Aug 8, 2013

Konvensyen Usahawan Muslim


As salam semua
selamat menyambut bulan Syawal yang diberkati
semoga amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan diterima dan juga kita istiqamah melakukan amalan  agar terdidik hati dan jiwa kita untuk mengingati Allah dan Rasulnya sentiasa


 * photoshoot di  booth kawan saya sempena pameran di Kompleks Kraf tempohari
#support kawan2 #photoshoot # The Divas & The Gentlemen

berbalik pada entri...berkenaan dengan Konvensyen Usahawan Muslim...saya terbaca di post kawan saya di FB Cik Nadiah Azaman
kebetulan pula,saya telah berurusan dengan Cik Nadia kerana beliau merupakan pengedar buku untuk ustaz Fathuri yang popular dengan buku 'Mudahnya Menjemput Rezaki' (MMR) dan beliau telah poskan kepada saya buku MMR berserta dengan buku mini MMR da juga tasbih digital...saya sukaaaa


bila saya buka website, barisan speaker yang diundang untuk bercakap untuk membincangkan  topik perniagaan memang sangat-sangat hebat....rata-rata semua penceramah itu memang saya kagumi
contohnya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang saya sering ikuti di blog beliau genta-rasa.com dan ade membeli satu buku hasil tulisan beliau bertajuk 'Siapa Dia di hatiku'
so nanti saya nak minta beliau sign buku saya 
 * tetiba malu-malu kucing pulak haha

dan usahawan yang tersohor seperti Chef Li (jutawan senyap), pengasas Al-Ikhsan Tuan Haji Ali hassan Mohammad Hassan,pengasas Mydin  Datuk wira Dr Haji Ameer Ali dan lain -lain lagi yang sudi berkongsi cerita kejayaan mereka.

saya teringin nak pergi cuma saya kena semak kembali jadual kerja saya...
saya harap saya dapat join
dan bila saya godek dalam website
saya lihat ade peraduan menulis di dalam blog berkenaan dengan konvesyen usahawan muslim 
dan dapatkan tiket free jika terpilih....saya harap artikel saya terpilih lah sebab memang saya teringin sangattttt tauuu
salah satu sebab kenapa saya nak join kerana barisan panel yg hebat dalam bidang masing2 dan juga terdapat sessi networking untuk menambahkan kawan-kawan yang positif,dinamik dan ingin mendengar tips dan rahsia perniagaan mereka...yeayyyyy!!

untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai konvesyen ini
 boleh la tengok di poster di bawah
dan kita sama-sama berniaga kerana berniaga itu sebagai fardhu kifayah
*suka sangat tagline dia nie


dan layari website ini untuk keterangan yang lebih lanjut
http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/

selamat malam semua
*tengah tunggu ketupat siap direbus

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan batin

No comments:

Post a Comment