280109452

so moral yang ciklee boleh simpulkan kat sini…dari mimpi kita boleh mencorakkan kehidupan kita

actually hidup kita di dunia ni pun umpama mimpi kerana sedar yang kekal itu hanya di syurga/neraka kelak

quotes-41

Sekian

bye2-onion-head-emoticon

Feb 17, 2015

TIPS 3 CARA ELAK MELENGAHKAN MASA

3 Cara Elak Melengahkan Masa!

Oleh: Irfan Khairi 

Orang kata masa itu emas. Tetapi, sebenarnya masa adalah lebih berharga dari emas kerana masa yang terlepas, kita tidak akan dapat kembali.

Adakalanya kita mendapat idea untuk memulakan perniagaan, tetapi, “melengah-lengahkan masa” pula. Mungkin kita mahu melakukan sesuatu strategi perniagaan, tetapi fikir untuk “tunggu dulu”. Memang niat hendak melakukan sesuatu dan tahu sesuatu tersebut dapat membantu diri dan keluarga, tetapi terasa “malas”lah….

Memang biasa kita terjumpa keadaan sebegini. Mat salleh sebutkannya sebagai procrastination. Secara perlahan-lahan, keadaan melengah-lengahkan masa ini sebenarnya membunuh motivasi kita tanpa disedari. Setiap kali ingin melakukan sesuatu, ada sahaja alasan untuk melengah-lengahkan masa

Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.

Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!

Image

 

Berikut adalah ringkasan 3 tip yang saya sampaikan:

  1. Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.
  2. Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
  3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi “mengelakkan kesengsaraan” adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.

Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas… kita tidak akan jumpa kembali!

Sekiraya selama ini anda terasa seperti melengah-lengahkan masa dalam melakukan sesuatu yang penting, fikirkan “It’s NOW or NEVER”.

Takut melengahkan sehari menjadi seminggu, seminggu menjadi sebulan, sebulan menjadi setahun dan akhirnya…. langsung tidak lakukan!