May 25, 2013

Artikel Pilihan: Wang & Kesihatan



As salam semuaselamat berhujung minggu...dan bergembira bersama yang tersayangdapat cuti panjang so penuhi dengan aktiviti berfaedah nanti saya kongsikan aktiviti Skytrex Extreme Challenge saya bersama group D&G sayadan untuk bacaan ringan jom baca artikel pilihan yang ditulis oleh my sifu, Irfan Khairip/s tengah ade kelas pun dengan beliau....seronok hehe dapat banyak ilmuok...selamat membaca dan jika ingin bertanya kepada saya secara personal boleh hubungi saya di sini untuk bertanyakan mengenai pelaburan,insurans atau wasiatPS: sekiranya anda ingin menjana pendapatan tambahan dengan menjadi konsultanjom sertai bersama saya dan hubungi saya di sini
Image

WANG ANDA: Wang & Kesihatan
Oleh Irfan Khairi

Minggu lepas saya melawat seorang pak cik saya dalam lingkungan umur 60-an yang menghidap beberapa penyakit. Katanya, sebulan, perbelanjaan untuk ubat dan rawatan setiap bulan sahaja adalah dalam RM500-RM600, yang ditanggung menggunakan duit pencennya. Katanya pula, ada kawannya yang lebih teruk lagi!

Menjaga kesihatan hari ini dapat menjimatkan beribu atau berpuluh ribu ringgit satu hari nanti. Pemakanan yang tidak sihat bukan sahaja merugi kan wang secara langsung, tetapi juga boleh menimbulkan masalah-masalah kesihatan lain yang memakan perbelanjaan perubatan yang tinggi di masa hadapan. Terlebih garam boleh mengakibatkan darah tinggi manakala terlebih gula boleh mengakibatkan diabetes. Pemakanan yang seimbang adalah kuncinya. Banyakkan memakan sayur-sayuran serta buah-buahan. Organik, adalah terbaik!
Image
Lakukan senaman dengan kerap. Penyelidikan Cleveland State University, ada menjumpai bahawa, mereka yang kerap bersenam mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak lakukan senaman. Menurut kajian ini, mereka yang bersenam 3 kali seminggu menjana pendapatan 10% lebih daripada mereka yang tidak bersenam. 

Ini kerana, mereka yang bersenam pastinya mempunyai semangat, momentum, dan motivasi yang lebih tinggi dan memberi kerja yang lebih produktif. Satu lagi alasan mengapa kita perlu keluar dan lakukan senaman hari ini!

Mengubah kesihatan diri bermula dengan mengubah tabiat diri. Sekiranya anda merokok, pastinya anda tahu kos merokok adalah amat tinggi, bukan sahaja pada kotaknya, tetapi juga kos kesihatan jangka panjang. Perokok tegar mungkin membelanjakan RM30 seminggu, iaitu dalam lingkungan RM120 sebulan. Melaburkan RM120 sebulan pada pulangan 12% akan menjadi lebih RM118,000 dalam masa 20 tahun. Tidak pula dikira kos merawat penyakit akibat rokok setiap tahun yang menjangkau berbilion RM.

Jangan lupa juga mengambil insurans kesihatan. Malang tidak berbau, dan walaupun melakukan senaman dan menjaga kesihatan, adakalanya penyakit tetap hadir. Sebagai langkah berjaga-jaga serta merupakan strategi kewangan yang baik, dapatkan insurans kesihatan dalam meringankan beban kewangan sekiranya terdapat penyakit yang datang.

Kini, bukannya untuk kita memilih antara wang ataupun kesihatan yang lebih penting. Keduanya adalah penting di zaman ini.

boleh hubungi saya di sini untuk bertanyakan mengenai pelaburan,insurans atau wasiatPS: sekiranya anda ingin menjana pendapatan tambahan dengan menjadi konsultanjom sertai bersama saya dan hubungi saya di sini

Image

May 21, 2013

nak ke mana kita beb??


