Mar 6, 2013

101 dreams


Assalam semua
sebenarnya ni tugasan dari Dr Azizan Osman lepas course IMKK
saya dah buat separuh di blog www.norlirazali.com
tapi sebab blog ditutup buat sementara waktu 
so saya fikir,saya nak buat  tugasan101 impian di sini

kiranya ade back up la


so here it goes my list 

101 dreams




  1. saya menunaikan umrah secara percuma pada tahun 2013
  2. saya bawa semua ahli keluarga saya (parents dan adik,adik ipar) untuk tunaikan umrah bersama-sama pada 2014
  3. saya memperbaiki rumah family saya dengan menukar perabot,wiring,cat,garaj,tambah aircond supaya parents saya selesa
  4. saya beli kereta idaman saya CLS 200 kompressor 2013 berwarna hitam
  5. 2016 saya membeli kereta mercedes benz CLA berwarna silver metalic
  6. belikan kereta MPV hybrid untuk family saya supaya boleh bersiar dan berjalan bersama-sama
  7. membawa family menaiki limosin dan bersiar-siar dan bershopping
  8. Belajar bahasa kantonis @ mandarin dan boleh bertutur dengan baik
  9. mempunyai rakan-rakan yang supportive,beriman dan membantu saya
  10. bertemu dan berkawan dengan rakan yang beriman,kaya dan jutawan setiap hari
  11. mempunyai kesihatan yang baik sepanjang hayat
  12. memberikan segala keperluan untuk anak-anak buah saya Annur Mawardah,Putera Zarif Adam,Putera Harith Rayyan
  13. saya memberi duit belanja kepada mak dan abah saya 2k setiap seorang
  14. membuka pusat tuisyen untuk mak saya uruskan selepas mak saya bersara
  15. melangsaikan komitmen saya dan family saya dan kami financially free 2016
  16. membeli 7ekar kebun buah-buahan supaya family dapat berkumpul dan bersama semasa musim buah-buahan
  17. saya membeli sebuah SOHO di area Ampang sebagai kediaman dan pejabat
  18. mempunyai agensi sendiri dan saya bergelar GAM bersama team diamond dan superstar pada tahun 2017 
  19. membeli real estate property sekitar lembah kelang - 5 buah apartment untuk pelaburan jangka panjang (2016)
  20. saya menghias design dalaman rumah saya dengan konsep minimalis dan praktikaliti  konsep macam IKEA
  21. saya buat bungee jumping di sunway lagoon 
  22. saya menunggang kuda di tepi pantai dan buat camp fire
  23. saya melakukan scuba diving di pulau perhentian bersama dengan kawan rapat saya (ladies only)
  24. Retail therapy (shopping) bersama BFF saya setiap bulan (fara,niza,ina,shida,hanim)
  25. Saya belajar membaca dan menghafaz Al-Quran dan khatam setiap bulan 
  26. melakukan sunat tahajud dan dhuha setiap hari,qiamulail setiap minggu bersama keluarga
  27. membuat kenduri doa selamat setiap 3 bulan
  28. saya nak makan lobster yang besar dan sedap di hotel renaissance bersama family saya
  29. saya menguruskan restoran pada 2014 yang menjana pendapatan 1juta setahun pada tahun pertama beroperasi dan pendapatan meningkat setiap tahun
  30. mempunyai business internet yang memjana pendapatan sebanyak 1 juta pada setahun beroperasi dan membantu mereka yang memerlukan pekerjaan
  31. melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan komplementari dan memegang title Dr Norli 
  32. setup bilik pejabat yang dipenuhi dengan barangan Apple
  33. mempunyai bilik hiburan yang mempunyai barangan Sony
  34. dipertemukan dan bertemu jodoh dengan seorang lelaki bujang,stabil kewangan, dipersetujui hubungan daripada kedua keluarga dan beriman, diredhai Allah serta boleh membimbing saya di dunia dan di akhirat
  35. mempunyai suami yang penyayang,tidak merokok,menghargai saya dan family saya serta mengizinkan,menyokong saya mencapai cita-cita.
  36. mempunyai 4 orang cahayamata – 2 set kembar..2 lelaki 2 perempuan
  37. bersembahyang jemaah setiap hari dengan suami di rumah
  38. mendapat title Datuk Seri Dr Norli
  39. bergelar jutawan pada umur 33tahun bersama aset terkumpul melebihi 1 juta
  40. membiayai pembinaan masjid di area negeri Selangor
  41. membiayai rumah/asrama anak yatim @ pelajar tahfiz 
  42. menubuhkankan yayasan di atas nama saya untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran 
  43. menunaikan haji pada 2016 bersama family
  44. merasai ikhtikaf di masjid Al-Aqsa
  45. melawat,bertemu dan membantu saudara seislam di Palestine dan Syria
  46. merasai pengalaman sebagai angkawasan di NASA
  47. mempunyai rumah perlindungan untuk wanita yang teraniaya,anak-anak lorong dan anak-anak tak sah taraf
  48. menjadi sukarelawan untuk membantu orang gelandangan dan mereka yang memerlukan
  49. mempunyai bilik pakaian yang mempunyai almari build in dan tersusun rapi
