Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Apr 5, 2015

The maleficent

Salam semua 
Lama betul tak upate blog
Dah berdebu dah pun...penuh sawang
 puhhhhh

full onion head

Okla sementara tengah ada line internet ni sebab baru topup
Nak update sikit pasal filem the maleficent yang hebat tapi
saya yang ketinggalan


dah tengok banyak kali sebab banyak moral of the story dalam citer nir (pada padangan mata saya la)
mungkin pandangan dan pendapat kita berbeza.
maleficent mungkin lebih kepada dark side of story citer sleeping beauty yang diolah tidak mengikut jalan cerita yang kita biasa dengar

Pelakon yang kenal cuma Angeline Jolie tapi citer ni dah cukup hebat dengan efek dia
Sangat cool

good job onion head

The maleficent mengisahkan fairy yg menjaga puaknya...lakonan angeline jolie dan merupakan fairy yg mempunyai kuasa yg luar biasa dan sayap yg hebat..seorang yg sangat ceria,comel dan sangat disenangi di kalangan puaknya semasa kecil...maleficent bertemu secara tidak sengaja dengan king stephen di kawasan maleficent yang dikatakan ajaib dan mereka berkawan dan masing-masing membesar dengan perasaan cinta walaupun berbeza rupa dan taraf

Perpisahan berlaku apabila king stephen semakin sibuk menguruskan istana dan maleficent kembali bersendirian tapi masih mengharap kedatangan king stephen. Apabila king stephen kembali,maleficent sangat teruja dan menghabiskan masa bersama.

maleficient tidak mengetahui niat jahat king stephen yang menginginkan sayapnya supaya ditabalkan menjadi raja. kerana itulah syarat ayahandanya yang sedang gering.

Maleficient diberi ubat tidur dan ketika itulah king stephen memotong sayapnya.selepas sedar dari tidur,barulah maleficient tersedar yang dia telah tertipu dan kehilangan sayapnya. Dia sangat marah dan bertukar imej kepada watak jahat.

pada pandangan saya,maleficient bertukar watak menjadi seorang yang jahat kerana berasa dipermainkan oleh King Stephen,dia berdendam kerana sayapnya dipotong tanpa belas kasihan.itu perkara normal yang berlaku apabila kita disakiti. Kita memberontak dan melakukan perkara yang tak sepatutnya apabila kita marah dan berdendam.

objection onion head

apabila maleficent bertukar menjadi  karakter jahat,segala yang berada di alamnya juga berubah menjadi suram,kelam dan menakutkan. seluruh kawasan dipagari dengan pokok yang besar,tajam dan berduri.melambangkan apabila kita terluka,kita kerap akan melindungi diri kita dengan benteng sedemikian supaya kita tidak akan disakiti lagi.namun jauh di sudut hati kita tahu,dengan melakukan perkara itu,kita akan berasa sunyi dan terasing.

disaat maleficent berdukacita..dia terjumpa gagak yang hampir ditangkap dan dengan kuasa magisnya...menukarkan gagak itu menjadi manusia dan menjadi pendamping padanya..bila keseorangan..pasti kita inginkan seseorang utk menemani walaupun mungkin bukan untuk menyelesaikan masalah tapi mungkin berkongsi cerita atau rasa...yang kadang kala tidak bersetuju dengan kita tapi sentiasa sedia menjadi pendengar setia

silence onion head

gagak tersebut menjadi mata kepada maleficent supaya pergi ke istana king stephen dan memberitahu cerita terkini dan disampaikan padanya bahawa king stephan bakal membuat keramaian untuk menyambut kelahiran puteri sulung baginda

walaupun tidak dijemput..maleficent terjah juga majlis tersebut untuk menyampaikan hadiah kepada sang puteri..walaupun dinafikan oleh king stephen dan oleh kerana dendam yang membara..maleficent telah menyumpah puteri akan ditimpa musibah..koma dalam tidur akibat tercucuk jarum mesin mengait dan hanya CINTA SEJATI yang boleh membangunkannya...tiada sihir yang dapat mematahkan sumpahan tersebut bak kata maleficent

king stephen telah memerintahkan segala mesin mengait dirampas dan dibakar..puteri pula dihantar jauh supaya tak berada di dalam istana dan kononnya mengelakkan musibah.

dijaga oleh 3 orang pari-pari..aurora (nama sleeping beauty) banyak perkara menarik berlaku..dan gagak sentiasa menemani aurora sejak kecil dan maleficent juga selalu berkunjung melihat aurora. walaupun bertukar karakter namun masih punya hati yang baik dan secara diam-diam..maleficent menyayangi aurora dan melindungi anak kecik itu

crazy monkey 003

walaupun maleficent macam membenci aurora tetapi sampai satu masa dia terbuka hati untuk menjemput ke kawasan dia dan bermain bersama pari-pari lain.
maleficent nampak terhibur dengan telatah aurora kerana mengingatkan dia masa ceria dia semasa mempunyai sayap dan berkuasa dan maleficent juga kerap menjarakkan diri untuk tidak terlalu rapat dengan aurora..mungkin untuk mengelakkan terlalu menyayangi kerana sepatutnya aurora adalah anak musuh dia..king stephen

aurora pernah bertanya kenapa maleficent tiada sayap namun menjawab dia pernah ada dan sudah kehilangan..aurora juga pernah bertanya tentang sumpahan yang terkena pada dirinya namun dia tidak mengetahui maleficent la orang yang telah menyumpahnya..

pada suatu malam..maleficent pernah berikhtiar untuk mematahkan sumpahan yang ditujukan pada aurora..cuma bak kata orang..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padanya

crazy monkey 051

ada juga la secene aurora terjumpa putera yang mungkin cinta sejatinya hehehe
berlalu sudah 16tahun dan pada saat itu baru diketahui oleh aurora bahawa maleficent yang dianggap "fairy godmother" adalah orang yang menyumpahnya..dan aurora adalah puteri king stephen..so dia rasa tertipu dan merasakan maleficent hipokrit kerana berlagak baik kepadanya..

