Sep 29, 2013

4 sebab kita membazir! #irfankhairi


4 Sebab Kita Membazir!
Oleh Irfan Khairi

Adakah anda sanggup keluarkan wang satu ringgit dari poket anda dan koyak-koyakkannya? Pastinya jawapan anda adalah, TIDAK. Sebab apa? Sebab anda tidak akan membazir wang sebegitu. Tetapi, tanya pada diri sendiri. Pernah atau tidak anda membeli majalah atau buku, dan meletakkanya ke tepi di mana kemudian anda tidak sempat membacanya? Atau membeli baju baru, dan hanya sedar selepas beberapa bulan anda hanya memakainya sekali sahaja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda rasakan amat anda mahukannya, tetapi, sedar tak sedar, anda tidak perlukannya?
Pastinya pernah bukan? Ianya terjadi pada ramai antara kita.
Apabila melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya  oleh kerana penat lelah kita bekerja untuk mendapatkannya. Tetapi, bila datangnya masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang yang dibeli sudah tidak dapat dilihat, dan di sini pembaziran pun berlaku.
Berikut adalah 4 sebab mengapakah pembaziran berlaku:

1. Kita memberi alasan untuk berbelanja
Kita sering memberi sebab mengapa kita perlu berbelanja, seperti "aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Tidak kira, sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian diluar kemampuan. Adakalanya juga kita yakinkan diri sendiri untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.

2. Kita tak mahu dilihat kedekut
Adakalanya kita fikirkan apa orang lain berangapan mengenai kita. Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap persetujuan dari orang lain.

3. Kita suka pada kepuasan sebentar
Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.

4. Kita melengah-lengahkan masa menguasai wang
Saya yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kewangan diri. Sama ada dengan cara ingin melabur, atau ingin memulakan perniagaan atau ingin pelajari skil baru untuk menambahkan lagi pendapatan. Namun, kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai  prioriti. Akibatnya, kita berbelanja dam membazir sehingga tiba waktu yang terbaik untuk kita mulakan langkah kita memperbaiki kewangan.
Dengan memahami dan mengetahui sebab kita membazirkan wang, maka kita setapak lagi kehadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudahan kita akan ingat 4 sebab ini sebelum kita melakukan pembaziran.

Sep 1, 2013

#seminar junkie august 2013 #hello september

as salam semua dan selamat pagi
Hello Septemberrrrr
*tetiba semangat lebih hehe
harapnya semua sihat sejahtera menikmati hari minggu bersama yang tersayang…if berseorangan pun, you yourself can make happy things…your happiness is not depends on others,it’s inside you..cuma bila ade teman/keluarga untuk berkongsi hidup lebih ceria dan menarik kannn??
okla….saja nak berkongsi seminar yang saya hadiri sepanjang bulan ogos

#unlock your charisma #ericfeng
IMG01642-20130822-1016
seminar yang saya hadiri ni sangat osem okey…sebab speaker yang sangat bertenaga dan topik serta point yang diketengahkan banyak memberi input pada saya dan rakan yang menghadiri seminar ini
topik nya lebih kepada untuk recruitment Gen Y….so memang menarik kannnnnn
btw,saya GEN Y tapi saya boleh jadi Gen XY hahaha

okla,saya kongsikan sedikit kata kunci untuk ‘unlock your charisma’ ni
#focus on making others feel good about themselves rather than trying to make them feel good about you
seminar yang menerangkan lebih lanjut bagaimana cara untuk mendekati Gen Y kerana perubahan zaman dan teknologi berbeza daripada zaman kita dibesarkan so kita kena memahami mereka untuk bersama-sama berjaya dalam karier perunding kewangan atau apa saja bisnes yang kita ceburi
seminar eric merupakan seminar yang paling menyeronokkan pernah saya hadiri…sebab mungkin kerana common ground yang sama sebab dia sebaya saya (tetibaaaaaa) hahahah dan dia juga merupakan Gen Y yang berkata,berucap berdasarkan pengalaman,penyelidikan tentang Gen Y so he speaks same language and same thought same like most of Gen Y yang attend this course….so all leaders yang Gen X should take note and improve your leadership style…it’s not your ‘re not good but improvement makes tremendous changes in business etc
  
i love this tips so much
#if you want to know how effective you are as a leader..just look at how successful your agents have been as a result of your leadership 
IMG-20130827-WA002
leaders daripada Elite Agency yang attend #ericfeng seminar…great jobs guys!!

