May 16, 2013

Kongsi tabiat kewangan yang baik dengan anak-anak dan remaja


As salam semua
cerita bab duit..siapa tak suka kan?hehe 

so saya hari ini nak kongsi cara-cara untuk didik anak supaya mahir menguruskan kewangan mereka
kadang-kala bab ini yang paling jarang diajar terutama di rumah
so kita ubah dan didik anak daripada awal

ingat..pengurusan wang merupakan topik yang penting terutama di zaman ini



Kongsi tabiat kewangan yang baik dengan anak-anak dan remaja

Pengurusan kewangan adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai. Kemahiran ini perlu diajar dan dipupuk semenjak kecil. Ibu bapa merupakan individu yang paling terbaik untuk mendidik anak-anak yang 
kecil dan remaja untuk membolehkan mereka menguruskan kewangan mereka secara berhemat pada masa hadapan. Oleh itu, kongsikan beberapa tabiat kewangan di bawah ini bersama-sama dengan anakanak. Secara tidak langsung, tabiat ini dapat membina asas kewangan yang kukuh untuk masa hadapan mereka. 

1. Berbelanja menggunakan kupon atau semasa jualan murah
Semasa anak-anak berasa teruja untuk membeli sesuatu barang seperti pakaian atau permainan, jelaskan kepada mereka bahawa dengan menggunakan kupon dan membeli ketika jualan murah, mereka boleh mendapat potongan harga. Ini dapat menjimatkan wang, yang boleh digunakan untuk membeli barangan yang lain. Apabila tiba musim jualan murah, anda boleh membawa anak-anak bersama-sama untuk berbelanja. Konsep ini bukan sahaja dapat memupuk sikap membeli semasa jualan murah, yang paling penting 
adalah sikap ‘Menangguhkan Kehendak’ dapat dipupuk dalam tabiat kewangan. 

Untuk anak yang remaja, anda hendaklah memberi peluang kepada mereka untuk berbelanja sendiri. 
Anda perlu menyediakan bajet tertentu untuk barangan tersebut. Nasihatkan sama ada mereka 
boleh menggunakan keseluruhan bajet tersebut,atau membeli semasa jualan murah atau menggunakan kupon. Jika terdapat lebihan wang, galakkan mereka untuk menyimpannya supaya boleh digunakan membeli barangan lain atau simpan sahaja untuk keperluan masa hadapan.

2. Menabung bersama-sama
Menabung merupakan perkara asas dalam tabiat kewangan. Hal ini sangat sukar untuk difahami oleh kanak-kanak. Begitu juga sukar untuk dijadikan tabiat oleh orang dewasa. Namun begitu, ada cara sesuai untuk memupuk tabiat ini dalam diri mereka. Untuk mendidik anak-anak kecil, sediakan bekas kaca yang besar di satu sudut rumah bagi tujuan menyimpan syiling. Jelaskan kepada anak anda bahawa bekas ini adalah bertujuan untuk perbelanjaan istimewa keluarga. Maklumkan kepada semua ahli keluarga, sesiapa yang mempunyai lebihan syiling, boleh meletakkan syiling tersebut di dalam bekas dan kumpulkan sehingga penuh. Setelah penuh, gunakan duit syiling tersebut untuk perbelanjaan bersama-sama dengan keluarga. Untuk anak yang remaja, libatkan mereka dalam perbincangan semasa anda ingin membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan yang mahal seperti televisyen atau kereta. Hal ini bertujuan untuk memaklumkan anak anda tentang pembelian, dan secara tidak langsung, anak-anak tahu bahawa anda mempunyai simpanan untuk 
pembelian tersebut. Anda boleh bercerita serba sedikit tentang simpanan, pinjaman wang dan kadar faedah. Apabila anak-anak melihat tabiat kewangan yang diamalkan oleh anda, maka secara tidak langsung ia akan mengikis sikap untuk membeli mengikut kehendak, sebaliknya mengamalkan ‘konsep simpan dan tunggu’. 
Anda boleh mencadangkan kepada anak-anak untuk menabung bersama-sama agar pembelian tersebut boleh dicapai dengan cepat.
3. Menghadiahkan sesuatu untuk orang lain
Untuk langkah awal, anda membuat bajet dan  konsisten terhadap bajet itu. Jadikan majlis hari jadi anak-anak sebagai acara tahunan dalam kehidupan anda.Untuk anak-anak kecil, buatkan satu bajet untuk 
anak anda dan beritahu mereka tentang jumlah wang yang ada untuk membeli hadiah mereka. Tanyakan kepada anak anda apakah hadiah yang ingin dibeli dan jelaskan kepada mereka tentang harga hadiah tersebut, sama ada setara atau kurang daripada bajet yang ada. Langkah terbaik ialah cuba berbelanja kurang daripada jumlah bajet. Bagi anak remaja, biar anak remaja anda menentukan sendiri hadiah yang ingin mereka impikan berdasarkan kepada jumlah bajet yang anda sediakan untuk perbelanjaan hadiah hari 
jadi mereka. Berikan mereka masa dan peluang untuk membuat pengiraan sendiri berdasarkan bajet yang ada.