king stephen pula tak habis-habis mencari jalan untuk memusnahkan maleficent dan genap 16tahun...segala persiapan sudah dilakukan dan apabila aurora sampai ke istana..terjadinya sumpahan tersebut..

dalam banyak-banyak mesin ade pulak yang tercantum sendiri dan menyucuk jari aurora dan menyebabkan dia koma..padahal masa tu maleficent dan gagak dalam perjalanan ke istana dengan membawa putera yang telah dipengsankan..part ni kelakar skit hahhha

crazy monkey 001


dan bila sampai istana..cukup lengkap plak dalam istana tu dengan perangkap samar untuk menumpaskan maleficent..dan dah terlambat pun sebab aurora dah koma..namun konon-konon putera datang untuk memberikan ciuman cinta sejati tapi tidak berhasil..maleficent dan gagak menyaksikan ciuman itu dan dah beranggapan bahawa memang tiada cinta sejati dalam dunia..sebagaimana kononnya cinta king stephen pada maleficent...

crazy monkey 198

so dengan hati yang sayu..dapat rasa plak masa tu betapa sebenarnya sayang maleficent pada aurora seperti anak sendiri dan apabila dia menyesal kerana memberikan sumpahan pada aurora dan mencium dahinya..tup-tup sumpahan telah dipatahkan kerana..bila ikhlas menyayangi dan tanpa mengharapkan balasan..itulah cinta sejati sebenar..lebih kurang macam citer frozen yang ingatkan putera tu yang boleh membantu anna tapi rupanya airmata elsa yang berjaya melembutkan hatinya (dah tak ingat betul ke tak citer frozen nih...hhahahhahah)

aurora ingin dibawa keluar oleh maleficent namun berlaku pertempuran dengan king stephen dan askar..dasat jgk masa ni..gagak siap tukar jadi naga..dan aurora menemukan sayap maleficent di bilik king stephen dan disaat akhir pertempuran sayap itu kembali kepada maleficent

king stephen masih tidak mahu mengalah dan berlawan dengan maleficent..walaupun maleficent sudah tidak melawan namun mungkin kerana marah dan dendam king stephen hilang pertimbangan dan berhasrat untuk menbunuh sehingga ke titisan darah terakhir dan akhirnya mati

kesudahan cite happy ending bila maleficent kembali kepada imej lama yang cantik..ayu dan disenangi ramai..namun kali ini ditemani oleh gagak dan aurora..dan seluruh alam pari-pari

tamat
crazy monkey 209

hidup ni ada bermacam dugaan..ada yang pahit dan ada yang manis..kesalahan yang dilakukan biasanya sukar untuk dimaafkan namun kita ambil sikap berlapang dada..mungkin tak mudah untuk dilakukan namun tak mustahil..let go and let god it just easy to say than to do it but have to do it la..if not..you are not move on and can't create great future

jangan ada dendam sebab berdendam seumpama menyimpan racun di dalam mulut namun mengharapkan orang lain mati sedangkan kita sendiri mati sedikit demi sedikit.

jangan nilai seseorang dengan masa silam yang pernah dilalui..kenapa dia jahat atau sebagainya kerana pasti ada citer disebaliknya..mungkin kerana pernah dilukai atau dizalimi..
dan terima seadanya walaupun pernah mengecewakan kamu atas perbuatan atau kata-kata..kerana setiap insan hadir dalam hidup kamu membawa cerita berbeza dan pengajaran yang kamu perlu tahu..semuanya dalam tinta Allah..

terima kasih kerana sudi membaca dan selamat malam semua

crazy monkey 192




Jun 15, 2014

papa – korean movie

salam semua

lamaaaaaaa sungguh la tak update blog nih

sangat rindu hokey nak menulis

baru la hari nie sempat membebel kejap dalam blog nihYoyo & Cici Emoticons 12

                          silakan baca bebelan saya mengenai filem korea yang saya lihat pada minggu lepas

*cerita lama dah kira macam throw back lah hihi

Yoyo & Cici Emoticons 62

citer papa bersempena dengan hari bapa

Papa (Korean Movie)-p2.jpg

citer pasal papa yang merupakan pengurus bakat untuk bidang nyanyian,bila salah sorang talent beliau lari ke America mengikut pengurus bakat yang lain.

di sana beliau berkahwin kontrak dengan warganegara Korea yang sudah menetap di sana. ditakdirkan isteri beliau meninggal dunia dalam kemalangan dan beliau terpaksa menjaga 6 orang anak dan anak-anak beliau semuanya multi-cultural membuatkan cerita ini sungguh unik.

Anak sulung beliau,Joon merupakan penyanyi dan penari berbakat tetapi enggan menghadiri ujibakat.Namun kerana kesempitan hidup,Joon bersetuju untuk mencuba nasib.

Segala susah senang keluarga ini sangat menghiburkan..watak Rosie anak bongsu mengingatkan saya pada seseorang

 

senyuman Rosie seiras dengan adik angkat saya di asrama SAAS..mungkin adik saya tu pun dah tak ingat lagi bagaimana pertemuan kami tapi pada saya memori itu masih kekal di ingatan saya terutama senyuman manis dia.

kami terpisah lebih 15tahun dan perpisahan itu terlalu lama kerana kurangnya alat komunikasi…dulu mana ada telefon bimbit…ade telefon rumah atau telefon awam…email pun tiada,cuma berhubung melalui surat yang lembap macam siput bab* (snail mail)

bila berpindah sekolah makin sukar nak berhubung dan akhirnya kami terpisah…tapi saya masih teringatkan adik..dan kami terjumpa semula di friendster dan kemudian di facebook dan akhirnya saya dapat menghadiri majlis perkahwinan beliau…

walaupun saya sudah lama tiada dalam hidup adik namun kenangan yang singkat bersama saya abadikan dalam hati selamanya

*tetiba slot jejak kasih la pulakkkk

Yoyo & Cici Emoticons 114

sebab nak cerita jugak dalam citer papa nih,mereka ade terpisah kerana Joon di bawah umur dan papa tetiba merajuk dan melepaskan hak penjagaan kanak-kanak kepada pusat kebajikan masyarakat

dan Rosie tak tahu sangat cakap korea tapi sebab papa selalu ayat nyanyi lagu..