As salam semua
syukur ke hadrat Illahi atas segala kurniaan yang Allah berikan kepada saya selama ni hinggalah ke saat ini

sekadar perkongsian...sementara menunggu Maghrib tadi...saya buka TV saluran Al-Hijrah..saya tak pasti apa nama rancangan tu tapi setiap bait kata-katanya buat saya tersentuh dan tersedar..

soalan yang sering kita utarakan bila kita ingin bersosial bersama rakan-rakan...
"nak ke mana kita beb?"
"nak lepak kat mana?"
so jawapan nya..pasti kita ada rancangan untuk bersantai bersama-sama
dan pasti kita pilih tempat yang selesa dan nyaman,makanan yang sedap...

tetapi pertanyaan yang buat saya tersedar
"nak kemana kita dalam kehidupan ini?"
pasti kita keliru..kita nak kemana??

saya dah tahu jawapannya...cuma mungkin kebelakangan ini saya agak terlalai dengan urusan duniawi
Ampunkan aku Ya Allah...aku hanya hambamu yang sering lalai

so saya ingin bertanya kembali kepada semua...
ke mana arah tujuan kita dalam kehidupan ini?
jawapannya...pulang kembali ke kampung asal kita...
kita kembali ke syurga...



itu jawapan yang diberikan dan pasti makin pelik
so meh saya terangkan...kenapa arah kita ke syurga?

pernah dengar,tahu atau mendengar cerita tentang...setiap bayi yang dilahirkan adalah berasal daripada syurga?
perasan atau tidak...bayi ada bau yang sangat best...yang kita pasti tak puas untuk mencium bayi  
kalau boleh lama dah gomol-gomol baby tu..heheh
sebab itulah bau syurga
bau yang kita rindukan tetapi kita TERLUPA kerana kita terbeban dengan tanggungjawab,tugasan atau hambatan yang kita lalui sepanjang kita membesar

lets recap..kita suatu masa dahulu...kita yang pernah menghuni syurga dan dipilih Allah untuk lahirkan ke bumi dan melakukan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi serta masih lagi perlu tunaikan segala amanah tersebut sehinggalah kita dipanggil semula ke syurga

persoalan sekarang...cukupkan amalan kita di sini (dunia) untuk kembali sebagai ahli syurga?
kalau kita audit balik diri kita...kenapa kita lebih banyak lakukan perkara yang ahli neraka lakukan?
saya pasti kita semua tahu bezakan baik dan buruk dan saya juga akui saya juga tidak sesempurna mana tapi cuba sedaya upaya untuk lunaskan apa yang dipertanggungjawabkan kepada saya

saya banyak belajar tentang diri,hidup ini...berdamai dengan segala permasalahan supaya kita kembali bebas dan gembira bila menunaikan tanggungjawab di sini
dan bersedia dan gembira bila dipanggil semula...ke syurga

di sini saya bertemu dengan insan yang banyak membantu saya
mungkin saya dah jarang menghubungi teman-teman di sini...tapi saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sesuatu yang indah dan banyak membantu dalam segala krisis dan pencarian sepanjang hidup saya

so..mungkin di sinilah bermulanya rancangan kita untuk kembali ke kampung halaman kita iaitu ke
SYURGA
# rasa sebak tiba-tiba bila teringatkan perkara yang kita rindui tetapi kita terlupa...tetapi Dia tak pernah lupakan kita

# sedikit video sekadar untuk peringatan kepada saya sendiri dan kamu yang membaca blog ini
semoga mendapat manfaat 

May 16, 2013

Kongsi tabiat kewangan yang baik dengan anak-anak dan remaja


As salam semua
cerita bab duit..siapa tak suka kan?hehe 

so saya hari ini nak kongsi cara-cara untuk didik anak supaya mahir menguruskan kewangan mereka
kadang-kala bab ini yang paling jarang diajar terutama di rumah
so kita ubah dan didik anak daripada awal

ingat..pengurusan wang merupakan topik yang penting terutama di zaman ini



Kongsi tabiat kewangan yang baik dengan anak-anak dan remaja

Pengurusan kewangan adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai. Kemahiran ini perlu diajar dan dipupuk semenjak kecil. Ibu bapa merupakan individu yang paling terbaik untuk mendidik anak-anak yang 
kecil dan remaja untuk membolehkan mereka menguruskan kewangan mereka secara berhemat pada masa hadapan. Oleh itu, kongsikan beberapa tabiat kewangan di bawah ini bersama-sama dengan anakanak. Secara tidak langsung, tabiat ini dapat membina asas kewangan yang kukuh untuk masa hadapan mereka. 