  50. membuka pusat senaman (gym) untuk golongan muslimah supaya mereka kekal sihat,bertenaga dan menjaga penampilan
  51. mempunyai haruman sendiri (perfume)
  52. membeli-belah bersama family tanpa melihat tanda harga
  53. saya ingin bertemu dengan Oprah Winfrey dan Martha Stewart
  54. saya ingin pergi ke lokasi pengambaran cerita CSI,Bones dan Criminal Minds
  55. saya nak bergambar di Muzium Madam Tussauds (muzium yang ade ramai selebriti terkenal dalam bentuk lilin
  56. berada di Stadium Old Trafford,bermain bola sepak dan menjaringkan gol 
  57. mempunyai rumah yang menghadap pantai yang mempunyai 7 bilik dan 4 bilik air dan dinding kaca yang lutsinar dari dalam tapi luar tak nampak bahagian dalam
  58. mempunyai bungalow with swimming pool dan taman permainan
  59. mempunyai akuarium 2kaki lebar air masin yang mengandungi ikan clown (nemo) dan juga terumbu karang hidup
  60. Travel around the world in 3months 2016 bersama suami tercinta untuk berbulan madu
  61. mempunyai personal driver untuk membawa saya ke tempat yang saya ingini
  62. mempunyai kuda betina yang bernama Charming dan saya akan menjaga dan menunggang Charming setiap hari  
  63. mempunyai label design untuk pakaian sendiri
  64. mempunyai sebuah centre/hospital perubatan komplementari yang menawarkan rawatan yang berpatutan dan juga untuk yang kurang berkemampuan,rawatan percuma
  65. saya akan menaja 7 orang yang kurang berkemampuan setiap bulan untuk menunaikan umrah
  66. menaja 13 orang setiap tahun untuk menunaikan haji
  67. bersedekah kepada fakir miskin,anak yatim setiap hari
  68. memberikan sedekah makanan kepada surau/masjid setiap minggu
  69. membina perpustakaan sebesar Kinokunuya dan dipenuhi dengan segala buku yang terbaik dan dibuka untuk umum 
  70. menulis autobiografi sendiri dan mempunyai buku penulisan sendiri
  71. saya menghadiri seminar Anthony Robbins,T.Harv Eker,Brian Tracy dan sentiasa menambah nilai pada diri saya dengan menghadiri seminar motivasi/pendidikan
  72. saya mempunyai sebuah bot persiaran yang boleh membawa saya dan family belayar ke tempat yang saya ingini
  73. menaiki belon panas dan mengambil gambar yang menarik semasa di atas belon tu
  74. mencuba para-gliding
  75. berkhemah dan jungle tracking di hutan – back to nature-
  76. melakukan berkayak di sungai yang deras
  77. melakukan terjunan daripada kapal terbang
  78. mempunyai jet sendiri untuk membawa saya terbang ke seluruh dunia
  79. memberikan bantuan kepada sekolah pendalaman
  80. mempunyai sebuah rumah untuk kucing-kucing terbiar atau ditinggalkan dan mempunyai pekerja yang menguruskan mereka
  81. mempunyai perniagaan dalam bidang perternakan kambing dan pertanian yang mengeksport ke luar negara
  82. meluncur ais di Gunung Aspen
  83. memanjat Piramid di Mesir
  84. bersiar-siar di Istana Taj Mahal dan Gunung Kashmir
  85. mempunyai spa sendiri supaya saya sentiasa dapat melakukan rawatan dan urutan yang eklslusif di setiap kunjungan
  86. mempunyai koleksi jam yang antik dan rare Rolex
  87. mempunyai koleksi aksesori dan mempunyai designer sendiri
  88. mempunyai 5 franchise stesen minyak Shell di seluruh malaysia
  89. mempunyai perlindungan diri insurans sebanyak 10juta
  90. membuka makmal komputer yang memberikan pendidikan mengenai kemahiran internet kepada kampung pedalaman
  91. mempunyai rancangan sendiri bertemakan motivasi dan kesihatan macam Oprah Winfrey
  92. membuat popup kad untuk insan yang saya sayang dalam hidup saya
  93. sentiasa beramal melalui Al-Quran,hadis dan Sunnah Rasulullah
  94. saya kaya,berjaya,dan bahagia dunia dan akhirat
  95. sentiasa mempunyai sifat mahmudah,penyayang dan hidup dalam keadaan amazing dan greatness
  96. mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan percaya Allah itu Maha Besar dan Maha Pencipta dan tiada yang mustahil baginya
  97. merasa bahagia disamping family,bersama suami dan anak-anak yang soleh dan solehah dan sentiasa dalam ukhwah dan lindungan Allah
  98. memohon supaya segala perkara yang saya lakukan di dunia ini untuk pencen di akhirat kelak
  99. berada dalam kesedaran yang tinggi semasa melakukan segala perkara and menghargai setiap momen dalam hidup
  100. Sihat dan sempurna akal dan tubuh badan untuk melakukan ibadat dan tugasan harian setiap hari dan melakukannya kerana Allah Taala
  101. Mohon dimatikan di dalam Husnul Khatimah dan dalam keadaan tidur.
Saya ikhlas,saya pasrah dan saya redha dengan segala ketentuan mu Ya Allah
Alhamdulilah,Subhanallah,Allahuakbar
Amin Amin Ya Rabbal Al Amin