“cinta…tanpa syarat” dan diulang-ulang

Yoyo & Cici Emoticons 236

sangat comel dan buat saya terharu *tetiba tacing

Yoyo & Cici Emoticons 206

memang benar ungkapan itu…kita akan menyayangi seseorang itu pastinya tanpa syarat kerana jika kita letakkan syarat kita pasti akan berasa kecewa

dan pertemuan pertama dengan adik timbul rasa sayang tatkala melihat dia buat pertama kali…saya sukakan senyuman dia dan walaupun tak dapat bertemu namun saya masih melihat senyuman itu di mukabuku….semoga dikau terus tersenyum di samping insan tersayang

*Rosie sangat comel Yoyo & Cici Emoticons 152

mereka sekali lagi terpisah namun Joon berjaya di dalam ujibakat bersama dengan adik-beradik dan jadi terkenal dan papa meneruskan hidup dengan kenangan yang terindah pernah terjadi dalam hidupnya dan dia tak pernah menyesal.

 

pertemuan kembali (reunion) bersama joon,rosie dan anak-anak lain sangat menyentuh jiwa dan semuanya dah besar panjang

saya beri 5 bintang untuk cerita ini dan di sini saya mengambil kesempatan untuk ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa di seantero dunia dan Malaysia

dan juga pada abah saya khususnya

bila dah besar Rosie comel gak hehe Yoyo & Cici Emoticons 152

okla,penat dah membebel so selamat beristirehat semua

babai

Yoyo & Cici Emoticons 150

Jan 12, 2014

#genap seminggu #Al-fatihah

Assalamualaikum kepada semua

lama tak update blog…

banyak benda berlaku dalam masa seminggu ni

 

pada minggu lepas,pada pukul 4 pagi…saya dikejutkan oleh mak saya dengan berita kematian suami sepupu saya di Sepang

saya bangun terpisat-pisat dan bersiap…sementara menunggu Subuh

 

Selesai solat subuh,kami bertolak ke rumah arwah abang Lutfi

bila sampai disana…saudara-mara,rakan taulan dah menunggu di surau…yang terletak bersebelahan dengan rumah arwah

rasa sebak dah bertandang bila saya mula menjejakkan kaki di dalam surau untuk melihat arwah buat kali terakhir

 

arwah nampak tenang…macam tidur, cuma sedikit pucat…punca kematian saya tak dapat nak pastikan

kerana kali terakhir sebelum beliau dimasukkan ke dalam hospital, arwah dan family berkelah di air terjun sekitar KL

 

balik daripada berkelah tersebut,arwah start tidak sihat badan dan muntah teruk

arwah tidak sakit lama,genap seminggu berada di hospital…Allah memanggil beliau pulang

Allah lebih sayangkan arwah…

 

rasa sedih dan hiba bila mengenangkan keadaan sepupu saya dan anak-anak arwah yang masih kecil

pasti sukar menerima kehilangan walid mereka yang berlaku secara mendadak…

 

teringat pertemuan terakhir bersama beliau semasa di rumah nenek saya di Dioh…pada akhir tahun lepas

Beliau juga merupakan salah seorang perawat daripada Darul Syifa Harun Din

telah membaca doa dan merawat nenek saya yang telah sakit sekian lama

tapi ajal itu tak kenal usia

jika sudah sampai masanya..pasti tidak sesaat pun terlambat

silence-onion-head-emoticon

 

melihat betapa ramainya orang yang ingin melihat arwah dan memberi penghormatan terakhir

saya dapat rasakan,beliau seorang yang sangat disenangi oleh saudara,rakan,taulan dan jiran tetangga

jemaah perawat Darul syifa juga hadir untuk menyembahyangkan arwah untuk yang terakhir kalinya

 

pada hari tersebut, terdetik di hati saya…ilmu fardhu kifayah mengenai pengurusan jenazah,sembahyang jenazah

belum saya dalami…

saya ada beli cd tapi belum sempat tengok…

siyes,walaupun saya tak dapat join untuk solat jenazah…tapi tetap terasa khilaf kerana kurangnya ilmu yg saya ada

perginya seseorang,terjadinya sesuatu kejadian pasti ade pengajaran yang Allah nak beri pada kita…terutama yang masih hidup

beg-onion-head-emoticon

 

Alhamdulillah segala urusan pengebumian arwah berjalan dengan lancar…semoga arwah abang Lutfi tenang dan aman di sana

menemui penciptaNya yang lebih menyayanginya…berbanding kami di sini

dan saya terfikir,tiket berpindah ke alam barzakh kita adalah sentiasa open tiket..bila-bila masa saja kita diseru pulang

tak kira usia beb…sudahkan cukup amalan dan cukup taubat kita di dunia ini?

