Terdapat 2 jenis orang di dalam dunia ini : mereka yang memilih untuk bahagia dan mereka yang tdak memilihnya. Berlawanan dengan pandangan ramai – kebahagian bukanlah datangnya dari kekayaan, populariti, harta-benda dan sebagainya – ianya datang dari diri individu itu sendiri. Orang paling kaya didunia mungkin berserabut pemikirannya dan seorang yang tidak punya apa-apa bahagia dengan setiap langkah dan detik di dalam hidupnya. Orang yang bahagia bergembira kerana mereka memilih untuk membahagiakan diri mereka. Mereka sentiasa positif di dalam melihat kehidupan dari segenap aspek dan sentiasa tenang dengan diri mereka sendiri.
Persoalannya – bagaimanakah mereka melakukannya?
Jawapannya adalah mudah. Orang yang bahagia mempunyai tabiat yang menambahbaik kehidupan mereka. Mereka melakukan sesuatu dengan berbeza. Tanyalah kepada setiap orang yang bahagia – jawapannya adalah sama, iaitu :-
1. Jangan simpan dendam.
Orang yang bahagia faham yang perbuatan memaafkan (forgive and forget) adalah lebih baik dari menyimpan dendam kesumat. Dendam mempunyai pelbagai impak negatif kepada kebahagiaan termasuklah memberikan tekanan dan stress yang melampau. Kenapa perlu memberikan “kuasa” kepada orang yang berbuat salah kepada kita untuk terus menekan dan menghantui kita? Sekiranya anda memaafkan – fikiran akan menjadi tenang dan anda akan bertenaga untuk menikmati pelbagai perkara yang baik dan menarik di dalam hidup ini.
2. Layanlah dengan penuh kebaikan.
Tahukah anda dengan melayan setiap orang lain dengan penuh kebaikan membuatkan anda lebih gembira dan bahagia? Ia telah terbukti secara saintifik dimana setiap kali anda melakukan perkara (kebaikan) yang tidak mementingkan diri sendiri – otak akan mengeluarkan ‘Serotonin” iaitu sejenis hormon yang melegakan tekanan dan menaikkan semangat. Bukan itu sahaja, dengan melayan orang lain dengan penuh hormat dan kasih sayang anda akan turut dihormati dan ini akan mengeratkan lagi perhubungan sesama rakan, saudara dan juga orang lain.
3. Lihatlah masalah sebagai cabaran
Orang yang bahagia sentiasa melihat masalah sebagai satu cabaran – bukannya sebagai situasi penghalang, payah ataupun sukar. Sekiranya dilihat sebagai satu cabaran – masalah akan bertukar menjadi peluang untuk cuba meyelesaikannya dan sebagai satu tugas yang perlu disiapkan. Jadi, setiap kali berhadapan dengan masalah – anggaplah ia sebagai satu cabaran.
4. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Orang yang bahagia sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Pepatah mengatakan ” Orang yang bahagia tidak mempunyai semua yang terbaik tetapi mereka menggunakan apa yang mereka ada dengan sebaik-baiknya”. Anda akan lebih berasa gembira sekiranya anda bersyukur dengan apa yang ada daripada terus mengeluh dengan apa yang anda tidak ada.
5. Bercita-cita tinggi
Orang yang bercita-cita tinggi (dream big) selalunya akan berjaya mencapai cita-citanya itu daripada orang yang tidak bercita-cita langsung. Sekiranya anda bercita-cita tinggi, otak serta pemikiran anda akan menetapkan fokus bagi mencapai cita-cita tersebut.
6. Jangan membesarkan perkara yang kecil
Orang yang bahagia tidak peduli dengan perkara kecil yang remeh-temeh. Mereka akan bertanya kepada diri sendiri ‘Adakah perkara ini akan menjadi hal dalam tempoh sebulan atau setahun akan datang?” Bagi mereka, hidup ini adalah singkat untuk dibebankan dengan perkara yang kecil. Mereka gembira menjalani hidup dengan mengenepikan perkara kecil yang remeh.