Mar 5, 2013

oilsave 1 world


As salam semua
di kesempatan ini saya nak ucapkan takziah kepada keluarga perwira negara yang gugur semasa mempertahankan negara kita yang tercinta

semoga mereka ditempatkan di tempat yang diredhai Allah dan di kalangan mereka yang beriman

Al-fatihah

Okla berbalik pada tajuk entri...kat sini saya nak kongsi barang baik yang saya dah cuba dekat sebulan dan hasilnya mengagumkan

contonhya dengan kereta 1.5L auto boleh pergi Melaka dengan hanya rm20
(bukan pergi balik la dan bukan pakai keta myvi,kancil,viva)

dan biasa kalau full tank rm70 boleh jalan mileage dalam 300+ dan sekarang boleh cecah 500+
(seronok gila ukur jalan sekarang...hehehe)

nie benda nya yang saya duk bebel citer dari tadi

Sekotak ni ada 5 botol = RM39
kalau nak beli sebotol je RM10

cara guna : 20ml oilsave ni bagi campuran 50liter petrol/diesel
(saya biasa sebotol utk 1 full tank)

kalau nak 1 liter je..cuma letak 3 titik

kelebihan oilsave:
1. menjimatkan duit minyak melebihi 50% (terbukti sebab biasa kalau jalan jauh2 kena isi 2kali tapi ni sekali jer)
2. menambah pecutan (kalau biasa keta yang dah melebihi 5tahun,ade la rasa semput nya sebelum pakai oilsave ni...tapi bila dah pakai memang rasa pick up lebih sekarang ni)
3. menukar prestasi ron95 kepada ron97 (memang betul weh...kena sendiri cuba baru tau )
4. meningkatkan kualiti diesel kepada Euro4 (kepada pengguna diesel la..saya tak pakai diesel huhuh)
5. mengurangkan pembebasan asap kenderaan (bagus kan....mengurangkan pencemaran udara)
6. enjin mudah dihidupkan
7. membuat enjin lebih sejuk dan senyap (keta I memang senyap..hihihi)
8. berupaya merawat kerosakan enjin dan memanjangkan jangka hayat enjin (Insya Allah)

okla,sekarang ni sedikit tips dan eksperimen daripada saya selepas menggunakan oilsave 1 world selama sebulan ni

