3 Cara Elak Melengahkan Masa!
Oleh: Irfan Khairi
Orang kata masa itu emas. Tetapi, sebenarnya masa adalah lebih berharga dari emas kerana masa yang terlepas, kita tidak akan dapat kembali.
Adakalanya kita mendapat idea untuk memulakan perniagaan, tetapi, “melengah-lengahkan masa” pula. Mungkin kita mahu melakukan sesuatu strategi perniagaan, tetapi fikir untuk “tunggu dulu”. Memang niat hendak melakukan sesuatu dan tahu sesuatu tersebut dapat membantu diri dan keluarga, tetapi terasa “malas”lah….
Memang biasa kita terjumpa keadaan sebegini. Mat salleh sebutkannya sebagai procrastination. Secara perlahan-lahan, keadaan melengah-lengahkan masa ini sebenarnya membunuh motivasi kita tanpa disedari. Setiap kali ingin melakukan sesuatu, ada sahaja alasan untuk melengah-lengahkan masa
Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.
Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!
Berikut adalah ringkasan 3 tip yang saya sampaikan:
- Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.
- Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
- Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi “mengelakkan kesengsaraan” adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.
Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas… kita tidak akan jumpa kembali!
Sekiraya selama ini anda terasa seperti melengah-lengahkan masa dalam melakukan sesuatu yang penting, fikirkan “It’s NOW or NEVER”.
Takut melengahkan sehari menjadi seminggu, seminggu menjadi sebulan, sebulan menjadi setahun dan akhirnya…. langsung tidak lakukan!
No comments:
Post a Comment