if nak join saya untuk menjadi perunding kewangan boleh emel di norli.razali@gmail.com dan

sesiapa yang nak dapatkan FREE tips daripada Eric boleh sign up di

ni quote terakhir daripada adik Eric – Eileen Feng
“immortality is not about living forever. it is about impacting somebody’s life to an extent that you live forever in them

#wealth summit 2013 #Robert G.Allen
IMG01643-20130823-0932
seminar anjuran #success resources yang berlangsung pada minggu lepas….yang paling osem nya sebab seminar 3 hari ni FREEEEEEE wehhh

speaker jemputan pulak bukan calang-calang orang…seperti Robert G.Allen,James MacNeil, Peng Joon, Edmund Loh dan lain-lain memberi sangat banyak ilmu dan info mengenai trading,komoditi,internet marketing dan juga perkembangan bisnes.
ws
nak berkongsi pada semua jika ade yang berminat untuk menyertai seminar penulis hebat Robert G.Allen pada 11-13 oktober 2013

Goodie bag yang success resources berikan pada peserta seminar pun sungguh osem..dapat cd yang ade ebook Robert G.Allen yang bertajuk Cash in a Flash
rasa tak sabar nak pergi seminar dia…

speaker yang rata-ratanya daripada Malaysia dan Singapura sangat murah hati berkongsi berbagai input cuma ade satu kekesalan di hati saya…kerana kebanyakan peserta yang join WS (wealth summit) ni adalah daripada bangsa Chinese dan Indian…daripada pemerhatian saya,bangsa saya boleh kira dengan jari..tak sampai 50orang pun rasanya…mungkin sebab publisiti yang tak meluas daripada Success Resources atau kerana barisan speaker yang kurang dikenali…walaupun Robert G. Allen merupakan penulis tersohor….mungkin tak ramai pembaca buku beliau…saya kurang pasti sebab majlis ilmu,tak kira la daripada lain bangsa,berbeza pegangan tapi jika memberikan manfaat saya tidak kisah luangkan masa senggang saya…kita boleh bezakan baik atau buruk dan saya rasa majlis ilmu ini tiada cacat selanya

cuma mungkin bangsa saya lebih gemar beronok-ronok di parti atau konsert…saya juga sukakan hiburan cuma setiap orang patut beri ruang untuk menimba ilmu dan memberi dimensi/pandangan yang baru setiap kali mendapat ilmu baru…jangan angkuh bila anda ade sesuatu ilmu dan ilmu yang anda ada dapat dikongsi dengan mereka yang memerlukan…amat memberi makna kepada mereka yang anda bantu…

mungkin kerana saya root number 4 makanya saya amat sukakan ilmu….setiap kali belajar ilmu baru,setiap itu berasa saya semakin tidak tahu apa-apa…ilmu Allah ini luas…setiap kali ke majlis ilmu,pastikan diri menjadi gelas yang kosong atau separuh kosong..jika kita separuh penuh dan menganggap kita dah tahu semuanya…kita berasa riak dan sesungguhnya,ilmu yang didapati tidak akan membawa manfaat pada anda…

seminar Robert G.Allen bertajuk “Fortune in You” pada oktober ini diharap memberi impak terbaik dalam hidup saya memandangkan kitaran hidup saya pada tahun hadapan 2014 adalah kitaran 9 maka saya ingin lakukan yang terbaik,menjadi yang terbaik…doakan saya yang terbaik ya kamu kesayangan saya hehe

bak kata Robert G.Allen
“there is an AUTHOR in you,there is a SPEAKER in you, there is an EXPERT in you and there is GURU in you”
so why not share what you GOOD at?
Opportunity always come to you
- when you can’t afford
- when you think no one support you
- when you seized it
but for me
“when I’m the ME, i was destined to be, I've found the key to being FREE”
peu_20130823_71     
my 1st million dollar

