Nov 21, 2013

#jerawat #acne #colagen plus vitamin E

Assalamualaikum semua

hari nie saya bersama dengan teman..lepak minum

dan ada yang tegur saya perubahan kulit muka saya

actually,saya ada masalah jerawat semenjak usia masuk 3 series nie

mungkin sebab tersalah pakai produk atau pun kerana make up

sebab sebelum ni memang muka saya xde masalah nie

yellow-onion-head-emoticon-09

 

semua kawan-kawan jerawat datang berjemaah serentak

dia berhimpun plak kat tempat T-zone..so kita yang tak pernah kena masalah macam ni memang gelabah

abis bila start kawan jerawat keluar je..terus picit sebab geram

whaaat2-onion-head-emoticon

lepas tu abisla muka berparut…muka pulak dah kurang colagen gamak nya

so lambat sungguh nak heal

abisla duit beli range skincare berjenama bo**s**p

tapi masalah masih tak dapat diatasi

woa-onion-head-emoticon

dah puas la berhabis duit (kononnya) dan kawan saya syorkan pakai colagen plus ni

sebab saya perasan muka dia dulu pun ada masalah yang sama macam saya cuma  dia putih sikit la dari saya haha

 

dan dalam masa 2 minggu,kulit saya semakin ok la…nak kata pulih macam sedia kala macam tipu la kan

uhuhuh-onion-head-emoticon

tapi saya puas hati sebab produk ini harganya berpatutan dan ada kesan yang memberangsangkan

so jika berminat dengan produk ini,sila dapatkan daripada toko jamu berhampiran anda

kalau nak saya belikan pun bolehhhhh heheh

 

amacam,boleh jadi duta colagen plus vitamin E tak?haha

victory-onion-head-emoticon

Nov 20, 2013

#petshop #raniaz pet #petsister

Assalamualaikum semua

 

Hari yang mendung hari ini

Seronok dapat rehatkan fikiran

Nak share pasal kawan baru saya

Semalam lepas kelas di ofis,saya melepak di kedai kawan 

Dia buka kedai kucing

di area wangsa melawati

raniaz

Yang jual barang utk kucing

Ade juga juga utk boarding,grooming dan juga mating

Yang bestnya semua kucing yang ada baka maine coon

jemput datang ke kedai ini ya

servis yang tip top,harga barang pun berpatutan

adik angkat saya pun bekerja disini

 

adik kerja sini baik-baik ya..lama dah tak jumpa adik wawa

berjumpa di blog saya dahulu lebih kurang 3tahun lepas

Alhamdulillah pertemuan ini berkekalan dan semoga ukhuwah ini kekal sampai jannah ya adik hehe

IMG-20131116-WA003

sorang budak gigi besi …sorang lagi ex-gigi besi

big-eye-onion-head-emoticon

p/s adik makin comel

 

So bila datang sini teringat kat mimie

166433_1695386378487_3886700_n

Norli missed mimie so much

beg-onion-head-emoticon

dah 2tahun mimie tinggalkan saya..bila fikir balik,sekarang ni saya cuma nak lakukan segalanya dalam setiap hari saya yang terbaik

saya masih lakukan kerja untuk menampung perbelanjaan harian saya..dan pada masa yang sama saya cuba bergaul,membantu sahabat yang perlukan khidmat nasihat atau pertolongan daripada saya dari apa jua segi…setakat mana kudrat saya boleh bantu

semua saya lakukan kerana DIA..sebab mungkin itu saja cara yang saya mampu lakukan buat masa sekarang untuk sahabat-sahabat saya

saya cuba penuhi setiap hari saya dengan momen yang indah bersama family dan sahabat tersayang kerana saya tahu..momen itu pasti tidak akan berulang

so saya nak jadikan yang terbaik setiap pertemuan itu.

 

saya nak setiap momen pertemuan itu membawa manfaat pada sahabat saya dan diri saya sendiri..dari situ saya dapat kepuasan yang saya sendiri sukar nak tafsirkan

 

jika saya lihat teman saya bahagia dan gembira kerana perbuatan saya,saya berharap kamu dapat kenang momen tersebut dan abadikan selamanya ya?