1. Berbelanja menggunakan kupon atau semasa jualan murah
Semasa anak-anak berasa teruja untuk membeli sesuatu barang seperti pakaian atau permainan, jelaskan kepada mereka bahawa dengan menggunakan kupon dan membeli ketika jualan murah, mereka boleh mendapat potongan harga. Ini dapat menjimatkan wang, yang boleh digunakan untuk membeli barangan yang lain. Apabila tiba musim jualan murah, anda boleh membawa anak-anak bersama-sama untuk berbelanja. Konsep ini bukan sahaja dapat memupuk sikap membeli semasa jualan murah, yang paling penting 
adalah sikap ‘Menangguhkan Kehendak’ dapat dipupuk dalam tabiat kewangan. 

Untuk anak yang remaja, anda hendaklah memberi peluang kepada mereka untuk berbelanja sendiri. 
Anda perlu menyediakan bajet tertentu untuk barangan tersebut. Nasihatkan sama ada mereka 
boleh menggunakan keseluruhan bajet tersebut,atau membeli semasa jualan murah atau menggunakan kupon. Jika terdapat lebihan wang, galakkan mereka untuk menyimpannya supaya boleh digunakan membeli barangan lain atau simpan sahaja untuk keperluan masa hadapan.

2. Menabung bersama-sama
Menabung merupakan perkara asas dalam tabiat kewangan. Hal ini sangat sukar untuk difahami oleh kanak-kanak. Begitu juga sukar untuk dijadikan tabiat oleh orang dewasa. Namun begitu, ada cara sesuai untuk memupuk tabiat ini dalam diri mereka. Untuk mendidik anak-anak kecil, sediakan bekas kaca yang besar di satu sudut rumah bagi tujuan menyimpan syiling. Jelaskan kepada anak anda bahawa bekas ini adalah bertujuan untuk perbelanjaan istimewa keluarga. Maklumkan kepada semua ahli keluarga, sesiapa yang mempunyai lebihan syiling, boleh meletakkan syiling tersebut di dalam bekas dan kumpulkan sehingga penuh. Setelah penuh, gunakan duit syiling tersebut untuk perbelanjaan bersama-sama dengan keluarga. Untuk anak yang remaja, libatkan mereka dalam perbincangan semasa anda ingin membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan yang mahal seperti televisyen atau kereta. Hal ini bertujuan untuk memaklumkan anak anda tentang pembelian, dan secara tidak langsung, anak-anak tahu bahawa anda mempunyai simpanan untuk 
pembelian tersebut. Anda boleh bercerita serba sedikit tentang simpanan, pinjaman wang dan kadar faedah. Apabila anak-anak melihat tabiat kewangan yang diamalkan oleh anda, maka secara tidak langsung ia akan mengikis sikap untuk membeli mengikut kehendak, sebaliknya mengamalkan ‘konsep simpan dan tunggu’. 
Anda boleh mencadangkan kepada anak-anak untuk menabung bersama-sama agar pembelian tersebut boleh dicapai dengan cepat.
3. Menghadiahkan sesuatu untuk orang lain
Untuk langkah awal, anda membuat bajet dan  konsisten terhadap bajet itu. Jadikan majlis hari jadi anak-anak sebagai acara tahunan dalam kehidupan anda.Untuk anak-anak kecil, buatkan satu bajet untuk 
anak anda dan beritahu mereka tentang jumlah wang yang ada untuk membeli hadiah mereka. Tanyakan kepada anak anda apakah hadiah yang ingin dibeli dan jelaskan kepada mereka tentang harga hadiah tersebut, sama ada setara atau kurang daripada bajet yang ada. Langkah terbaik ialah cuba berbelanja kurang daripada jumlah bajet. Bagi anak remaja, biar anak remaja anda menentukan sendiri hadiah yang ingin mereka impikan berdasarkan kepada jumlah bajet yang anda sediakan untuk perbelanjaan hadiah hari 
jadi mereka. Berikan mereka masa dan peluang untuk membuat pengiraan sendiri berdasarkan bajet yang ada.

