Jun 15, 2013
La Tahzan temanku
As salam...sedikit perkongsian daripada master Maza yang merupakan rakan FB yang banyak membantu saya mengenali hidup ini dengan ilmu beliau dan terima kasih atas nasihat dan bimbingan walaupun masih belum berkesempatan untuk bertemu
dan semoga tulisan ini menjadi pedoman bagi mereka yang berada dalam situasi ini....mungkin saya tiada kesempatan untuk mendengar rintihan kamu tapi mengadulah pada PenciptaMu..Dia pasti memberikan kelapangan kepada mu
La Tahzan...gembiralah kerana Allah sentiasa bersamamu
Dalam kehidupan ini, kesulitan sentiasa wujud kerana ianya adalah sebahagian dari kehidupan yang tidak dapat dipisahkan. Allah telah menciptakan setiap perkara secara berpasangan :
Jun 11, 2013
WANG ANDA: MASA untuk ANDA jadi KAYA!
Assalam semua
hari ni saya nak kongsikan tips daripada mentor saya Irfan Khairi tentang pengurusan kewangan..dan jika ada pertanyaan boleh komen di bawah atau hubungi saya di emel norli.razali@gmail.com
saya sudi memberikan khidmat nasihat dan berjumpa dengan pembaca blog saya ni
WANG ANDA: MASA untuk ANDA jadi KAYA!
Oleh Irfan Khairi
"Masa" memainkan peranan yang amat penting dalam mengumpul dan mengembangkan wang kita. Lebih banyak masa yang kita ada, lebih besar wang dapat mengembang. Ertinya, lebih awal anda sedar dan ambil tindakan memperbaiki keadaan kewangan anda, maka lebih banyak masa untuk wang anda bertambah dan terus bertambah.
Mari kita lihat dua beradik kembar Lili dan Didi. Lili berumur 25 tahun dan merupakan pembaca tegar Majalah Metro, ruang WANG ANDA. Lili sedar betapa pentingnya menjaga kewangan dan mula menyimpan pada usia yang muda. Setiap bulan tanpa terlepas, Lili menyimpan dan melabur RM400 ke akaun pelaburan yang memberi pulangan pelaburan 12% setahun. Sekiranya kita melihat 20 tahun akan datang, simpanan Lili dalam akaun pelaburannya telah menjadi RM345,800. Ketika itu, Lili berumur 45 tahun.
Didi pula, agak terlewat menyedari tentang pentingnya menjaga kewangan. Didi hanya mula menyimpan dan melabur ketika berumur 30 tahun- lewat 5 tahun selepas Lili. Oleh kerana pendapatan Didi tinggi sedikit, Didi boleh menyimpan RM700 setiap bulan dan dilaburkan pada akaun pelaburan yang sama memberi 12% pulangan pelaburan. Apabila Didi mencapai umur 45 tahun, jumlah simpanan Didi telah menjadi RM313,100.
Adakah anda dapat lihat perbezaannya? Walaupun Lili menyimpan hanya RM400 sebulan, manakala kembarnya Didi menyimpan RM700 sebulan, oleh kerana Lili mula menyimpan 5 tahun lebih awal, jumlah yang dimiliki adalah lebih tinggi lagi apabila keduanya berumur 45 tahun walaupun simpanan bulanannya adalah jauh kurang.
Masa memainkan peranan yang amat penting dalam pulangan pelaburan. Lebih lama wang disimpan dan dibiarkan mengembang oleh pulangan pelaburan, kenaikannya akan menjadi mendadak. Konsep ini dikenali sebagai pulangan kompaun (compound returns).
Pastinya anda pernah dengar istilah "yang kaya semakin kaya" bukan? Antara sebabnya adalah, mereka yang kaya, faham tentang konsep pulangan kompaun ini. Sekiranya sejumlah wang dilaburkan pada pulangan 10% setahun, dan jangan diusik selama 7 tahun, wang tersebut akan berganda dua! Ertinya, sekiranya seorang jutawan memiliki RM1,000,000 yang tidak disentuh, dan diberi pulangan pelaburan 10% setahun selama 7 tahun. Wangnya akan menjadi RM2,000,000- tanpa perlu melakukan apa kerja sekali pun!