owh ya,saya dapat FREEE tiket untuk ke Konvensyen Usahawan Muslim 2013 pada 7september ni kerana telah membuat entri berkenaan dengan seminar ini
so rasa sangat excited hokeyyyyy….boleh jumpa kawan-kawan baru,luaskan networking…sebab kat WS pn saya jumpa  kawan baru yang sangat sporting dan adik yang sama-sama sign up untuk seminar Robert G.Allen…nama dia nabilah muda lagi tapi dah ade kedai perfume sendiri…akak tabik awak la dikk
okla,abis dah entri pasal saya ‘Si Seminar Junkie’
bye semuaaaaaa
*nak brunch....lapo hahaha

aktiviti saya 31ogos 2013


As salam semua...
saja nak kongsi dengan semua apa aktiviti saya pada hari kemerdekaan ni


bersama buddy saya untuk memenuhi jemputan sebagai pom pom girls
tak pndai nak gedik macam emoticon ni haha
best juga layan riadah di pagi hari...lama dah rasanya saya tak beriadah
biasa riadah di bilik saja...atas katil buat kuak lentang hahahaha


*kena start riadah ni..mula balik main badminton or pergi gym ni Norli

selepas itu, kami mengisi perut yang sedia lapar kat Restoran kayu...lepak borak bercerita sambil menunggu hujan berhenti..chewahhhh...bergegas pula memenuhi jemputan kawan dari Elite
'selamat pengantin baru Puan Fatin..semoga jodoh sampai ke syurga'
*amik berkat perantinnn heheheh


dan selepas kali kedua penuhkan perut yang sedia kembung nih...bertolak pula ke open house rakan sekerja 
cuma kali ni tak amik gambar sebab makeup dah cair hahaha
terima kasih wanda atas jemputan...semua ibu wanda masak sedap sangat cuma tak dapat nak makan semua sebab ruang perut dah penuh huhuhu

sambil menaip ni...sambil tengok cerita Jalur di #TV3
cerita yang menarik...lagipun saya kenal dengan watak Aqish masa kecil tu

teringat pulak time berkenalan dengan sikenit tu Kyreesya masa celebrate harijadi my buddy di curve masa ice-skating...dia yang banyak ajar kami..dia punya la terer main skate..kami semua terhegeh-hegeh pusing court pegang rail
bila ingat balik memang lawak...

so akak doakan Kyreesya sukses dalam bidang lakonan dan jangan lupa study ye shayang!


ok semuaaa...nak titon dahhhh
*goodnite semua

Aug 31, 2013

#trip to Chiang Mai June 2013


As salam kepada semua
lama giler la tak update blog nie...
macam2 kot nak citer tapi semuanya sangkut kat dalam kepala saja
ni baru la datang mood nak meng'update'
dan sekali upadate ade jugak la 2-3 entri karang hahaha
so baca jela kan apa yang saya citer ni..walaupun citer yang bakal diceritakan ni dah basi pun hahaha


oh ya...saya juga nak ucapkan 'Selamat menyambut hari kemerderkaan yang ke 56' kepada semua rakyat Malaysia...moga keamanan negara kita dikekalkan dan perpaduan dipupuk...
jom tengok 'Tanda Putera'...tetiba hahaha
ok,saya nak mula becerita nie yaaaa

