Assalamualaikum semua
Lately kerap betul mood swing…mungkin kalau mengikut kiraan metafizik
energy bulan Februari saya agak low iaitu cuma 1 namun bila dah tau diri akan lemau so
dah boleh buat precautions lah..
contohnya,elakkan duduk sorang terlalu lama,termenung,sibukkan diri dengan aktiviti dan keep in touch dengan family dan teman rapat
Last weekend,operasi mengemas bilik…
saya ada satu kabinet ni yang menyimpan khazanah lama bermula dari saya tingkatan menengah rendah
sikit punya lama la barang yang ada dalam tu…dah boleh letak dalam muzium
paling teruja bila terjumpa surat-surat lama daripada parents,kakak angkat,BFF sebelum ade era intenet ni
semua pakai ‘snail mail’ yang memang pun lembap…tiap kali pos dalam 1-2 minggu baru sampai
tu pn nasib baik kalau sampai
kalau tak sampai pun surat tu,kita tak tahu macam mana nak trace…tu yang saya terputus hubungan dengan kakak angkat dan BFF
yela dulu2 mana ada email,hand phone
p/s nampak sangat tak saya ni masa student era yang mana? era zaman batu hahahahha
so bila baca balik surat-surat lama tu,terimbau memori….sangat RINDUkan saat itu..
bila baca balik surat kakak angkat saya…yang masa tu baru ke masuk ITM sekarang UiTM course architecture
so serta-merta saya tanya pakcik google
bukan saya tak mencari dia…tapi kakak saya tu memang jenis low profile…so xde banyak maklumat sangat tapi ada jugak la leads
untuk saya cari dia…saya rasa dia dah jadi seorang arkitek yang berjaya
walaupun dah lama tak dapat contact,saya cuma nak hubungkan kembali silaturahim
dan jika tidak sekali pun,saya cuma nak lepaskan rindu saya bila bertemu…kerana untuk mengucapkan terima kasih
kerana dialah antara yang banyak menyokong saya melalui surat dan saya ada balas cuma bila dia makin busy
dan kami masing-masing melalui kehidupan sendiri namun jauh dalam sudut hati saya,saya tak pernah melupakan dia
Kak Atun,saya RINDU sangat nak berborak dengan akak…surat akak saya masih simpan hampir 14tahun…saya sendiri tak sangka
surat tu masih tersimpan rapi…
sorang lagi kakak angkat saya,teman baik kak Atun…sekarang dah bergelar Dr dalam umur yang muda
rasa bangga bila lihat seseorang yang kita kenal dan sayang berjaya…dah capai cita-cita dia
dari dulu pun saya tahu,kakak saya sorang ni sangat unik,determined…cuma beza dengan kakak sorang ni,boleh tengok update di FB
cuma belum ade kesempatan untuk berjumpa selepas dia kembali ke Malaysia selepas dia abiskan pengajian di oversea
mungkin boleh plan untuk berjumpa dengan kak Eym dan anaknya,Najla yang comel suatu hari nanti
Kak Eym,saya bangga akak dapat juga capai cita-cita jadi Dr…kejayaan akak beri inspirasi kepada saya untuk teruskan pengajian dan capai juga impian saya
untuk menjadi Dr Norli satu hari nanti…..Aaminnnn
Kakak kesayangan saya yang tak pernah lupa wish birthday saya..kak Linie,saya pun rindukan akak…lama dah adik tak jumpa…rindu nak borak dengan akak
moga akak bahagia bersama yang tersayang
itu semua kisah insan yang pernah hadir dalam hidup saya pada masa dahulu dan masih dalam ingatan saya..saya tak pernah lupa
walaupun berbelas tahun tak berjumpa…wajah kesayangan saya ini sentiasa tersemat dalam hati saya
dan rasa RINDU ini sentiasa INDAH buat saya
bak kata orang…jika kita RINDUkan seseorang pasti Allah sampaikan rasa RINDU itu pada mereka
masa semakin suntuk…semoga saya berkesempatan bertemu dengan insan-insan yang saya rindukan ini
p/s pada mereka yang berada di sisi dan hidup saya sekarang…rasa RINDU ini juga membuatkan saya semakin menghargai anda semua
dan semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal sampai ke Jannah
selamat malam semuaaaaa
No comments:
Post a Comment