Tidak kira, jutawan atau tidak, pulangan kompaun ini akan terjadi pada sesiapa sahaja yang memahaminya. Dan lebih banyak masa yang diberikan, lebih besar wang kita akan berkembang. Lebih awal anda menyedari hakikat ini, maka, lebih baik untuk anda mulakan sekarang!
Jun 8, 2013
Skytrex Extreme
As salam semua..
selamat berhujung minggu pada anda semua
tetiba plak datang mood nak update blog pasal pengembaraan saya bersama rakan group saya yang semuanya hot,gojes and awesome
di Taman Pertanian Malaysia atau nama dulunya Bukit Cerakah
Pengembaraan yang dinamakan Skytrex Extreme adalah idea daripada salah seorang rakan kami...so saya yang sukakan cabaran terus je setuju nak join...walaupun sebenarnya saya sangat takut ketinggian dan gayat...naik apartment 11 tingkat pun bila tengok bawah macam dah nak terjunam
sampai awal dah rasanya..pukul 10 sebab start masuk utk adventure tu pukul 11.30 tapi bila sampai je lontong nya abis
Pengembaraan yang dinamakan Skytrex Extreme adalah idea daripada salah seorang rakan kami...so saya yang sukakan cabaran terus je setuju nak join...walaupun sebenarnya saya sangat takut ketinggian dan gayat...naik apartment 11 tingkat pun bila tengok bawah macam dah nak terjunam
macam quote dalam AFTER EARTH
"Danger is REAL,FEAR is a CHOICE
so saya sahut cabaran untuk join skytrex ni
dan semuanya bermula 2 minggu lepas..kitaorang plan nak breakfast dulu di
awal lagi kot kan....so untuk mengubat hati yang lara,kami makan la nasi lemak..fikir ok la makan nasi lemak..kang kita bakar lemak pulak nanti hehe
then,selepas semua dah berkumpul kami bergerak ke Taman Pertanian
dan di sana kami beli tiket and naik tren nak naik ke tempat yang dituju
macam seronok kannnnn?hehhhee
ok la,macam biasa posing dulu sebelum make up cair
beli tiket pun posing heheh
dalam tren pun posing jugak hihih
ok,lepas tu kami sampai di tempat yang dituju
then posing lagi
lepas abis letak semua barang dalam loker..kami dipakaikan dengan safety gear,gloves dan diberi short briefing macam mana nak handle equipment
ready guys heheheheh
dan pengembaraan bermula...memang cuak kot sebab saya tak suka tinggi..saya antara yang buat paling belakang hehehe...nampak kot dari air muka saya macam gemuruh but all my buddies bagi semangat...so alang-alang dah sampai buat sampai abis
ni antara aksi kami
tapi memang mula-mula...serius tak kelakar sebab sangat tinggi bila naik tangga pastu kena buat flying fox rasa nak muntah pun ada...lepas dah lama..dah warm up,dengan panas terik lagi..badan dah berlengas..dah tak fikir tinggi ke apa dah,cuma nak cepat siap dan abiskan semua cabaran cepat-cepat..utk extreme ade 32halangan rasanya..tapi sebab cuaca tetiba tak mengizinkan so kami abis awal,tapi rasa puas jugak la sebab rasa dah banyakkkkkk halangan kitaorg buat
dan selepas abis tu kami menjamu selera pulak di shah alam..ni pun plan daripada member
memang terbaik la makan panas-panas...badan berlengas niee hahahaha
posing depan ABC
p/s sila abaikan make up yang dah cair tu hahahah
dan berakhirlah pengembaraan kami hari tu...semua balik lepak tido penat sangatt
pape pun,thanks guys for the awesome days,the memories,the friendship...and Thank You Allah for bring me all this fun,wonderful,inspiring people in my life
Love you guys sooooo much
p/s can't wait for our next adventure..yeayyyyyyy!!!