 

yang pasti saya rasa amat bahagia apabila berada di samping teman yang gembira,menghargai dan menyayangi saya…mungkin ada yang sibuk barangkali untuk bersua tapi sekadar ucapan salam di mesej whatsapp,tweet atau pm di fb buat saya tahu anda mengingati saya

itu sudah cukup baik untuk saya

jika sukar untuk berhubung dengan saya…saya tak minta yang pelik-pelik…saya mohon doakan kesejahteraan saya sentiasa di setiap doa kamu semua

 

di FB viral tentang arwah Ahmad Ammar tersebar luas

video mengenai arwah saya dah tengok dan sangat terkesan,sebak mengenangkan kematian itu pasti dan benar

cuma tak pasti tiket berlepas saya untuk berpindah itu bila…

 

pemuda 20tahun pergi sebagai syahid….umur yang muda tapi punya semangat yang sangat utuh..

kental belajar di luar negara demi cita-cita yang unggul

tapi dipanggil pulang Allah kepadaNya tepat 1Muharram

putus sudah segala amalan yang dikerjakan di dunia

tapi melihat kepada pemergiaan beliau…sesungguhnya,beliau menjadi kesayangan ramai di dunia juga penduduk di langit

semoga Allah menempatkan beliau di kalangan mereka yang beriman

dan memberi kesabaran kepada keluarga beliau di atas kehilangan ini

sesungguhnya,Ahmad Ammar telah pergi menemui bidadarinya

 

http://youtu.be/HIR30U3E9sE

(video kenangan arwah Ahmad Ammar)

 

bila saya juga sudah dapat tiket saya,jika blog ini masih ada…saya mohon anda semua doakan saya ya?

bye1-onion-head-emoticon

Nov 14, 2013

#acknowledgeyoursuccess #kenalpasti dan hargai kejayaan anda

Assalamualaikum semua

hari ini adik-adik yang berada dalam tahun 6 dapat keputusan UPSR ya?

big-eye-onion-head-emoticon

teringat zaman saya ambil keputusan UPSR..memang tak jangka sebab masa percubaan saya cuma dapat 1A dan 3B

cool-onion-head-emoticon

sebab saya ni memang kaki study juga walaupun saya tak pergi tuisyen macam kawan-kawan lain

kerana saya aktif dalam sukan dan pertandingan bercerita so masa untuk study tu ada cuma tak banyak mana..

lebih banyak training hehehe

p/s teringat pulak masa bertanding bercerita masa kecik…suka betul nak join….bila dah besar ni,penakut pulak nak bercakap di khalayak ramai huhuh

kena carik balik ni kenapa jadi gitu…nak kena RELEASING and RECHARGE dengan group alumni AGP

http://beautifullifecoaching.net/

 

so bila imbas kembali,saya cuba recall balik macam mana saya terima result UPSR tu

 

saya duduk antara yang belakang juga dan satu persatu nama kawan saya dipanggil oleh cikgu Mokhzir (ingat2 lupa ejaan nama cikgu) hehe

saya buat derk saja walaupun memang nervous sebab tak letak harapan tinggi…sebab based pada percubaan kan huhuh

ahaaah-onion-head-emoticon 

bila nama saya dipanggil,saya terus pergi ke hadapan meja cikgu dan lepas tu cikgu cakap

“Tahniah Norli” saya senyum je sebab saya tak tengok pun kertas result tu..saya pegang kertas dan cepat-cepat nak duduk balik

tapi cikgu tak lepaskan kertas tu dan suruh saya tengok jugak kertas tu…

masa tengok tu tetiba rasa nak menjerit pun ada…dan masa tu nampak cikgu saya tersenyum lebar…nasib baik saya tak peluk cikgu tu hihii

crying2-onion-head-emoticon

saya dapat 4A dan dalam kelas cuma saya dan kawan baik saya (Zulhanim) yang dapat 4A..cikgu paling tak sangka kot saya yang dapat

dan masa tahun tu Sekolah Kebangsaan Kuang dapat calon UPSR teramai yang dapat 4A di daerah Gombak…(tak silap saya la)

 

dan tahun saya juga,ramai murid dapat pergi ke sekolah asrama…ramai yang dapat tajaan Yayasan Selangor (bangga jadi anak selangor)

admire2-onion-head-emoticon 

itulah antara kejayaan yang sangat saya kenang dalam hidup saya

 

teringat perbualan dengan kawan baik saya..bertanya soalan yang sama

apa kejayaan yang dia capai dan paling diingati?

dia cakap,dapat mewakili Malaysia dalam sukan bola jaring masa tingkatan 4-5

good job beb..bukan senang nak jadi wakil malaysia tuh

dan saya pun baru dapat recall…masa tingkatan 2-3 saya pernah jadi scorer softball semasa pertandingan ASEAN sofbol

pengalaman yang semakin saya lupakan dan terimbas kembali apabila kita berkongsi memori dengan mereka yang rapat dengan kita

 

sebab saya ada satu sistem dalam pemikiran saya..auto-delete memory

saya lupa kejadian yang berlaku masa kecil saya..kalau ingat pun yang betul-betul beri impak pada diri saya

yang lain nya tak ingat…bukan kata masa kecil,seminggu yang lepas pun saya dah tak berapa ingat..

kena tulis dalam personal organizer apa yang telah saya lakukan…

 