 

#semalam kereta mak saya dipecahkan…habis beg dokumen saya dilarikan oleh mereka…

semoga mereka yang melakukan memulangkan kembali beg berkenaan…

sigh-onion-head-emoticon

Dec 12, 2013

#perpisahan #seft #let go

Asssalammualaikum semua

selamat beristirehat di mana jua anda berada

semoga semuanya berada di bawah Rahmat Allah s.w.t

 

entri sebelum ini #LET GO EGO adalah pengalaman saya menggunakan #seft yang telah banyak membantu saya #let go ego

yang membelenggu diri saya…walaupun terdapat sedikit kesukaran,terapi ini telah banyak membuka minda dan jiwa saya supaya

tidak bertindak seperti Tuhan kerana akibat daripada perlakuan tersebut telah banyak membawa mudarat pada jiwa dan fizikal saya

onionheademoticon17_thumb

 

terapi #seft ini sangat berfaedah…saya dah cuba bantu beberapa kawan saya untuk merasa indahnya jiwa positif bila kita bergantung sepenuhnya pada Allah

dan tiada apa yang mustahil di sisiNya…bila kita total surrender dan total let go…hidup ini bagaikan dalam magis

bigblackeyes_thumb

jiwa lebih bahagia…lebih terasa cinta Allah…lebih connected…hidup lebih amazing

admire2-onion-head-emoticon

 

#perpisahan

saja nak kongsi pengalaman saya sebentar tadi menggunakan terapi #seft

saya tengah tengok tv,lepas tu ada iklan…cerita iklan mengenai AEDES tak salah saya..dan ibu dia meninggal kerana denggi berdarah

dan tetiba saya emo

 crying2-onion-head-emoticon

kerana ada beberapa orang yang saya sayangi pergi meninggalkan saya selamanya…mungkin bukan denggi la puncanya tapi somehow

iklan itu telah menjadi pencetus emosi yang terpendam selama ini

unhealthy belief saya mengenai relationship

setiap yang saya sayang pasti akan tinggalkan saya…dan saya amat rindukan mereka

padahal setiap yang hidup pasti akan pergi…itu hakikat hidup

saya sedar namun saya tidak dapat ikhlaskan pemergian mereka

dan saya melakukan terapi #seft ini…alhamdulillah,saya lebih lega dan redha

saya tahu mereka lebih bahagia di sana…mereka pun pasti tak nak saya sedih

dan saya tahu mereka dapat rasa kerinduan saya

kerana saya pinta Allah sampaikan salam rindu buat mereka

p/s semasa tulis entri ini pun hujan turun sangat lebat..bagaikan mengetahui isi hati saya

Al-Fatihah

silence-onion-head-emoticon

Dec 6, 2013

#beautifullifecoaching #ikhlas #LET GO EGO

Assalamualaikum
apa khabar semua? semoga semuanya baik-baik belaka dan dalam lindungan Allah

hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya semasa menghadiri kursus susulan
“The Amazing Power of Goal Praying” a.k.a AGP
iaitu kursus yang telah saya hadiri pada bulan Februari 2013

dan kelas susulan ini diberikan untuk recharge..yela,dah berzaman pergi kursus..
pasti la nak tahu apa progress peserta selepas abis kursus kan? itulah salah satu kelebihan di dalam AGP ini
untuk sentiasa memantau dan membantu peserta yang masih terkial-kial untuk membuat perubahan macam saya
headdownohnocrying_thumb 
masa saya pergi ke AGP,saya tahu saya ada masalah yang berkaitan dengan diri sendiri…cuma kurang pasti apa isu yang terlibat
apabila saya selesai AGP,saya tahu root cause yang menyebabkan keadaan saya sekarang…dan kebanyakan kita juga sebenarnya mengalami masalah yang sama iaitu
LOVE and TRUST dan berkait juga dengan JOY
walaupun simptoms yang nampak ketara ialah isu kewangan,perhubungan dan lain-lain…
tetapi root cause nya datang dari kepercayaan yang salah (unhealthy belief) dari diprogram semasa kita kecil atau sepanjang kita membesar..cuma efek yang hadir dan ketara apabila kita semakin dewasa ini..
puas juga saya cari punca root cause..tapi saya sedar,tatkala bercerita hal silam yang membelenggu fikiran saya..saya rasa sedih…
itulah bermulanya saya mengetahui isu itu masih tidak dapat saya lupakan..walaupun di mulut saya berkata,saya REDHA..namun di hati,saya masih belum 100% mengikhlaskannya

saya berada di kelas susulan kerana bencana yang berlaku pada saya jauh lebih hebat semasa saya di bulan Februari..kerana saya masih belum ikhlaskan dan selesaikan punca root cause yang merupakan penyebab  saya berada pada kitaran cycle yang sama…masih berada di cycle VICTIMHOOD dan mempunyai fikiran SCARCITY

selesai kursus saya tidak apply tools yang diberikan untuk bantu saya lebih maju..sebab saya fikir saya lebih baik…tiada apa yang perlu diperbetulkan..saya rasa saya OK,saya EGO kerana saya rasa saya TAHU bagaimana nak CONTROL life saya
tapi itulah silap yang perlu saya perbaiki…saya mengakui bahawa saya mempunyai unhealthy belief dan saya harus terima dan melakukan perubahan untuk membetulkan belief tersebut (ACCEPTANCE)…
itu adalah langkah pertama…bukan senang juga nak mengaku kita buat silap kan…tapi sedarlah,kita cuma hamba Allah yang hidup menumpang sementara di dunia ini…tidak ada salahnya mengaku kesalahan dan minta Allah mudahkan untuk kita melakukan perubahan tersebut…
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani
onionheademoticon26_thumb 
sebak bila nak menulis…sebab langkah seterusnya iaitu LET GO atau ikhlaskan itu beri banyak kesedaran pada saya
sebab memang saya niat,saya hadir di kelas susulan ini untuk LET GO dan IKHLASkan segalanya…saya nak berdamai dengan MASA LALU saya…
apabila melakukan terapi,saya hadirkan kembali momen yang membuat saya resah dan tidak gembira…dan terjadi NERVOUS BREAKDOWN yang tidak disangka

saya ingat saya dah pernah melalui saat ini semasa di Evolusi Minda bersama Allahyarhamah Puan Arina dan berjaya membongkarkan BLOCKAGE yang ade
cuma mungkin dulu EMOTIONAL BAGGAGE atau BLOCKAGE itu dah dibuang tapi tidak diINSTALL dengan program positif yang baru…kerana Allah lebih menyayangi beliau dan menjemputnya pergi..saya tidak menyalahkan sesiapa…Allah sudah menetapkan ketentuanNya begitu…jika tidak pasti saya juga tidak berjumpa dengan MakHa,team Beautiful Life Coach (BLC) dan alumni AGP

maka,bayangkan jika ada EMOTIONAL BAGGAGE yang lama,isinya mungkin sudah berjaya dikeluarkan..separuh atau sepenuhnya cuma terlupa untuk DELETE program EMOTIONAL BAGGAGE itu dan saya hilang bimbingan…
dan kembali mengisi EMOTIONAL BAGGAGE itu dengan SOFTWARE (unhealthy belief) yang jauh lebih dashyat…VERSION yang lebih update..
hadoiii    
dan keadaan yang saya alami juga sekarang jauh lebih mudarat daripada dulu