Trip to Chiang Mai - June 2013

DAY 1
perjalanan bermula 22/6/13 di mana saya kena cek-in di KLIA pada pukul 6pagi
so saya telah membuat perancangan untuk sambut birthday bestfriend saya di Kepong pada hari jumaat tu 21/6/13...lepak,makan dan tengok movie...pukul 2 lebih saya bertolak pergi ke rumah kawan saya di Subang...dan pada pukul 5,ayah saya datang ambil dan hantar ke KLIA.
memandangkan saya biasa bangun awal pagi..so dari hari jumaat,saya bekerja seperti biasa...then diteruskan dengan plan sambut hari jadi tu...lepas lepak di rumah kawan...dan tak tido sebab kang takut terlajak so perjalanan ke Chiang Mai ni membuatkan jadual tidur saya terganggu dan saya agak grumpy (dah mcam budak xcukup tido tuh) hahaha...cuma sebab semua yang pergi tu saya tak berapa kenal..so saya banyak diam saja...
pulak transit di Bangkok..nasib baik kejap...dalam kapal terbang memang saya belasah tidur tapi dari Bangkok ke Chiang Mai tak dapat tidur sebab kawan sebelah ajak borak 
terus kepala rasa dengung semacam...yela baru 2nd time naik flight pastu tetiba siap transit bagai pulakkkk
jejak di Chiang Mai dalam tengahari macam tu...kami lunch dan kami dibawa membeli belah di pasar area dekat2 tempat lunch tadi..sempat la memborong souvenir untuk kenangan
pastu kami terus cek-in di Le Meridien...hotel paling osem kat Chiang Mai..duk tengah2 bandar..senang nak gi mana pun...syok gilaaa
dan kami kepenatan terus la landinggggg...nak2 saya yang memang xcukup tido (kuat tido sebenarnya) hahaha
dan ade la rehat dalam 2-3jam mcm tu,turun makan dinner pulakk...memang sungguh mewah makan la masa trip di Chiang Mai ni..nak2 plak kawan sebilik saya ni...sangat suka makan,bila tengok ekspresi dia makan...saya pun dah rasa kenyang (hahah...jangan mare ye kakton ti)
lepas dinner,kami dibenarkan merayap ikut suka sekitar bandar Chiang Mai ni...so merayap la sambung shopping...saya banyak window shopping...eh,ade jugak beli shawl yang murah gilaaa 
nyesal gak tak beli banyak tapi takpe2,kita gi lain kali (*nak pujuk hati sendiri huhuu)
malam tu juga kami pergi tempah blazer dan skirt yang custom-made atas recommandation kawan2 yang pernah gi ke sini..dan selepas puas jamu mata,masuk tido la...qada' tidur

DAY 2

pagi2 kami dikejutkan dengan morning call yang minta kami bersiap untuk breakfast dan dan bersiap untuk aktiviti pada hari ni
abis breakfast,semua naik bas untuk tengok pertunjukan gajah di kem gajah...
sepanjang perjalanan tu saya tido huhu..sebab sungguh saya cuba nak hayati pemandangan di negara orang cuma saya tak dapat nak kawal mabuk kenderaan tu..so dari rasa nak mual dan macam-macam lagi..baik saya tido..kawan dalam bas saya pun perasan..asal masuk bas,duduk je,terus lelap..dah macam automatik hahah...kalau tak kenal memang rasa pelik tapi tu la saya 

bila sampai di kem gajah tu,kami dibawa berjalan-jalan ikut trail dan kebetulan pula gajah yang kami naik tu,antara yang paling tua rasanya..sebab gading dia paling panjanggg....so mungkin sebab kami sampai pagi sangat,so dia pun tak sempat warm up betul2 so gajah tu jalan ikut suka dia je..patut kami abis awal sebab naik paling awal pastu jadi lambat la..sebab dia tak ikut trail...tapi tula,bila fikir balik...bila gajah tua hilang fokus,abis semua jalan dia redah...dan terus ke lauttt (nasib baik tak betul2 dekat dengan laut) haha
dan saya juga cukup kagum dengan komitmen pelatih gajah2 di sini...sepanjang usia mereka,dihabiskan untuk bersama dengan gajah-gajah ini...semuanya kerana PASSION dan LOVE mereka terhadap makhluk Allah yang paling berat di daratan ini...
lepas menunggang gajah..tengok gajah mandi...comel sungguh la time mandi ni..seronok pn ade...nasib baik takde yang buat lawak sembur2 air huhuh...then kami dipersembahkan dengan aktiviti seperti bermain bola sepak,pecahkan belon guna dart dan paling kagum lihat gajah melukis
nie antara lukisan yang gajah lukis

cantik kan??saya lukis pun cincai daripada gajah ni lukis huhuh...
ade lukisan yang gajah lukis gambar gajah...tu paling best cuma saya tak sempat nak amik gambar pulak
masa tengok mereka melukis,memang la pelatih yang beritahu arahan dan celupkan warna tapi masa lukis tu,memang gajah tu lukis cuma belalai dengan fokus yang tinggi,cukup hati-hati dan bila difikirkan...mereka tiada akal tapi bila dilatih sebaiknya,mampu hasilkan sesuatu yang buatkan manusia takjub...Subhanallah!