1. disyorkan pakai minyak shell dan BH petrol...dan tidak digalakkan pakai minyak petronas
(sebab bila pakai shell,minyak full tank sangat susah nak turun walaupun dah guna 2hari,tapi kalau petronas efek dia macam biasa...minyak lain macam Petron atau caltex belum cuba lagi..nanti dah cuba saya bagitau naaa)
2. isi minyak waktu sejuk tak kisahla lepas ujan ke tapi saya syorkan waktu malam supaya dapat lebih liter

so cara pengunaan nya


1. tu la rupa oilsave
2.bukak penutup botol
3. bukak ring yang kat botol tu takut termasuk dalam tank memang la naya kang
4. bukak corong kat botol tu supaya senang nak isi dalam tank
5. lepas tu tuang dalam tank dan terus isi minyak
* sila goncang dulu botol sebelum digunakan
* bau dia macam minyak masak je so kalau lekat kat tangan tu xde hal boleh lap kat kain atau tisu

itu sahaja perkongsian saya hari ni
kalau berminat nak produk ni...boleh pm saya kat fb
kat sini
 atau email pada saya
prinze.junior@gmail.com

Jom cuba ramai-ramai dan kita sokong produk buatan Malaysia




Feb 25, 2013

Goal Praying - Living Into Greatness


As salam semua..semoga anda ceria,hebat dan sentiasa melakukan yang terbaik setiap hari 
*I'm Happy*

pada 22-24 februari yang lalu saya telah mengikuti kursus yang hebat,bertemu dan menambah ilmu dengan Mak Ha yang amat saya kagumi

Kursus yang hebat kerana ia memberi,membawa kesedaran tentang siapa kita sebenarnya..apa matlamat,misi dan visi kita semasa di dunia ini..tentang mindset yang mesti kita perbetulkan...tentang berdamai dengan masa lalu dengan membetulkan root cause yang telah terprogram dalam diri secara sedar atau tidak...supaya kita berada dalam keadaan yang mempunyai mindset kelimpahan,hidup dalam keadaan yang terbaik demi sebuah masa depan yang menjanjikan destinasi yang unggul dan pasti.

kerana kita insan luar biasa yang mempunyai pilihan dan semuanya bergantung kepada diri sendiri dan paling penting sentiasa mempunyai kesedaran dan berhubung secara terus dengan pencipta kita

jika anda merupakan orang yang sentiasa ingin menambah nilai diri anda,mencari sesuatu yang hilang atau ingin diingatkan kembali tujuan dan matlamat anda berada di dunia ini..
jom join kursus yang sangat amazing ni 
nak tengok websitenya di sini




Feb 15, 2013

Revenge


As salam semua...apa khabar?
semua sure masih dalam mood bercuti kan..sama la kita 
cuti lama,adik-beradik semua pun balik ke rumah parents,anak buah (Annur Mawardah) pun balik so rumah meriah sangat...
mak pun hari-hari masak untuk kami...cuma lauk semua untuk orang berpantang..tapi saya ok je..bedal je 
tu yang badan makin naik
(tak nak terima hakikat,dulu sibuk nak gemuk...hahaha)

owh,pasal tajuk entri..takde kena-mengena dengan intro pun hehe cuma saya ni jenis suka tengok TV sebenarnya cuma bila datang time busy memang seminggu dua la tak bukak TV tu..

namun,bila saya tengok TV saya suka berfikir moral of the story yang ingin disampaikan
rabu lepas saya berkesempatan untuk tengok citer 'Revenge'

citer yang berkisar tentang dendam seorang anak terhadap kekasih mantan ayahnya dan bertekad untuk memusnahkan hidup dan family wanita berkenaan

Emily Thorne atau nama sebenar Amanda Clarke ingin memusnahkan hidup Victoria Grayson,sebuah keluarga kaya dan daripada karektor Amanda,kerana dendam...manusia boleh bertukar menjadi licik,pandai mencari jalan untuk menjatuhkan masing-masing...sentiasa ada muslihat dan menyebabkan ramai orang terlibat dengan dendam yang sebenarnya bersifat peribadi..and the story jadi makin complicated..