Terapi tersebut menyedarkan saya bahawa saya sangat banyak SELF CONTROL,EGO untuk LET GO walaupun saya sedar berpegang padanya menjadikan mudarat pada saya
tetapi kerana dah lama tertanam,saya mengalami saat yang sukar untuk LET GO…sehingga saya sukar berkata-kata dan ianya menjadi semakin tegang dan INTENSE sehingga melibatkan kesakitan pada fizikal apabila saya EGO utk LET GO dan kesakitan itu buat saya berfikir sejenak,apabila saya STRUGGLE…saya semakin diikat dan mudarat pada diri saya…tak tertanggung rasanya bila cuba melawan
macam kalau anda diikat,anda ingin lepaskan diri…kalau anda STRUGGLE,bergerak ke kanan ke kiri anda pasti akan makin terjerut…namun jika anda RELAX,anda pasti dapat berfikir dengan TENANG dan membuka ikatan tersebut…ikatan itu akan terlerai perlahan-lahan bila anda leraikan satu persatu

dan saya pinta dalam hati,get CONNECTED dengan Allah supaya beri kemudahan pada saya untuk LET GO dan IKHLASkan segalanya….saya REDHA dan PASRAH atas ketentuan yang berlaku dalam hidup saya…saya tiada kekuatan…Allah sahaja sumber kekuatan itu kerana Dia punya segalanya…
dan saya semakin TENANG dan dapat LET GO
Alhamdulillah…hasil terapi ini…hati semakin tenang…saya berdamai dengan masa lalu…walaupun masih ada isu yang saya perlu selesaikan namun saya dah tahu caranya ialah
kembali kepada Allah atas apa saja urusan kerana Dia sebaik-baik penunjuk…Dia Maha Mengetahui yang TERBAIK untuk hambaNya
SIMPLIED your LIFE kerana bila kita LET GO,tiada stress,tiada force,tiada struggle

kerana kebanyakan kita mempunyai kehidupan yang bercelaru
kerana kita teruskan hidup dengan rasa tidak suka (RESISTANCE),cuba CONTROL situasi orang lain dan diri sendiri
memerlukan appoval dan acknowledgement daripada orang lain dan mempunyai pelbagai FEAR

jika kita tidak suka – IKHLASkan dan percaya pada qada dan qadar Allah
jika cuba kawal situasi – LOOSE dan serahkan pada Allah (Tawakal)
jika perlukan approval orang lain – kita patut pentingkan pandangan Allah pada kita berbanding hamba
jika kita mempunyai FEAR – kita sebenarnya kosong..tiada apa pun hak milik kita,semuanya Allah punya

saya pasti ramai yang mengalami masalah yang hampir sama cuma mungkin situasi/keadaan yang berbeza..kerana kita di dunia bergerak mengikut ketentuan Allah dan skrip yang berbeza antara satu sama lain..tetapi di akhirnya kita masih akan pulang ke kampung halaman kita…SYURGA

saya doakan kita semua bertemu di SYURGA…dan sementara di dunia ini
WE DO THE BEST and LET ALLAH DO THE REST
#saya rekemen anda semua untuk hadiri AGP yang bakal berlangsung pada 20-22 disember ini di perpustakaan KL
dan boleh lawati www.beautifullifecoaching.net untuk info selanjutnya
bye1-onion-head-emoticon

Aug 2, 2013

Bijak Berbelanja



Assalam semua
tak sampai seminggu lagi kita akan berhari raya
macam mana dengan persiapan raya?
kalau pergi untuk membeli-belah tu,jangan sampai lupa diri

bercerita tentang membeli-belah,berbelanja...saya nak kongsi  Petikan artikel dari Berita Harian, 29 Jun 2013

p/s peringatan untuk diri sendiri jugak terutama yang BUJANG

boleh hubungi saya di norli.razali@gmail.com untuk mengetahui cara yang terbaik untuk menguruskan status kewangan anda


>> Alasan tiada tanggungan, mahu berseronok, boros berbelanja



Selalunya sesetengah orang bujang tidak mahu berfikir panjang apabila ada banyak duit. Mereka tidak mahu fikir sangat pasal menguruskan duit.



Maklumlah orang bujang. Tanggungjawab tak banyak. Kalau ada pun, mungkin membayar ansuran kereta atau pinjaman pelajaran seperti PTPTN. Selebihnya, selagi ada duit di tangan, mereka akan berbelanja mengikut kehendak hati. Menukar telefon atau gajet baru berharga yang kadang-kadang tidak diperlukan sangat, membeli pakaian atau aksesori berjenama mahal.



Bagi orang bujang lelaki, kerana hendak menunjuk dirinya ada banyak duit, mereka akan belanja makan teman wanita di tempat eksklusif.



Soal hendak membuat simpanan kadang-kadang tidak terlintas dalam fikiran segelintir orang bujang.



Jadi, atas sebab itulah, orang bujang adalah antara golongan paling banyak berhutang berbanding mereka yang berkeluarga.



Berikut ada cerita yang menggambarkan kehidupan orang bujang yang berjaya tetapi boros.



Ia mengisahkan Dr Azam (bukan nama sebenar), lelaki muda dan berjaya. Pada umur 33 tahun, dia hampir memiliki semuanya; dua kereta mewah, tinggal di kondominium mahal dan mempunyai kerjaya membanggakan.