Jun 6, 2013
Tip Kewangan Untuk Golongan Muda
As salam semua..
dah sarapan?
artikel kali ni berat sikit ulasan nya tapi sangat berguna
sebab
saya selalu bersosial dengan berbagai lapisan umur
dari generasi X,Y atau pun baby boomers
kalau tak pasti amenda tu boleh try google ye
dan saya dapati masalah masih sama....mereka tidak menabung atau menyimpan untuk masa depan
tetapi hanya sebahagian..ada juga yang punya inisiatif dan mempunyai pengurusan kewangan yang baik
p/s daripada pengalaman sendiri juga sebenarnya
so saya berharap artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak anda untuk merancang kewangan anda dan
lebih kaya berjaya serta beriman
sesungguhnya kita juga perlu mengingati yang kita bukan hamba dunia
kita masih hamba Allah
Selamat mengingati Isra' dan Mikraj
kepada semua
so jika ada ingin bertanyakan lebih lanjut mengenai pengurusan kewangan..boleh add dan PM saya di FB
atau email saya di sini
Tip Kewangan Untuk Golongan Muda
Tip kewangan untuk golongan muda pada kali ini memberikan idea bagaimana untuk mengawal perbelanjaan, membuat pelaburan dan menetapkan matlamat simpanan anda untuk mendorong ke arah
pengurusan kewangan berhemat.
Apabila anda mula memperoleh pendapatan atau gaji yang kukuh, anda akan cenderung untuk membelanjakan wang terhadap barangan mewah atau memulakan langkah untuk berhutang seperti pembelian
kereta. Namun begitu, usia muda ini merupakan waktu terbaik untuk anda menyediakan diri ke arah untuk
meningkatkan kekayaan.
Tip 1: Menyimpan satu per tiga daripada pendapatan anda
Memperuntukkan RM1 daripada RM3 yang diperoleh ke dalam simpanan di bank. Anda mungkin beranggapan simpanan satu per tiga terlalu banyak dan sukar untuk dilaksanakan. Hal ini tidak mustahil
sekiranya anda benar-benar berazam untuk melakukannya. Simpanan adalah langkah terbaik untuk anda berhadapan dan melalui tempoh-tempoh sukar seperti diberhentikan kerja, menanggung kos perubatan sekiranya anda menghidap penyakit kronik dan sebagainya. Anda juga membuat simpanan untuk mengumpulkan dana bagi memulakan perniagaan. Memang benar, menyimpan wang satu per tiga daripada
pendapatan setiap bulan berkemungkinan anda telah mengorbankan kegemaran anda pada masa sekarang, tetapi ia adalah salah satu langkah untuk anda menghampiri matlamat akhir jaminan kewangan anda pada masa hadapan. Hakikatnya, anda perlu mengukuhkan simpanan untuk kestabilan dari segi kewangan anda pada masa akan datang.