selepas tu kami dibawa berjalan-jalan ke taman orkid...tak explore mana sebab dah kelaparan haha
dan kami dibawa ke kedai makanan Arab...sedap laaa..especially bila makan dengan kawan saya hahah
dan kami dibawa membeli-belah di Robbinson sekitar airport..sempat la beli sepasang kasut hehehe
 kami singgah di kedai jahit blazer dan skirt untuk last fitting..harapnya siap malam ni sebab esok dah nak cek-out... dan selepas dinner yang paling best dia punya kerabu mangga,kami berjalan di night market..cuci mata dan temankan kawan-kawan beli belah lagi...saya cuma window shopping saja..memang banyak hasil kraftangan yang menarik cuma saya ni memang bukan kaki shopping...
paling tak boleh lupa,kami menapak dalam 5kilometer kot daripada night market tu ke hotel...konon nak menikmati pemandangan haha..giler penat kaki...then kami lepak berborak dan tertido...malam tu blazer dan skirt yang kami tempah dah siap dan pergi ambil di kedai tu! yeayyyy...seronok gila kot ...hehehe

DAY 3

seperti biasa,morning call mengejutkan kami..yela,masing-masing kepenatan kot huhu..dah siap2 berkemas dan bersiap sebab nak terus cek-out...breakfast dan terus hantar kunci dan naik dalam bas...dan kami menyambung rutin untuk membeli belah di Gem Stone Gallery dan juga House of Silk
semuanya sangat best..bila dah abis shopping kami lunch pulak sebelum bertolak pulang...
owh ya,maafkan saya sebab tak ingat nama restoran halal yang kami pergi bersantap tu sebab nama dorang pelik2..ada geng trip ni yang tak join segala event yang saya share sebelum ni sebab dorg sewa tuk-tuk dan bawa explore seluruh chiang mai..mereka boleh juga bawak ke restoran halal yang lain...tu mungkin next trip ke chiang mai...doakan saya kembali ke sini..hehhe
dan kami terus ke airport dan bermula lain perjalanan kembali ke malaysia yang dirindui...dari petang sampai landed tengah malam...jenuh betul kalau transit ni..tapi pengalaman baru la...harap kalau pergi sendiri nak terus direct flight saja hehe...landing saja,ayah tersayang sedia menunggu untuk jemput anak nya ni..heheh *sayang abah 

okla,itu saja la rasanya memori yang saya ingat sepanjang berada di Chiang Mai...moga selepas ni,ade lagi trip percutian yang saya boleh kongsikan di sini
bye semuaaaaa!! 

Aug 8, 2013

Konvensyen Usahawan Muslim


As salam semua
selamat menyambut bulan Syawal yang diberkati
semoga amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan diterima dan juga kita istiqamah melakukan amalan  agar terdidik hati dan jiwa kita untuk mengingati Allah dan Rasulnya sentiasa


 * photoshoot di  booth kawan saya sempena pameran di Kompleks Kraf tempohari
#support kawan2 #photoshoot # The Divas & The Gentlemen

berbalik pada entri...berkenaan dengan Konvensyen Usahawan Muslim...saya terbaca di post kawan saya di FB Cik Nadiah Azaman
kebetulan pula,saya telah berurusan dengan Cik Nadia kerana beliau merupakan pengedar buku untuk ustaz Fathuri yang popular dengan buku 'Mudahnya Menjemput Rezaki' (MMR) dan beliau telah poskan kepada saya buku MMR berserta dengan buku mini MMR da juga tasbih digital...saya sukaaaa


bila saya buka website, barisan speaker yang diundang untuk bercakap untuk membincangkan  topik perniagaan memang sangat-sangat hebat....rata-rata semua penceramah itu memang saya kagumi
contohnya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang saya sering ikuti di blog beliau genta-rasa.com dan ade membeli satu buku hasil tulisan beliau bertajuk 'Siapa Dia di hatiku'
so nanti saya nak minta beliau sign buku saya 
 * tetiba malu-malu kucing pulak haha

dan usahawan yang tersohor seperti Chef Li (jutawan senyap), pengasas Al-Ikhsan Tuan Haji Ali hassan Mohammad Hassan,pengasas Mydin  Datuk wira Dr Haji Ameer Ali dan lain -lain lagi yang sudi berkongsi cerita kejayaan mereka.