Dr Azam berasakan dia berhak memiliki gaya hidup serba mewah kerana sudah bekerja keras dan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi doktor pakar. Dia yakin mampu membeli apa saja yang diinginkan.



Dr Azam terlalu banyak bergantung kepada kad kredit. Dia berpendapat dengan gaji lima angka sebagai doktor pakar, tidak perlu bimbang dengan masa depannya. Apa yang penting ialah keseronokan serta merta dengan membeli semua kehendaknya menggunakan lima kad kredit yang dimiliki.



Dr Azam tidak ada bajet untuk menjejak aliran tunainya. Lama kelamaan, dia tidak mampu membayar ansuran dua keretanya dan hampir tidak dapat membuat bayaran minimum untuk semua kad kreditnya. Keadaan semakin meruncing apabila sewa kondominium juga tertunggak selama tiga bulan.



Berhadapan dengan tindakan pengusiran, Dr Azam didesak semua pemiutang supaya membayar hutang dengan segera. Sebuah keretanya ditarik oleh pihak bank. Tanpa disedari, Dr Azam dibelenggu hutang yang sudah mencecah RM 120,000. Takut akan diisytiharkan bankrap, dia mengambil keputusan mendapatkan bantuan AKPK.



Pengajaran daripada cerita Dr Azam ini ialah jangan ghairah hidup mewah atau memikirkan keseronokan saja semata-mata masih bujang, bergaji besar dan kerjaya bagus. Hutang juga tidak mengenal mangsa.



Oleh itu adalah penting untuk menguruskan bajet kita. Jangan ghairah sangat memiliki kad kredit. Kalau perlu sangat, cukuplah memiliki satu dan tidak lebih daripada dua kad kredit. Sebaik-baiknya ada satu saja.



Adalah dicadangkan menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan. Lebih baik kalau kita boleh simpan 15 peratus hingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan (gaji) kerana kita akan mempunyai lebih banyak duit pada masa depan.



Panduan memupuk tabiat menabung

1. Menabung sebelum berbelanja

• Menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji atau pendapatan kita.

• Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya.



2. Dorong diri dengan sasarkan matlamat.

• Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri kita menabung.

• Kita boleh menetapkan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.



3. Jadikan tabiat.

• Selepas membuat simpanan 10 peratus daripada gaji kita, cabar diri untuk meningkatkan tabungan secara beransur-ansur.



4. Simpan sebahagian ‘durian runtuh’.

• Setiap kali terima duit seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan.

• Kalau kita menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah simpanan bulanan kita.



Menabung untuk kecemasan

Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang kejadian tidak diduga boleh menyebabkan kita hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Ada kalanya kita mungkin memerlukan jumlah duit yang banyak dalam masa singkat untuk menangani masalah yang kita hadapi.



Kebiasaannya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan kalau kita kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba atau akibat kos membaiki kerosakan rumah atau kereta. Kalau kita atau pasangan kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar.



Dalam keadaan begini, adalah penting bagi kita mempunyai tabungan untuk menanganinya. Sebagai panduan, kita perlu mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas kita selama tiga hingga enam bulan. Keadaan akan bertambah buruk jika kita perlu meminjam untuk mengatasi yang timbul.



Selain menabung untuk tujuan kecemasan, bajet atau perancangan perbelanjaan juga boleh membantu kita menyimpan untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang bernilai besar.

Jun 15, 2013

La Tahzan temanku


As salam...sedikit perkongsian daripada master Maza yang merupakan rakan FB yang banyak membantu saya mengenali hidup ini dengan ilmu beliau dan terima kasih atas nasihat dan bimbingan walaupun masih belum berkesempatan untuk bertemu

dan semoga tulisan ini menjadi pedoman bagi mereka yang berada dalam situasi ini....mungkin saya tiada kesempatan untuk mendengar rintihan kamu tapi mengadulah pada PenciptaMu..Dia pasti memberikan kelapangan kepada mu


La Tahzan...gembiralah kerana Allah sentiasa bersamamu
Dalam kehidupan ini, kesulitan sentiasa wujud kerana ianya adalah sebahagian dari kehidupan yang tidak dapat dipisahkan. Allah telah menciptakan setiap perkara secara berpasangan :
1. Ada malam ada siang.
2. Ada tinggi ada rendah.
3. Ada kemudahan ada kesulitan.

Oleh kerana kesulitan tidak mungkin dapat dielakkan, kita dituntut untuk mempersiapkan diri dalam menghadapinya.

Tidak sedikit yang berjaya keluar dari kesulitan yang berlaku namun tidak kurang pula yang jatuh tersungkur dalam kesulitan yang lebih rumit.

Ini adalah kesan dari betapa dahsyatnya hentaman kesulitan yang menimpa kita sementara kekuatan kita untuk bertahan tidak sekuat kedahsyatan kesulitan itu sendiri.

Akhirnya, jangankan untuk keluar dari kesulitan, bertahan pun akan terasa begitu sukar.

Tentunya kita ingin sentiasa menjadi pemenang dari setiap pergolakan hidup. Maka diharapkan petua-petua berikut mungkin dapat membantu kita untuk bertahan dalam kesulitan di samping rnenuntun kita keluar darinya sebagai orang yang mampu tersenyum kerana lulus sebagai juara dalam ujian kehidupan ini.

PERTAMA : Sandarkan diri kita kepada Zat Yang Maha Menyelesaikan.

Manusia adalah makhluk yang lemah dan dia perlukan pegangan yang kuat kerana perjalanan di dunia ini tidak selalunya dalam keadaan mendatar.

Kekuatan yang dimiliki hanya sebatas usaha yang sama sekali tidak menentu. Banyak perkiraan dan rancangan yang nampaknya mantap, namun akhirnya meleset kerana memang di sebalik itu semua ada kekuatan Zat Yang Maha Kuat yang menentukan segala-galanya.