4. Rancang percutian bersama 
Merancang percutian adalah merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan ia juga melibatkan perancangan bajet bagi tujuan tersebut.Untuk kanak-kanak kecil, anda boleh berbincang dengan anak-anak anda mengenai penginapan dan kolam mandi. Anda boleh memberitahu beberapa pilihan penginapan berdasarkan 
bajet yang ada, seperti menginap di hotel mahal, mempunyai kolam besar tetapi hanya boleh bermalam 3 hari sahaja atau menginap di hotel murah dan mempunyai kolam kecil sedikit tetapi boleh menginap selama 4 malam. Bantu anak anda membuat pilihan, yang secara tidak langsung akan membantu anda untuk 
mengetahui keutamaan percutian mereka. Untuk anak remaja, kongsikan bajet yang anda telah peruntukkan untuk percutian tersebut. Minta pendapat mereka untuk membuat perancangan. Sebagai contoh, makan tengah hari di restoran yang terbaik, tetapi perlu mengorbankan untuk pergi taman tema hiburan, atau sekadar makan nasi bungkus untuk membolehkan anda bermalam untuk satu malam lagi di hotel.

5. Penggunaan semula, baiki dan guna semula
Mengelak daripada berlakunya pembaziran merupakan amalan sikap berjimat cermat dan mesra alam. Tanamkan dalam diri anak-anak tentang tiga perkara ini, iaitu guna semula barangan lama, baiki yang rosak dan guna semula dengan membeli barangan terpakai. Untuk anak-anak kecil, maklumkan kepada anakanak anda tentang barangan yang ingin dibeli melalui kedai jualan murah atau jualan gudang. Terangkan kepada anak anda bahawa tujuan pembelian barang terpakai tersebut adalah untuk berjimat dan dapat mengelakkan pembaziran (barangan tersebut masih boleh digunakan dan boleh dielak daripada dibuang). Ia juga merupakan salah satu langkah berjimat cermat. Untuk anak remaja, anda boleh mengajarkan anak remaja anda membaiki barangan yang telah rosak. Ia merupakan satu asas kemahiran yang baik dan penting. Dengan ini, mereka bukan sahaja memiliki kemahiran tetapi juga mereka boleh belajar untuk berjimat cermat. Objektifnya, anda hanya inginkan mereka memahami konsep berjimat cermat, dan pada masa yang sama, mereka juga memiliki kemahiran membaiki barangan.

6. Bantu mereka yang kurang bernasib baik
Tiada perkara yang benar-benar berkesan dalam membantu anak-anak memahami dan menghargai apa yang mereka ada. Dengan mendedahkan kepada mereka terhadap apa yang orang lain tiada, ia boleh membantu mereka menghargai apa yang mereka ada. Untuk anak-anak kecil, galakkan anak-anak anda menyertai program-program kebajikan. Dengan melakukan kerja-kerja kebajikan seperti mengumpul barangan permainan untuk kanakkanak lain yang kurang bernasib baik, anak-anak anda akan mula berfikir tentang perkara yang dilakukan. Ia dapat menimbulkan kesedaran kepada anak-anak anda - bagaimanakah rasanya 
menjadi miskin atau kaya? Bagaimanakah rasanya tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai tempat tinggal? Untuk anak remaja, galakkan anak anda menjadi sukarelawan di kawasan kejiranan anda atau 
rumah kebajikan. Ambil peluang seperti menolong jiran yang sedang sakit. Menggalakkan anak 
anda membantu orang lain adalah pengajaran yang penting dalam pendidikan kewangan. 
Sumber : Diterjemahkan daripada artikel “6 Great Teachable Money 
Moments to Share With Your Kids”, www.wisebread.com. dan BNM

LIKE dan KONGSI jika anda rasa artikel ini bermanfaat




No comments:

Post a Comment