saya teringin nak pergi cuma saya kena semak kembali jadual kerja saya...
saya harap saya dapat join
dan bila saya godek dalam website
saya lihat ade peraduan menulis di dalam blog berkenaan dengan konvesyen usahawan muslim 
dan dapatkan tiket free jika terpilih....saya harap artikel saya terpilih lah sebab memang saya teringin sangattttt tauuu
salah satu sebab kenapa saya nak join kerana barisan panel yg hebat dalam bidang masing2 dan juga terdapat sessi networking untuk menambahkan kawan-kawan yang positif,dinamik dan ingin mendengar tips dan rahsia perniagaan mereka...yeayyyyy!!

untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai konvesyen ini
 boleh la tengok di poster di bawah
dan kita sama-sama berniaga kerana berniaga itu sebagai fardhu kifayah
*suka sangat tagline dia nie


dan layari website ini untuk keterangan yang lebih lanjut
http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/

selamat malam semua
*tengah tunggu ketupat siap direbus

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan batin

Aug 2, 2013

Bijak Berbelanja



Assalam semua
tak sampai seminggu lagi kita akan berhari raya
macam mana dengan persiapan raya?
kalau pergi untuk membeli-belah tu,jangan sampai lupa diri

bercerita tentang membeli-belah,berbelanja...saya nak kongsi  Petikan artikel dari Berita Harian, 29 Jun 2013

p/s peringatan untuk diri sendiri jugak terutama yang BUJANG

boleh hubungi saya di norli.razali@gmail.com untuk mengetahui cara yang terbaik untuk menguruskan status kewangan anda


>> Alasan tiada tanggungan, mahu berseronok, boros berbelanja



Selalunya sesetengah orang bujang tidak mahu berfikir panjang apabila ada banyak duit. Mereka tidak mahu fikir sangat pasal menguruskan duit.



Maklumlah orang bujang. Tanggungjawab tak banyak. Kalau ada pun, mungkin membayar ansuran kereta atau pinjaman pelajaran seperti PTPTN. Selebihnya, selagi ada duit di tangan, mereka akan berbelanja mengikut kehendak hati. Menukar telefon atau gajet baru berharga yang kadang-kadang tidak diperlukan sangat, membeli pakaian atau aksesori berjenama mahal.



Bagi orang bujang lelaki, kerana hendak menunjuk dirinya ada banyak duit, mereka akan belanja makan teman wanita di tempat eksklusif.



Soal hendak membuat simpanan kadang-kadang tidak terlintas dalam fikiran segelintir orang bujang.



Jadi, atas sebab itulah, orang bujang adalah antara golongan paling banyak berhutang berbanding mereka yang berkeluarga.



Berikut ada cerita yang menggambarkan kehidupan orang bujang yang berjaya tetapi boros.



Ia mengisahkan Dr Azam (bukan nama sebenar), lelaki muda dan berjaya. Pada umur 33 tahun, dia hampir memiliki semuanya; dua kereta mewah, tinggal di kondominium mahal dan mempunyai kerjaya membanggakan.



Dr Azam berasakan dia berhak memiliki gaya hidup serba mewah kerana sudah bekerja keras dan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi doktor pakar. Dia yakin mampu membeli apa saja yang diinginkan.



Dr Azam terlalu banyak bergantung kepada kad kredit. Dia berpendapat dengan gaji lima angka sebagai doktor pakar, tidak perlu bimbang dengan masa depannya. Apa yang penting ialah keseronokan serta merta dengan membeli semua kehendaknya menggunakan lima kad kredit yang dimiliki.