Kita perlukan Allah di saat keadaan sedang stabil dan normal. Malah dalam keadaan yang sulit dan tidak ada orang yang membantu, kita lebih-lebih lagi perlukan Allah. Apalagi kalau orang di kiri kanan kita yang biasa membantu memberikan jalan penyelesaian tidak lagi dapat diharapkan. Ya! Ini disebabkan mereka juga manusia yanq sangat terbatas seperti kita.

Dalam keadaan seperti ini, tidak ada jalan lain kecuali kita mendongak ke langit rnengharapkan penyelesaian dari atas.

Pintu penyelesaian dari langit akan sentiasa dibuka selama kita membuka pintu hati kita untuk menerima keputusan Allah.

Maha Suci Allah! Dia benar-benar berbeza dengan sifat makhluk.

Semakin banyak permasalahan yang kita keluhkan atau semakin banyak permintaan yang kita ajukan, maka semakin Allah menyukai kita.

Berbeza dengan makhluk yang miskin ini. Jangan terlalu banyak merengek kepadanya kerana dia juga masih perlukan bantuan.

Penyerahan diri kepada Allah akan melahirkan kekuatan untuk menghadapi segala permasalahan.

Sabda Rasulullah saw :

“Barang siapa yang ingin menjadi rnanusia yang paling kuat, maka bertawakallah."

Tawakal ini sekaligus akan mendatangkan ketenangan. Kenapa?

1. Kita akan sedari bahwa kesulitan yang mendera adalah sebahagian dari “senario” Ilahi.
2. Kita akan sedari bahwa Allah tempat kita bersandar dan di tanganNyalah terdapat penyelesaian.

Ummu Salamah mempunyai kisah teladan dalam perkara ini.

Ketika ia perlu merelakan pemergian suaminya padahal anak-anaknya masih kecil dan perlukan kasih sayang serta perhatian dari ayah mereka. Pada hari meninggal suaminya yang tersayang itu, Ummu Salamah menyerahkan segala-galannya kepada Allah yang memiliki semuanya.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, Ya Allah, berikan aku pahala dari musibah ini dan gantikan aku dengan yang lebih baik.”

Itulah kepasrahan yang tulus mengiringi dirinya ketika dipejamkan mata suaminya oleh Rasulullah saw yang ketika itu hadir menyaksikan.

Ummu Salamah begitu tenang kerana :

1. Kesedihan itu fitrah dan pasti wujud pada setiap manusia.
2. Kesedarannya bahwa Allah yang menghendaki ini semua telah membuatnya tenang.
3. Kesulitan tidak akan sampai menggoncang hidupnya.

Ketenangan itu diikuti oleh doa yang tulus yang didengar oleh Allah swt. Allah menggantikan musibah dengan yang lebih baik seperti apa yang ia minta.

Ternyata, Rasulullah saw menggantikan kedudukan suaminya yang akan mendampinginya dan mengurus putera dan puterinya serta mengangkatnya menjadi Ummul Mukminin di mana ianya merupakan suatu kebanggaan ketika di hari kiamat kelak akan dibangkitkan dengan status isteri manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah saw.

Dari kisah Ummu Salamah ini, fahamlah kita bahwa kepasrahan yang tulus akan melahirkan jalan penyelesaian.

KEDUA : Sedarilah bahwa kesulitan itu pasti datang.

Kesedaran terhadap sesuatu akan membuatkan seseorang itu tidak tercengang dan akhirnya terduduk ketika sesuatu itu tiba malah dia akan mempersiapkan mentalnya untuk menjemput kedatangan sesuatu itu.

Isteri seorang tentera yang sedar bahwa ia sering ditinggalkan demi tugas suaminya dan perasaan bahwa suaminya mungkin boleh gugur di medan tugas akan membuatnya lebih tenang ketika musibah itu benar-benar berlaku kerana sebahagian dari kegoncangan jiwa telah pergi bersama kesedarannya terhadap musibah yang sudah diperkirakan sebelumnya.

Kesedaran Abu Bakar ra bahwa Rasulullah saw adalah manusia yang pasti akan mati, membuatnya begitu tenang ketika perkara itu berlaku.

Sebaliknya pula, Umar bin Al Khattab ra yang walaupun berjiwa tegar namun begitu tergoncang sehingga ia mencabut pedangnya dan mengancam akan membunuh orang yang mengatakan bahwa Rasulullah saw telah tiada.

Kesedaran Abu Bakar ra telah membuatnya begitu bersedia untuk menghadapi kesulitan, sedangkan Umar ra ketika itu belum mempersiapkan dirinya untuk menerima kenyataan tersebut.

Mereka yang tenang dalam menghadapi musibah akan lebih cepat terlepas dari kesulitan itu bahkan orang itulah yang akan mampu membimbing orang lain untuk mengikuti jejaknya dalam menghadapi kesulitan.

Di saat para shahabat lain larut dalam kesedihan yang mendalam, mereka tidak mampu meredam emosi Umar ra. Namun Abu Bakar ra tampil dengan begitu tenang dengan perkataannya yang masyhur :

“Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya dia telah mati. Dan barang siapa yang menyembah Allah sesungguhnya Dia Maha hidup dan tidak akan mati."

Kemudian ia membaca ayat al Qur’an :

"Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul yang telah didahului oleh Rasul-rasul sebelumnya. Apakah jika ia mati atau terbunuh, kamu akan kembali berpaling?"

Aliran kata-kata Abu Bakar ra yang diperkuatkan oleh ketenangan hati mampu menjatuhkan pedang Umar ra dan menyedarkannya.

Maka di samping kita bersikap optimis, jangan lupa untuk memunculkan perasaan kemungkinan yang terburuk dari apa-apa perancangan kita tersebut.

Ciptakan kesedaran mulai hari ini bahwa :

1. Musibah pasti akan datang menghampiri.
2. Orang-orang yang kita cintai pasti akan pergi.
3. Suatu ketika, dunia yang kita genggam saat ini juga ada saatnya hilang.
4. Tidak semua yang kita lakukan akan kita raih sebagaimana yang kita harapkan.

