Nov 14, 2013

#acknowledgeyoursuccess #kenalpasti dan hargai kejayaan anda

Assalamualaikum semua

hari ini adik-adik yang berada dalam tahun 6 dapat keputusan UPSR ya?

big-eye-onion-head-emoticon

teringat zaman saya ambil keputusan UPSR..memang tak jangka sebab masa percubaan saya cuma dapat 1A dan 3B

cool-onion-head-emoticon

sebab saya ni memang kaki study juga walaupun saya tak pergi tuisyen macam kawan-kawan lain

kerana saya aktif dalam sukan dan pertandingan bercerita so masa untuk study tu ada cuma tak banyak mana..

lebih banyak training hehehe

p/s teringat pulak masa bertanding bercerita masa kecik…suka betul nak join….bila dah besar ni,penakut pulak nak bercakap di khalayak ramai huhuh

kena carik balik ni kenapa jadi gitu…nak kena RELEASING and RECHARGE dengan group alumni AGP

http://beautifullifecoaching.net/

 

so bila imbas kembali,saya cuba recall balik macam mana saya terima result UPSR tu

 

saya duduk antara yang belakang juga dan satu persatu nama kawan saya dipanggil oleh cikgu Mokhzir (ingat2 lupa ejaan nama cikgu) hehe

saya buat derk saja walaupun memang nervous sebab tak letak harapan tinggi…sebab based pada percubaan kan huhuh

ahaaah-onion-head-emoticon 

bila nama saya dipanggil,saya terus pergi ke hadapan meja cikgu dan lepas tu cikgu cakap

“Tahniah Norli” saya senyum je sebab saya tak tengok pun kertas result tu..saya pegang kertas dan cepat-cepat nak duduk balik

tapi cikgu tak lepaskan kertas tu dan suruh saya tengok jugak kertas tu…

masa tengok tu tetiba rasa nak menjerit pun ada…dan masa tu nampak cikgu saya tersenyum lebar…nasib baik saya tak peluk cikgu tu hihii

crying2-onion-head-emoticon

saya dapat 4A dan dalam kelas cuma saya dan kawan baik saya (Zulhanim) yang dapat 4A..cikgu paling tak sangka kot saya yang dapat

dan masa tahun tu Sekolah Kebangsaan Kuang dapat calon UPSR teramai yang dapat 4A di daerah Gombak…(tak silap saya la)

 

dan tahun saya juga,ramai murid dapat pergi ke sekolah asrama…ramai yang dapat tajaan Yayasan Selangor (bangga jadi anak selangor)

admire2-onion-head-emoticon 

itulah antara kejayaan yang sangat saya kenang dalam hidup saya

 

teringat perbualan dengan kawan baik saya..bertanya soalan yang sama

apa kejayaan yang dia capai dan paling diingati?

dia cakap,dapat mewakili Malaysia dalam sukan bola jaring masa tingkatan 4-5

good job beb..bukan senang nak jadi wakil malaysia tuh

dan saya pun baru dapat recall…masa tingkatan 2-3 saya pernah jadi scorer softball semasa pertandingan ASEAN sofbol

pengalaman yang semakin saya lupakan dan terimbas kembali apabila kita berkongsi memori dengan mereka yang rapat dengan kita

 

sebab saya ada satu sistem dalam pemikiran saya..auto-delete memory

saya lupa kejadian yang berlaku masa kecil saya..kalau ingat pun yang betul-betul beri impak pada diri saya

yang lain nya tak ingat…bukan kata masa kecil,seminggu yang lepas pun saya dah tak berapa ingat..

kena tulis dalam personal organizer apa yang telah saya lakukan…

 

Adakah itu proses penuaan?hahaha

silence-onion-head-emoticon

kejayaan terbaru…saya berjaya habiskan membaca buku “semuanya soal hati” yang saya beli sempena hari jadi saya pada tahun ini

amik masa 2bulan sebab saya membaca bila saya punya masa lapang…

IMG01700-20130911-0932   

dapat tandatangan penulis buku ini Ustaz Pahrol Mohd Juoi

 

IMG01655-20130907-1626

sangat meminati penulisan beliau

 

okla..nak sambung baca buku lain pula hehe

victory-onion-head-emoticon

No comments:

Post a Comment