Dr Azam tidak ada bajet untuk menjejak aliran tunainya. Lama kelamaan, dia tidak mampu membayar ansuran dua keretanya dan hampir tidak dapat membuat bayaran minimum untuk semua kad kreditnya. Keadaan semakin meruncing apabila sewa kondominium juga tertunggak selama tiga bulan.



Berhadapan dengan tindakan pengusiran, Dr Azam didesak semua pemiutang supaya membayar hutang dengan segera. Sebuah keretanya ditarik oleh pihak bank. Tanpa disedari, Dr Azam dibelenggu hutang yang sudah mencecah RM 120,000. Takut akan diisytiharkan bankrap, dia mengambil keputusan mendapatkan bantuan AKPK.



Pengajaran daripada cerita Dr Azam ini ialah jangan ghairah hidup mewah atau memikirkan keseronokan saja semata-mata masih bujang, bergaji besar dan kerjaya bagus. Hutang juga tidak mengenal mangsa.



Oleh itu adalah penting untuk menguruskan bajet kita. Jangan ghairah sangat memiliki kad kredit. Kalau perlu sangat, cukuplah memiliki satu dan tidak lebih daripada dua kad kredit. Sebaik-baiknya ada satu saja.



Adalah dicadangkan menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan. Lebih baik kalau kita boleh simpan 15 peratus hingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan (gaji) kerana kita akan mempunyai lebih banyak duit pada masa depan.



Panduan memupuk tabiat menabung

1. Menabung sebelum berbelanja

• Menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji atau pendapatan kita.

• Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya.



2. Dorong diri dengan sasarkan matlamat.

• Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri kita menabung.

• Kita boleh menetapkan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.



3. Jadikan tabiat.

• Selepas membuat simpanan 10 peratus daripada gaji kita, cabar diri untuk meningkatkan tabungan secara beransur-ansur.



4. Simpan sebahagian ‘durian runtuh’.

• Setiap kali terima duit seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan.

• Kalau kita menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah simpanan bulanan kita.



Menabung untuk kecemasan

Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang kejadian tidak diduga boleh menyebabkan kita hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Ada kalanya kita mungkin memerlukan jumlah duit yang banyak dalam masa singkat untuk menangani masalah yang kita hadapi.



Kebiasaannya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan kalau kita kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba atau akibat kos membaiki kerosakan rumah atau kereta. Kalau kita atau pasangan kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar.



Dalam keadaan begini, adalah penting bagi kita mempunyai tabungan untuk menanganinya. Sebagai panduan, kita perlu mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas kita selama tiga hingga enam bulan. Keadaan akan bertambah buruk jika kita perlu meminjam untuk mengatasi yang timbul.



Selain menabung untuk tujuan kecemasan, bajet atau perancangan perbelanjaan juga boleh membantu kita menyimpan untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang bernilai besar.

Jul 28, 2013

be my friend


salam semua
dah nak abis bulan Ramadhan yang dirindui
betapa cepatnya masa berlalu
lagu raya dah berkumandang
tapi saya tak carik lagi baju raya sebab pakai baju masa kenduri adik
jimat kannn hehe
so nanti nak tukar untuk duit raya pulak

okla..tetiba ade mood nak update blog pasal kawan

yes..kawan antara yang penting dalam hidup saya
mereka la yang menggembirakan,memberi semangat,menceriakan saya
dan saya bersyukur dikurniakan,dipertemukan dengan mereka semua

di kesempatan ini....sempena bulan yang mulia ini
saya ingin meminta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
untuk kesalahan yang saya lakukan secara sedar atau tidak sedar
saya cuma insan yang ingin menikmati hidup yang singkat ini sepenuhnya dengan penuh rasa kecintaan dan bukan kebencian

dan ini semua untuk kesayangan saya

and this for my BFF


 i met with someone and she brought so much joy and happiness in my life but our relationship ruined..i'm devastated
when i'm cared too much and i'm lost it...i can't accept it but somehow i believe Allah removed someone from your life with a reason
and now i'm thankful that i met with someone who lift up my spirit,give energy and support
Thank you so much for being wonderful friend

for myself reminder