Tip 2: Laburkan wang untuk tingkatkan kerjaya
Dalam hal ini, anda boleh menjadi “spendaholic” dan ia merupakan pelaburan dalam kuasa perolehan masa
hadapan anda. Laburkanlah wang anda untuk perbelanjaan pendidikan yang boleh meningkatkan kerjaya anda seperti melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana, mengikuti kursus-kursus kemahiran untuk meningkatkan potensi dan keyakinan diri. Sekiranya anda mempunyai hobi dan aktiviti kegemaran, anda boleh melabur sejumlah wang sekiranya hobi ini bakal meningkatkan potensi kewangan anda. Dengan pelaburan seumpama ini, anda menjangkakan bakal dinaikkan pangkat atau memperoleh sumber pendapatan tambahan pada masa akan datang
Tip 3: Berazam untuk menunaikan impian anda
Alasan utama yang sering diberikan apabila gagal menunaikan impian dan matlamat kewangan adalah disebabkan kegagalan meneruskan keazaman. Contohnya, anda memulakan perniagaan membaiki komputer secara kecil-kecilan. Selepas jangka waktu tertentu dan pelanggan semakin bertambah, anda bercadang untuk membesarkan perniagaan anda. Atas faktor lokasi dan kurangnya promosi, perniagaan anda tidak seperti yang dijangkakan menyebabkan anda gagal membayar pinjaman perniagaan anda dan koskos yang lain. Anda berasa kecewa dan ingin menjualkan semua peralatan komputer untuk membayar balik pinjaman kepada pihak bank.Berikutan dari peristiwa tersebut, anda seharusnya mendapatkan nasihat daripada orang yang benar-benar mengenali diri anda. Buat perbincangan dengan orang yang paling hampir seperti ahli keluarga dan rakan-rakan yang boleh memberikan pendapat yang positif untuk mencapai matlamat anda.
Tip 4: Melangsaikan pinjaman pelajaran lebih awal
Pinjaman pelajaran pada amnya dikenakan caj kadar faedah dari 1% hingga 3% setahun. Alangkah baiknya
jika anda dapat melangsaikan sejumlah pinjaman dan menukarkan kadar faedah ini kepada simpanan. Ini
bermakna sekiranya anda membayar sejumlah besar pinjaman pelajaran, maka anda boleh mula membuat
simpanan dengan segera, berbanding jika anda membayar sedikit demi sedikit dan menjadikan ia sebagai pembayaran tetap bulanan.Sudah tentu tidak semua orang mampu membayar sebahagian besar pinjaman mereka secara tunai.Berkemungkinan ia boleh mengambil tempoh lebih daripada 5 tahun selepas anda menamatkan pengajian.Namun, sebaik sahaja anda memiliki pendapatan yang stabil, jangan berlengah untuk melangsaikan baki pinjaman pelajaran anda.
Tip 5: Melabur sekiranya anda memiliki “wang lebih atau wang tambahan”
Menunggu sehingga anda merasakan sudah mampu untuk memulakan akaun persaraan adalah satu kesilapan. Jangan melengahkan masa untuk memulakan simpanan persaraan. Mulakan dengan menyumbang 2% daripada gaji anda, kemudian tingkatkan kepada 4% dan akhirnya kepada 10% atau lebih tinggi lagi. Cari peluang untuk meningkatkan pelaburan yang selamat dari semasa ke semasa mengikut keperluan pada masa akan datang.Akhir sekali, realisasikan impian anda dengan memulakan perancangan kewangan daripada usia muda.
Sumber: Dipetik daripada Buku Generation Earn: Guide Young Professional to Spending, Investing and Giving Back
Jun 3, 2013
Bagaimana Untuk Memohon Pengeluaran Pelaburan KWSP?
As salam
hari ni sangat gembira sebab hari minggu saya sangat indah...macam mana dengan hari minggu anda?hehhe
okla,saya sangat suka berkongsi cara untuk gandakan wang...
biasala,sure kita suka cakap pasal duit kann
kat sini saya nak share pasal pelaburan guna kwsp dan anda tak perlu langsung nk keluar duit modal daripada poket anda
p/s nak retire rich kannn?jom jom
so di sini ade Q&A yang biasa ditanya untuk pelaburan menggunakan kwsp ni
kalau ade soalan yg luar biasa..boleh contact saya ye
moga saya dapat membantu masyarakat kita supaya menjadi lebih unggul
Bagaimana Untuk Memohon Pengeluaran Pelaburan KWSP?
Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli dilancarkan bagi membantu ahli meningkatkan simpanan persaraan
mereka. Pengeluaran ini membolehkan ahli melaburkan sendiri sebahagian daripada simpanan mereka dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
KWSP memperkenalkan konsep Simpanan Asas di bawah inisiatif Bukan Hanya Simpanan untuk ahli
memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000 apabila mereka mencapai usia 55 tahun.