KETIGA : Berkongsilah dengan orang yang terdekat.

Manusia adalah makhluk sosial walau siapa pun dia dan dia masih memerlukan orang lain apalagi di saat-saat yang sulit.

Berkongsi cerita duka yang sedang mendera merupakan sebahagian dari penyelesaian. Tentunya bukan kepada sebarangan orang kita bercerita di mana kita mesti memilih orang itu iaitu mereka yang istimewa dalam kehidupan kita yang :

1. Mampu menghiburkan hati kita.
2. Mampu menasihati diri kita .
3. Mampu membantu mencarikan jalan penyelesaian terbaik.

Boleh jadi mereka adalah isteri, suami, ayah, ibu, adik, kakak, saudara seperjuangan atau teman akrab di tempat kerja.

Mereka yang dekat dengan kita akan ;

1. Mendengar nafas duka yang kita hembuskan.
2. Mampu menitiskan air mata di saat kita menangis.
3. Memberikan usapan agar kita tabah menghadapinya.
4. Memberikan dakapan kasih sayang agar kita merasakan bahwa masih ada yang peduli.

Setelah itu, biasanya setengah dari beban permasaalahan yang menghimpit kita akan terasa terlepas dari diri kita di mana cuma tinggal sisanya yang perlu difikirkan bagaimana dan apakah langkah-langkah konkrit untuk menyelesaikannya dengan fikiran yang lebih segar dan jernih.

Dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah saw menghadapi kesulitan yang membuatkan beliau terasa gundah. Rasulullah saw memerintahkan agar para sahabat menyembelih binatang yang dibawanya dari Madinah.

Dalam perancangan asal, binatang-binatang tersebut akan disembelih di Makkah setelah mereka melaksanakan ibadah umrah namun kerana mereka terhalang untuk masuk ke kota Makkah, Rasulullah saw memerintahkan untuk menyembelihnya di tempat itu.

Para sahabat menolak manakala Rasulullah saw sungguh berasa sedih dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kemudian beliau masuk ke dalam khemah untuk berkongsi perasaan duka itu dengan isteri baginda, Ummu Salamah.

Kata-kata yang keluar dari lisan isteri baginda itu bak hujan di musim kemarau di mana Ummu Salamah mengusulkan agar Rasulullah saw memulai menyembelihnya sendiri. Saranan yang diusulkan oleh isterinya itu terus baginda laksanakan dan kaum muslimin pun segera mengikutinya.

KEEMPAT : Sabar dan teruskan munajat serta doa.

Di mana ada kenikmatan, di situ pulalah adanya kesulitan.

Oleh sebab itu, Rasulullah saw mengajarkan dua perkara untuk menghadapi kedua-dua senario tersebut iaitu :

1. Syukur.
2. Sabar.

Kedua-duanya baik untuk kehidupan seorang mukmin.

Sabar bukan bererti :

1. Diam.
2. Tidak boleh menangis dan sedih.
3. Tidak boleh mencari bantuan untuk mendapat jalan penyelesaian.

Rasulullah saw pernah menangis ketika kehilangan puteranya Ibrahim yang disayanginya. Para sahabat merasa hairan melihat air mata Nabi tumpah ke bumi.

Nabi saw berkata :

“Sesungguhnya hati ini bersedih, air mata pun mengalir dan kami sangat sedih dengan pemergianmu wahai Ibrahim. Tetapi kami tidak berkata kecuali sesuai dengan keridhaan Allah."

1. Sabar adalah suatu sikap menerima musibah sebagai sebahagian dari takdir.
2. Sabar adalah ketenangan yang melindungi dari penyesalan yang tidak berhujung yang akan menyebabkan kesengsaraan semakin berat dan tekanan yang menjangkiti.
3. Sabar akan menstabilkan keadaan hati yang sedang bergolak oleh kesulitan kerana hanya dengan jiwa dan hati yang stabil akan membuka jalan lebih luas menuju jalan penyelesaian.

Kemudian, selepas itu bantulah jalan penyelesaiannya dengan munajat dan doa. Adukan segala kesulitan kita kepada Allah. Di tengah malam, di saat manusia terlelap dalam mimpinya, kita bermunajat dan kita adukan permasalahan kita dalam sujud panjang kita. Tengadahkan tangan kita sambil berurai air mata penuh harap akan pertolonganNya. Doa-doa pun meluncur deras seiring dengan desakan-desakan hati yang sudah letih terbeban dengan segala kesulitan.

Umar bin Al Khattab ra di saat bangun malam ia membaca ayat:

“Sesungguhnya aku adukan keluh kesah dan kesedihanku kepada Allah.”

(Yusuf : 86)

sambil berurai air matanya di mana dia sedar betul bahwa dirinya adalah makhluk yang lemah.

Perbanyakkanlah Doa.

Tidak akan rugi orang yang banyak berdoa kerana tidak ada doa yang tidak dikabulkan jika kita sentiasa memenuhi seruan Allah.

Memang, kadang-kadang apa yang kita minta tidak kunjung tiba tetapi pengabulan doa bukan hanya dalam bentuk itu.

Kadangkala Allah swt mengabulkannya dengan cara menjauhkannya dari musibah atau Allah menyimpannya untuk kekayaan simpanan kita di akhirat sana.

Akhirnya fahamlah kita bahwa kesulitan adalah kemestian dalam kehidupan namun tidak ada sedikitpun alasan untuk kita dikalahkan oleh kesulitan itu.

Ya Allah, sesungguhnya kami memahami bahwa dalam setiap kesulitan itu ada kemudahan dan dalam setiap kesusahan itu ada kesenangan. Oleh itu bantulah kami untuk benar-benar dapat menghadapi kemudahan dan kesulitan dengan syukur dan sabar serta penuh ketenangan akan segala ujian dan mehnah dalam kehidupan ini sehingga kami mendapat ganjaran yang besar di sisiMu dari kedua-dua keadaan tersebut.