Adakah itu proses penuaan?hahaha

silence-onion-head-emoticon

kejayaan terbaru…saya berjaya habiskan membaca buku “semuanya soal hati” yang saya beli sempena hari jadi saya pada tahun ini

amik masa 2bulan sebab saya membaca bila saya punya masa lapang…

IMG01700-20130911-0932   

dapat tandatangan penulis buku ini Ustaz Pahrol Mohd Juoi

 

IMG01655-20130907-1626

sangat meminati penulisan beliau

 

okla..nak sambung baca buku lain pula hehe

victory-onion-head-emoticon

#millionairemindintensive

Assalam semua

hari yang indah sebab pagi-pagi breakfast dengan parents dan dapat main dengan Annur Mawardah

hari ini saya nak completekan hari ke 3 seminar Millionaire Mind Intensive (MMI) di Wisma MCA

#backdatedpost

 

sampai je dah siap untuk nyanyi pula..lagu Living Years daripada mike and mechanics

lirik yang menyentuh hati berkenaan dengan hubungan dengan parents terutama dengan ayah

 

dan selepas itu perkongsian yang menarik daripada para peserta dan speaker Robert Riopel yang punya energy yang sangat tinggi

Aha moments yang saya alami di seminar hari ini ialah

- senaraikan segala kejayaan yang anda alami /perolehi sepanjang hari…tak kira kecil atau besar…jangan compare dengan kejayaan orang lain…bahkan kita harus meraikan kejayaan kawan-kawan kita..support kawan bai hehe

MayIdothat_thumb

- How you do ANYTHING is how you do EVERYTHING

- TFAR Thinking and Feeling is the Inner,Result is Outer and ACTION is bridge for both of it

- Life is short so make it BIG and GREAT!

 

dan dalam MMI juga ade satu sessi yang hebat…yang mampu pecahkan tembok ketakutan anda…

kalau nak tahu sila daftar untuk MMI tahun hadapan ya

saya pun dapat join as FREE seat..semua orang suka FREE kan

cuma beza kalau tiket berbayar dapat complete workbook dan goodie bag

kalau FREE,sendiri mau ingat la..Success Resources beri workbook yang basic pun dah cukup bersyukur

hahahahha_thumb

cuma nak sharing nasihat seseorang dalam kumpulan kami semasa melakukan aksi tersebut…iaitu

ketakutan adalah cuma dalam minda anda..jika kita singkirkan ketakutan/kesakitan…kita cuma fokus pada GOALs/DREAMs

mesti dapat buat aktiviti tersebut…cuma aksi ini berbahaya tetapi ini cuma metaphora untuk halangan yang berada dalam hidup kita

- kerana dalam kumpulan saya,ada seseorang yang tak mampu lunaskan aktiviti tersebut…kerana dia berhenti kerana tak tahan sakit…padahal tak la sakit mana sebab semua perempuan pun boleh buat..btw,dia lelaki huhuhu

 

memang banyak blockage and perlukan reformat balik diri kita ini…mungkin kerana pengalaman masa lampau dan cara didikan kita semasa dibesarkan

- ‘buah’ yang terhasil adalah daripada ‘akar’ maka jika hidup kita sekarang BIASA-BIASA maknanya kita perlu gemburkan AKAR,CABUT rumput liar dalam diri kita, beri BAJA yang terbaik supaya BUAH yang terhasil adalah yang TERBAIK daripada ladang.

kalau nak UNINSTALL dan RELEASE atau CABUT akar yang rosak ini,boleh juga join kursus di www.beautifullifecoaching.net

sebab MMI baru habis kan dan anda terlepas peluang untuk sertai…lain kali mesti join dan beri komitmen selama 3 hari untuk hari yang bakal mengubah hidup anda.

 

dapat ole-ole untuk dibawak pulang…workbook yang best dan semoga buku ini saya dapat manfaatkan sebaiknya

IMG01810-20131114-1429

 

cakap pasal takut..kawan saya cakap,FEAR atau takut ni macam tengok hantu…actually tak nampak pun…tapi apabila kita fikir,believe hantu tu jadi nyata dan real

pastu banyak pulak ya citer hantu dalam wayang sekarang….lepas CARRIE,HIGHLAND TOWER dan lepas ni PENANGGAL

tapi memang pelik,hantu melayu ni memang kerap nya huduh belaka…tapi hantu omputih cantik dan hensem pula kan?

hadoiiii

whatquestionmark_thumb  

nak tutup dengan lagu One Moment in Time – Whitney Houston

lagu yang sangat inspiring tau

this is the lyrics

"One Moment In Time"

Each day I live
I want to be
A day to give
The best of me
I'm only one
But not alone
My finest day
Is yet unknown
I broke my heart
Fought every gain
To taste the sweet
I face the pain
I rise and fall
Yet through it all
This much remains
I want one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity
I've lived to be
The very best
I want it all
No time for less
I've laid the plans
Now lay the chance
Here in my hands
Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity
You're a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine
Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will be
I will be
I will be free
I will be
I will be free

ok semua..jumpa esok pulak ya…

#goodbye ABA

Assalam semua..