Amanda nampak seorang yang tekad dan dingin...tapi dia memilih untuk mendekati anak Victoria yang sangat osem, Daniel dan akhirnya dia mengaku yang dia jatuh cinta...so sweet laaa
tak sabar nak tunggu next episod or saya nak google untuk download whole episod citer ni...

Berdendam...sifat yang saya akui DULU saya juga punyai sikap ini...
saya dendam pada mereka yang menyakiti diri atau hati saya...
sehingga menyebabkan saya bertekad untuk enggan membiarkan saya disakiti lagi
saya telah sabotaj diri sendiri dan enggan beri peluang pada orang luar untuk kenal diri saya

berdendam ni ibarat meneguk racun di dalam mulut dan berharap orang yang kita dendamkan mati..padahal kita yang akan mati akhirnya..

dan akhirnya saya sedar perkara ini tidak membawa kebaikan pun...menyebabkan saya kesunyian dan hati menjadi kering...dan saya berubah
 Alhamdulilah...tak ada guna berdendam,berburuk sangka dengan orang...setiap yang berlaku pasti ada pengajaran...dan kehidupan saya kembali ceria dan meriah..bertemu dengan mereka yang positif, bercita-cita tinggi dan sentiasa menyokong saya..

Insya Allah,sekarang saya tak menyimpan dendam pada sesiapa pun...mungkin pernah termarah atau termaki di dalam mesej,whatsapp atau apa jua la..mungkin pada masa itu emosi agak terganggu..maka saya mohon maaf
semoga Allah sentiasa pelihara saya supaya tiada hasad dendam yang terbit dari hati ini walaupun saya disalahanggap,disakiti...hanya Allah yang mampu membalas yang sepatutnya..
bukan saya yang patut menghukum sedangkan dosa saya pun sebanyak buih di lautan...

so sekarang ni,buat apa yang anda rasa happy...selamat malam semua






Feb 11, 2013

12 strange facts about VIRGO

As salam..last time i did wrote about Scorpio
and now to reveal about virgo and yes,it’s about me
virgo
only partial is true but somehow it’s good to know more about yourself right?
owh yeah…i also want to wish Happy Chinese  New Year to all my friends and happy holiday to others
ps: this year have so many public holiday on sunday eh?
then we back to the entry…so here it goes
12 STRANGE facts about Virgo (no so strange la actually)
#12 opposites attract
Virgos have an insatiable appetite for control and they often wind up falling in love with someone who is the polar opposite of their usual self. their curious nature and taste for exploration often leads virgo to be attracted to their opposites – which sometimes lead to perfect yin and yang
#11 No phonies allowed
Virgos are extremely observant and detect phonies and fakeness. they do not tolerate games amongst friends or lovers are quick to drop those who exhibit such behaviour
#10 curious child
virgos are curious by nature which lends most virgos an eagerness to learn. don’t be suprised if a virgo you know comes back from a previous conversation suddenly knowing everything there is to know that topic
#9 possession and pride
when virgos love, they love deeply and madly. this makes them particularly possessive and fearful of losing the ones they love
p/s this sound veryyyyy trueee okey
#8 trust and parties
virgos unleashed their wild sides only in the company of those they trust. they often appear stand-offish with acquaintances because they are concealing a much more adventurous nature hidden within
#7 don’t probe
virgos are mysterious people by nature and value their privacy. they don’t trust others easily so expect it to take a while before you can uncover the private life of your virgo friend
ps: so true…hard to trust but once trust…hmmm
 
#6 the enigma (mystery)
every virgo is an enigma so don’t get frustrated if you can’t figure out your virgo love interest or friend immediately. don’t consume yourself with the task of figuring out a Virgo – unless you are prepared to get lost along the way
#5 stuck up
virgos often appear aloof or arrogant but deep down inside, they are extremely grounded and humble people. don’t be fooled by the cool and unaffected facade virgos generally put on
ps: sooo truee…usually 1st impression people always saw me as arrogant and fierce
# fickle friend
virgos are perhaps the pickiest sign out there. they can be exact and particular that it seems nothing will ever good enough for them. the truth is, virgos are just picky by nature
ps: ouchhhhhhhhhh!
#3 no complaints
virgos are so matter-of-fact that they detest those who whine and complain incessantly. don’t bring your petty woes to attention of a virgo friend. you won’t find the kind of comfort and encouragement you need there!
#2 playing pretend
virgos are great at feigning indifference when deep down inside, they care (sometimes a little too much!). they excel at concealing this part of their emotional life so don’t be discouraged if you don’t see your virgo crush exhibiting encouraging behaviour
ps: always looks COOL yeayayyayayyyy!
#1 are you ready for the truth?
don’t ask a virgo for his or her honest opinion if you’re merely looking for some comfort. virgos don’t mind giving it to you straight – they will give you their most honest assessment, so be ready when you ask them to
ps: love to criticised and talk direct,honest so somebody always said i have ‘mulut laser’
so all the virgos,no matter what the description is…be proud of yourself!!