7. Bercakap baik tentang orang lain
Menjadi baik atau berbuat baik adalah lebih bahagia dari menjadi atau berbuat jahat. Sama juga dengan berkata benda yang baik adalah lebih bahagia serta mulia dari berkata benda yang jahat – apatah lagi mengenai diri orang lain. Walaupun ber”gossip” itu seronok – namun bercakap tentang keburukan seseorang akan membuatkan diri anda menjadi geram dan kadangkala rasa bersalah akan muncul. Bercakap atau bercerita kebaikan seseorang akan membuatkan anda berfikiran lebih positif dan tidak menilai diri orang lain.
8. Jangan memberi alasan
Benjamin Franklin pernah berkata yang “Seseorang yang pandai memberi alasan selalunya tidak pandai di dalam apa jua perkara lain”. Orang yang suka memberi alasan adalah orang yang tidak berguna. Orang yang bahagia tidak memberikan alasan atau menyalahkan orang lain sekiranya mereka gagal. Mereka sentiasa menyalahkan diri sendiri dan akan cuba membuat yang lebih baik di masa hadapan.
9. Lupakan kisah silam
Orang bahagia tidak memikirkan atau mengenang kisah-kisah silam. Mereka sentiasa menjalankan kehidupan yang terbaik untuk hari ini dan merancang yang terbaik untuk hari esok. Memikirkan secara keterlaluan perkara yang sudah lepas serta perkara yang akan berlaku di masa hadapan sering membuatkan diri menjadi runsing dan tertekan. Jalanilah da nikmatilah hidup pada hari ini dengan sebaiknya seolah tiada hari esok.
10. Bangunlah pada waktu yang sama setiap pagi
Tidakkah anda perasan yang orang yang bahagia dan berjaya selalunya orang yang bangun awal pagi. Bangun pada masa yang sama setiap pagi akan menetapkan ritma sirkulasi tubuh badan. Hasilnya – produktiviti diri akan meningkat dan membuatkan anda sentiasa fokus. Dan ingat..pintu rezeki sentiasa terbuka di awal pagi.
11. Elakkan perbandingan sosial
Setiap orang bekerja dan berfungsi pada kadar diri mereka masing-masing – ada yang laju, ada yang perlahan dan ada yang sederhana. Ada yang sudah berjaya, adaya yang belum berjaya dan ada yang masih sedang mencuba. Sekiranya anda merasakan diri anda berjaya dan lebih bagus dari orang lain – anda akan mempunyai sifat takbur. Manakala sekiranya anda merasakan anda lemah dan gagal dan orang lain lebih baik serta bagus dari anda – maka anda akan merasa terlalu rendah diri pula. Jadi usahlah dibandingkan diri anda dengan orang lain. Anda akan lebih bahagia dan gembira jika anda menumpukan perhatian terhadap usaha serta pencapaian anda dan memuji kejayaan orang lain. Dan ingat..perbandingan sosial ini juga adalah antara penyebab perasaan hasad dengki.
12. Pilih kawan yang sesuai
Amat penting bagi anda untuk dikelilingi oleh rakan-rakan yang optimistik dan sentiasa berfikiran positif. Rakan yang optimistik akan sentiasa mendorong anda untuk mencapai cita-cita anda manakala rakan yang pesimis pula akan sentiasa menghadirkan rintangan serta masalah terhadap cita-cita anda. Lagi banyak tenaga positif di persekitaran anda maka anda akan merasa bertamabah lega, senang dan bahagia.
13. Jangan meminta izin atau kebenaran orang lain
Orang yang bahagia dan berjaya tidak peduli dengan cakap-cakap orang. Mereka tidak perlu meminta kebenaran dari orang lain untuk berbuat sesuatu yang membahagiakan mereka. Anda perlu tahu yang adalah mustahil untuk memuaskan hati semua pihak. Namun, perlu dengar pendapat mereka dan keputusannya andalah yang buat sendiri tanpa memohon kebenaran mereka. Namun begitu, seorang isteri haruslah meminta izin suami untuk melakukan sesuatu yang melibatkan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri.