Simpanan Asas ini akan menentukan seberapa banyak anda boleh melabur menerusi pengeluaran ini.
Apakah Simpanan Asas?
Simpanan Asas ialah sejumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan
ahli memperoleh simpanan minimum RM120,000 ketika mencapai umur 55 tahun. Amaun simpanan asas
dikira berdasarkan ahli menerima bayaran sekurangkurangnya RM500 setiap bulan untuk tempoh 20 tahun
sehingga ahli berumur 75 tahun iaitu purata jangka hayat rakyat Malaysia.
Adakah jumlah simpanan asas bagi setiap ahli adalah berbeza?
Ya, jumlah simpanan asas bagi setiap ahli adalah berbeza mengikut peringkat umur mereka. Ini bermakna ahli yang lebih tua perlu sentiasa mengekalkan jumlah Simpanan Asas yang lebih tinggi berbanding ahli yang lebih muda. Sila rujuk jadual di bawah.
Bagaimana Untuk Memohon Pengeluaran Pelaburan KWSP?
Berapakah jumlah yang boleh dilaburkan dan sekerap manakah saya boleh melabur?
Jumlah minimum yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah simpanan yang melebihi simpanan asas di dalam Akaun I. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan sekali dengan pengeluaran minimum sebanyak RM1,000 tertakluk kepada jumlah simpanan yang mencukupi.
Anda boleh memilih untuk melabur dengan unit saham amanah atau syarikat pengurusan aset yang diluluskan
oleh Panel Pelaburan KWSP.
Di manakah saya boleh mendapatkan senarai terkini pengurus dana luaran yang dilantik?
Anda boleh mendapatkan senarai terkini pengurus dana luaran di pejabat KWSP yang berdekatan atau
melayari laman sesawang myEpf www.kwsp.gov.my
Bagaimana Untuk Membuat Pengeluaran?
Anda perlu memeriksa terlebih dahulu simpanan dalam Akaun 1 dan jumlah yang layak dikeluarkan sebelum
mengisi Borang KWSP 9N (AHL) dan membuka akaun pelaburan dengan pengurus dana yang dipilih.
Dokumen berikut perlu dikemukakan kepada pengurus dana tersebut:
• Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi; dan
• Salinan Kad Pengenalan ahli (MyKad) atau Kad Pengenalan Polis
Ruang ‘amaun yang dipohon’ hanya perlu diisi selepas anda berbincang dengan pengurus dana tentang jumlah yang mahu dilaburkan dengan syarat amaun tersebut tidak melebihi jumlah maksimum yang dibenarkan dan tidak kurang dari RM1,000. Pengurus dana akan mengemukakan Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi kepada KWSP untuk diproses.
Adakah pelaburan ini dijamin keuntungannya?
Tiada siapa dapat menjamin pelaburan tersebut akan sentiasa memperoleh keuntungan. Ia merupakan
pilihan kepada ahli KWSP yang ingin membuat pelaburan mereka sendiri. Oleh itu, sebagai ahli KWSP, anda perlu membuat keputusan dengan bijak apabila melaburkan simpanan anda dan mengetahui tahap risiko yang anda boleh terima. Jika anda tidak bersedia untuk melaburkan sendiri simpanan anda, adalah lebih baik anda membiarkan sahaja wang anda di KWSP dan memperoleh dividen tahunan tidak kurang daripada 2.5
peratus setahun tanpa risiko.
Bolehkah saya membatalkan pengeluaran tersebut selepas ia diluluskan?
Tidak. Anda tidak boleh membatalkan pengeluaran tersebut setelah ia diluluskan. Oleh yang demikian,
anda perlu berhati-hati sebelum membuat sebarang pengeluaran.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengeluaran pelaburan, sila kunjungi pejabat KWSP
terdekat, hubungi pusat panggilan di 03-8922 6000 atau layari www.kwsp.gov.my
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Subscribe to:
Posts (Atom)