Feb 7, 2013

strange facts about scorpio



salam everyone
As usual i love to read my twitter timeline and suddenly something capture my attention
12 strange facts about scorpio
scorp46
actually i’m not a scorpio but i had one friend and she is scorpio
and somehow what revealed later is what describe her…almost all are true

so all scorpio please read up and think if the facts suits for you or just a joke
12 STRANGE FACTS ABOUT SCORPIO
#12 Friend No more
if there is one sign you don’t want to double-cross,it’s the Scorpio. Scorpios are tirelessly loyal to those they love and respect, but when they experience betrayal, it hits them so deeply that they can sometimes become vengeful
#11 Hungry for more
Scorpios are ambitious by nature and have no problem working tirelessly to get what they want-whether it’s work or love. once they set their eyes on a prize, they never lose focus in obtaining it
p/s sound sooo like her
 
# 10 there is always a solution
one of the most resourceful signs you will ever interact with the uncanny ability to find a solution no matter what the circumstances are. A terrific sign to have on a team.
#9 cool surface
Scorpios often refrain from betraying their true emotions, giving off the vibe of someone who is aloof and indifferent. However,underneath it all, the scorpio is bubbling with emotions
p/s sound veryyyyy true
#8 passion and pain
scorpios are among the most passionate of the signs, but with great passion also comes with great pain – a fight with a scorpio is never a small one
p/s also trueeee
# 7 to ask or not to ask
Scorpios are the ideal friends to turn to in seeking the most honest advice but beware what you wish for – Scorpios are often feared for their unforgiving bluntness
p/s for me better say the truth than lies hehe
#6 the loyal one
the most loyal of signs is undoubtedly  the scorpio, whose loyalty is so strong and steadfast that it frightens those they know
#5 survivors unite
Scorpios are survivors by nature. they have the natural instincts to do whatever it takes to remain the last man standing regardless of the situation
p/s i knew she is independent person
#4 positive powers
with the ability to understand and ultimately control their own minds, scorpios have the ability to see and turn difficult experiences into invaluable learning experiences that push them further in self improvement
#3 the courage
Scorpios are among the bravest of the signs. their courage stems from their minds. their are unafraid to face what most people are terrified of
#2 saying no
Scorpios often work relentlessly towards self control, whether its conquering and addiction or achieving a high degree of discipline in various tasks. Scorpios understand the art of getting things done.
#1 mastery of self
the driving force behind most of the life choices of a scorpios is typically self-mastery. scorpios strives to learn everything there is know about themselves and ultimately mastering the art their own emotional world
pss…Really missed you babe xoxo

Feb 1, 2013

Pilihan Petua Agar Rezeki Anda Datang Mencurah-curah



as salam semua...
selamat bercuti kepada warga Wilayah dan semoga enjoy berhujung minggu bersama keluarga tersayang

okla, kejap je dah masuk bulan febuari..ade tinggal lagi 11bulan untuk capai segala impian dan resolusi 2013 ni..setakat ni progress untuk diri saya sendiri...
Alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada yang membantu dan menyokong saya 
dan sempena bulan baru ni,saya nak berkongsi sedikit tips dan petua agar murah dan dilimpahi rezeki 
p/s bila ade rezeki lebih jangan lupa banyakkan sedekah dan berzakat ya..

Pilihan Petua Agar Rezeki Anda Datang Mencurah-curah




1. Menyempatkan diri beribadah - Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan 
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar - Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa - Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah - Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa - Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah - Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain - Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat - Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak - Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi - Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim - Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk - Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah - Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud) - Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha - Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah - Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran - Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa - Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya - Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal - Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

NOTA: Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.