berkobar sikit nak update blog hari-hari

semoga habit ni kekal dan saya konsisten melakukankannya

hahahahha_thumb

kena istiqamah nie perlukan pengorbanan juga..

macam orang bijak pandai kata…kita semua ada masa yang sama,jangan cakap kita tak de masa..kita kena adakan masa

sebab semua manusia punya masa yang sama setiap hari..hatta dia seorang presiden,perdana menteri atau pun cuma gelandangan

 

9 November 2013

hari yang banyak memberi memori pada saya..hari tersebut kawan saya lulus exam CUTE

passed with flying colour..yeaayyyay

bigblackeyes_thumb

selamat datang dalam keluarga Elite, Syaza heheh

berkobar saya pergi temankan syaza gi exam..saya plak yang nervous haha

 

Selepas itu,buat short trip ke ofis..so nanti senang syaza nak berurusan dengan keluarga Elite

 

dan tetiba dapat panggilan untuk uruskan penjualan ABA…kereta kesayangan saya

yang dah berada bersama saya selama 10tahun…yang berada di samping saya susah dan senang

maafkan saya ABA…saya terpaksa lepaskan awak pergi…saya sedih tengok awak semakin uzur…saya tahu awak akan berehat selama-lamanya

terima kasih kerana bersama saya…amat hargai khidmat anda selama ini

headdownohnocrying_thumb

Siyes sedih tengok ABA diangkut pergi…rasa macam berpisah dengan rakan atau buah hati

tapi saya tahu ABA pun dah penat…

 IMG01800-20131109-1428

saya redha lepaskan ABA dan berharap kekosongan yang saya alami akan diisi dengan rezeki yang lebih baik selepas ini

Aaminn

 

hari yang sama,anak buah kesayangan pulang ke rumah mak..tapi mak long nya sampai lewat so Annur Mawardah dah tido…

xpela,esok mak long main dengan Annur ya

ok semua…selamat malam

 

#backdatedpost

bye_thumb

Nov 9, 2013

Selamat Menyambut Maal Hijrah


Assalamualaikum semua
Lama tak update blog hehe

Rasanya tak terlambat nak ucapkan Selamat Memyambut Maal Hijrah
Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya
dan pastinya kita kena lipat gandakan usaha untuk jadi yang terbaik

baiklah,azam saya tahun ni untuk sharing cerita/pengalaman yang saya lalui setiap hari
mohon diberi kesempatan saya dapat update blog setiap hari secara konsisten sebab sebenarnya saya sangat suka menulis dan berkongsi cerita

semoga cerita saya dalam blog ini beri manfaat pada pembaca semua

cerita yang nak share hari ni adalah cerita semalam

semalam saya sakit perut,diarrhea dan berulang-alik ke tandas banyak kali..sampai lembik kaki
tapi di pagi hari gagahkan diri juga untuk hadiri seminar
Millionaire Mind Intensive by T.Harv Eker
best tapi kerana perut yang meragam terpaksa saya balik untuk berehat

tapi sebelum balik ke rumah saya ke Presint 8 untuk sessi coaching bersama Kak Su 

sessi coaching kali ini untuk bantu saya menyedari hambatan dalam diri untuk saya majukan diri saya demi mencapai PASSION dalam hidup saya

saya sedar PASSION saya tapi ada rasa teragak-agak so kak su minta saya membuat RELEASING
perkara yang sangat membantu saya melepaskan hambatan dan juga mencipta masa depan yang kita idamkan

kadang-kala masa depan itu memang sudah tersedia untuk kita..cuma kita sebagai makhluk yang punya akal sering berfikir..kita lakukan segalanya menggunakan logik akal..
sedangkan jika kita berbalik pada ilham,pentunjuk daripada Allah...segalanya lebih mudah
apabila pergantungan pada Allah itu lebih daripada segalanya,segala aturan yang sudah tertulis akan datang pada kita...sempurna masa dan tempatnya

so balik tu perut masih meragam dan saya berehat secukupnya

malam saya berkongsi cerita dengan teman baru yang mengalami gangguan di kedai dan kawan kongsi beliau
semoga apa yang saya minta dia amalkan memberi sedikit perubahan dalam hidup beliau

saya cuma membantu dan berkongsi apa yang pernah saya lalui dan saya belajar

baiklah
sekian saja untuk kali ini
semoga berjumpa di lain kali
dan semoga saya sentiasa memaknai setiap hari yang datang hidup saya
sesumgguhnya kita semakin hari semakin dekat dengan ajal kita

dan saya doakan pada semua pembaca 
Living The Greatest Moments Everyday