Jun 6, 2013

Tip Kewangan Untuk Golongan Muda


As salam semua..
dah sarapan?
artikel kali ni berat sikit ulasan nya tapi sangat berguna
sebab 
saya selalu bersosial dengan berbagai lapisan umur
dari generasi X,Y atau pun baby boomers
kalau tak pasti amenda tu boleh try google ye

dan saya dapati masalah masih sama....mereka tidak menabung atau menyimpan untuk masa depan
tetapi hanya sebahagian..ada juga yang punya inisiatif dan mempunyai pengurusan kewangan yang baik
p/s daripada pengalaman sendiri juga sebenarnya

so saya berharap artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak anda untuk merancang kewangan anda dan
lebih kaya berjaya serta beriman
sesungguhnya kita juga perlu mengingati yang kita bukan hamba dunia
kita masih hamba Allah
Selamat mengingati Isra' dan Mikraj
kepada semua


so jika ada ingin bertanyakan lebih lanjut mengenai pengurusan kewangan..boleh add dan PM saya di FB
atau email saya di sini

Tip Kewangan Untuk Golongan Muda


Tip kewangan untuk golongan muda pada kali ini memberikan idea bagaimana untuk mengawal perbelanjaan, membuat pelaburan dan menetapkan matlamat simpanan anda untuk mendorong ke arah
pengurusan kewangan berhemat.

Apabila anda mula memperoleh pendapatan atau gaji yang kukuh, anda akan cenderung untuk membelanjakan wang terhadap barangan mewah atau memulakan langkah untuk berhutang seperti pembelian
kereta. Namun begitu, usia muda ini merupakan waktu terbaik untuk anda menyediakan diri ke arah untuk
meningkatkan kekayaan.

Tip 1: Menyimpan satu per tiga daripada pendapatan anda
Memperuntukkan RM1 daripada RM3 yang diperoleh ke dalam simpanan di bank. Anda mungkin beranggapan simpanan satu per tiga terlalu banyak dan sukar untuk dilaksanakan. Hal ini tidak mustahil
sekiranya anda benar-benar berazam untuk melakukannya. Simpanan adalah langkah terbaik untuk anda berhadapan dan melalui tempoh-tempoh sukar seperti diberhentikan kerja, menanggung kos perubatan sekiranya anda menghidap penyakit kronik dan sebagainya. Anda juga membuat simpanan untuk mengumpulkan dana bagi memulakan perniagaan. Memang benar, menyimpan wang satu per tiga daripada
pendapatan setiap bulan berkemungkinan anda telah mengorbankan kegemaran anda pada masa sekarang, tetapi ia adalah salah satu langkah untuk anda menghampiri matlamat akhir jaminan kewangan anda pada masa hadapan. Hakikatnya, anda perlu mengukuhkan simpanan untuk kestabilan dari segi kewangan anda pada masa akan datang.


Tip 2: Laburkan wang untuk tingkatkan kerjaya
Dalam hal ini, anda boleh menjadi “spendaholic” dan ia merupakan pelaburan dalam kuasa perolehan masa
hadapan anda. Laburkanlah wang anda untuk perbelanjaan pendidikan yang boleh meningkatkan kerjaya anda seperti melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana, mengikuti kursus-kursus kemahiran untuk meningkatkan potensi dan keyakinan diri. Sekiranya anda mempunyai hobi dan aktiviti kegemaran, anda boleh melabur sejumlah wang sekiranya hobi ini bakal meningkatkan potensi kewangan anda. Dengan pelaburan seumpama ini, anda menjangkakan bakal dinaikkan pangkat atau memperoleh sumber pendapatan tambahan pada masa akan datang

Tip 3: Berazam untuk menunaikan impian anda
Alasan utama yang sering diberikan apabila gagal menunaikan impian dan matlamat kewangan adalah disebabkan kegagalan meneruskan keazaman. Contohnya, anda memulakan perniagaan membaiki komputer secara kecil-kecilan. Selepas jangka waktu tertentu dan pelanggan semakin bertambah, anda bercadang untuk membesarkan perniagaan anda. Atas faktor lokasi dan kurangnya promosi, perniagaan anda tidak seperti yang dijangkakan menyebabkan anda gagal membayar pinjaman perniagaan anda dan koskos yang lain. Anda berasa kecewa dan ingin menjualkan semua peralatan komputer untuk membayar balik pinjaman kepada pihak bank.Berikutan dari peristiwa tersebut, anda seharusnya mendapatkan nasihat daripada orang yang benar-benar mengenali diri anda. Buat perbincangan dengan orang yang paling hampir seperti ahli keluarga dan rakan-rakan yang boleh memberikan pendapat yang positif untuk mencapai matlamat anda.

Tip 4: Melangsaikan pinjaman pelajaran lebih awal
Pinjaman pelajaran pada amnya dikenakan caj kadar faedah dari 1% hingga 3% setahun. Alangkah baiknya
jika anda dapat melangsaikan sejumlah pinjaman dan menukarkan kadar faedah ini kepada simpanan. Ini
bermakna sekiranya anda membayar sejumlah besar pinjaman pelajaran, maka anda boleh mula membuat
simpanan dengan segera, berbanding jika anda membayar sedikit demi sedikit dan menjadikan ia sebagai pembayaran tetap bulanan.Sudah tentu tidak semua orang mampu membayar sebahagian besar pinjaman mereka secara tunai.Berkemungkinan ia boleh mengambil tempoh lebih daripada 5 tahun selepas anda menamatkan pengajian.Namun, sebaik sahaja anda memiliki pendapatan yang stabil, jangan berlengah untuk melangsaikan baki pinjaman pelajaran anda.


Tip 5: Melabur sekiranya anda memiliki “wang lebih atau wang tambahan”
Menunggu sehingga anda merasakan sudah mampu untuk memulakan akaun persaraan adalah satu kesilapan. Jangan melengahkan masa untuk memulakan simpanan persaraan. Mulakan dengan menyumbang 2% daripada gaji anda, kemudian tingkatkan kepada 4% dan akhirnya kepada 10% atau lebih tinggi lagi. Cari peluang untuk meningkatkan pelaburan yang selamat dari semasa ke semasa mengikut keperluan pada masa akan datang.Akhir sekali, realisasikan impian anda dengan memulakan perancangan kewangan daripada usia muda.

Sumber: Dipetik daripada Buku Generation Earn: Guide Young Professional to Spending, Investing and Giving Back

No comments:

Post a Comment