14. Lebihkan mendengar dari bercakap
Kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar – kerana dengan mendengar akan membuat fikiran anda lebih terbuka terhadap pendapat, kebijaksanaan maupun kebodohan orang lain. Lebih peka anda mendengar – lebih tertumpu serta tajam pemikiran anda.
15. Eratkan hubungan sosial.
Orang yang bersendirian (penyendiri) adalah orang yang sengsara dan bermasaalah. Orang yang bahagia dan gembira tahu bahawa hubungan sosial yang sihat dan erat adalah sangat penting. Jadi selalulah berhubung dengan saudara, rakan-rakan, jiran serta orang yang penting di dalam hidup anda.
16. Meditasi.
Meditasi adalah perbuatan duduk berdiam diri dan mengosongkan pemikiran – bagi merehatkan minda. Bagi kita orang Islam, solat adalah meditasi yang terbaik. Solat 5 waktu mampu merehatkan minda serta membersihkan jiwa dari segala sifat yang tidak diperlukan di dalam diri. Orang yang bahagia tahu dimana mereka perlu merehatkan minda dan menenagkan jiwa ketika berhadapan dengan dengan rintangan, halangan, dugaan serta perasaan amarah.
17. Pilih makanan yang terbaik.
Jangan makan dengan kerap makanan ringan yang tidak elok dan tidak berkhasiat. Makanan ringan membuatkan anda menjadi lembap – anda tidak akan gembira sekiranya badan dan pemikiran anda lembap. Setiap makanan yang dimakan akan memberi kesan terhadap pengeluaran hormon-hormon yang menentukan, tenaga, perasaan, sifat serta mood anda. Jadi sentiasa makan makanan yang berkhasiat bagi menjamin kesihatan mental dan juga fizikal.
18. Kerap bersenam
Kajian menunjukkan senaman menaikkan tahap kegembiraan seseorang dengan lebih baik. Bersenam juga akan meningkatkan tahap kendiri dan membuatkan anda lebih yakin dengan diri anda serta memberikan rasa pencapaian yang lebih tinggi.
19. Hidup bersederhana.
Orang bahagia sentiasa ringkas di dalam kehidupan seharian. Rumah mereka tidak terlalu padat dengan perabot dan aksesori yang merimaskan yang akhirnya akan memeningkan kepala mereka. Kajian menunjukkan orang yang tinggal di rumah kecil, dengan perabot yang ringkas, berkereta sederhana dan tidak mempunyai banyak harta adalah lebih bahagia.
20. Bercakap benar
Menipu membuat anda stress, menghakis sifat atau jati-diri serta membuatkan anda tidak disukai. Menjadi seorang yang jujur membuatkan anda lebih terasa bebas, mental anda lebih stabil dan juga perhubungan sosial anda akan sentiasa baik. Jasi, sentiasalah bercakap benar dan bersifat jujur.
21. Kebolehan mengawal diri.
Orang yang bahagia mempunyai kebolehan untuk menentukan haluan atau arah tuju beliau sendiri. Mereka tidak membenarkan orang lain mengawal diri serta kehidupan mereka. Kebolehan menjalani serta mengawal hidup sendiri meningkatkan lagi tahap jati-diri (self-esteemed).
22. Terimalah seadanya
Sekiranya anda boleh menerima yang hidup ini serta diri anda secara fizikalnya adalah tidak sama dari seorang individu kepada individu yang lain – anda akan merasa lebih tenang dan aman. Janganlah dibandingkan hidup anda dengan orang lain – betapa cantiknya orang itu dan anda tidak, betapa tingginya dia dan anda rendah dan sebagainya lagi. Anda perlu fokus kepada perkara yang di dalam kawalan anda dari memikirkan ciptaan tuhan yang tidak boleh anda ubah.
kredit:master maza
No comments:
Post a Comment