4. Rancang percutian bersama 
Merancang percutian adalah merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan ia juga melibatkan perancangan bajet bagi tujuan tersebut.Untuk kanak-kanak kecil, anda boleh berbincang dengan anak-anak anda mengenai penginapan dan kolam mandi. Anda boleh memberitahu beberapa pilihan penginapan berdasarkan 
bajet yang ada, seperti menginap di hotel mahal, mempunyai kolam besar tetapi hanya boleh bermalam 3 hari sahaja atau menginap di hotel murah dan mempunyai kolam kecil sedikit tetapi boleh menginap selama 4 malam. Bantu anak anda membuat pilihan, yang secara tidak langsung akan membantu anda untuk 
mengetahui keutamaan percutian mereka. Untuk anak remaja, kongsikan bajet yang anda telah peruntukkan untuk percutian tersebut. Minta pendapat mereka untuk membuat perancangan. Sebagai contoh, makan tengah hari di restoran yang terbaik, tetapi perlu mengorbankan untuk pergi taman tema hiburan, atau sekadar makan nasi bungkus untuk membolehkan anda bermalam untuk satu malam lagi di hotel.

5. Penggunaan semula, baiki dan guna semula
Mengelak daripada berlakunya pembaziran merupakan amalan sikap berjimat cermat dan mesra alam. Tanamkan dalam diri anak-anak tentang tiga perkara ini, iaitu guna semula barangan lama, baiki yang rosak dan guna semula dengan membeli barangan terpakai. Untuk anak-anak kecil, maklumkan kepada anakanak anda tentang barangan yang ingin dibeli melalui kedai jualan murah atau jualan gudang. Terangkan kepada anak anda bahawa tujuan pembelian barang terpakai tersebut adalah untuk berjimat dan dapat mengelakkan pembaziran (barangan tersebut masih boleh digunakan dan boleh dielak daripada dibuang). Ia juga merupakan salah satu langkah berjimat cermat. Untuk anak remaja, anda boleh mengajarkan anak remaja anda membaiki barangan yang telah rosak. Ia merupakan satu asas kemahiran yang baik dan penting. Dengan ini, mereka bukan sahaja memiliki kemahiran tetapi juga mereka boleh belajar untuk berjimat cermat. Objektifnya, anda hanya inginkan mereka memahami konsep berjimat cermat, dan pada masa yang sama, mereka juga memiliki kemahiran membaiki barangan.

6. Bantu mereka yang kurang bernasib baik
Tiada perkara yang benar-benar berkesan dalam membantu anak-anak memahami dan menghargai apa yang mereka ada. Dengan mendedahkan kepada mereka terhadap apa yang orang lain tiada, ia boleh membantu mereka menghargai apa yang mereka ada. Untuk anak-anak kecil, galakkan anak-anak anda menyertai program-program kebajikan. Dengan melakukan kerja-kerja kebajikan seperti mengumpul barangan permainan untuk kanakkanak lain yang kurang bernasib baik, anak-anak anda akan mula berfikir tentang perkara yang dilakukan. Ia dapat menimbulkan kesedaran kepada anak-anak anda - bagaimanakah rasanya 
menjadi miskin atau kaya? Bagaimanakah rasanya tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai tempat tinggal? Untuk anak remaja, galakkan anak anda menjadi sukarelawan di kawasan kejiranan anda atau 
rumah kebajikan. Ambil peluang seperti menolong jiran yang sedang sakit. Menggalakkan anak 
anda membantu orang lain adalah pengajaran yang penting dalam pendidikan kewangan. 
Sumber : Diterjemahkan daripada artikel “6 Great Teachable Money 
Moments to Share With Your Kids”, www.wisebread.com. dan BNM

LIKE dan KONGSI jika anda rasa artikel ini bermanfaat




May 15, 2013

Minggu Tanpa Skrin


As salam semua..dah tengah bulan Mei kan sekarang...
cepat sungguh masa berlalu...dan dah nak bertemu dengan bulan Ramadhan
so sesiapa yang belum ganti puasa...sila cepat-cepat langsaikan hutang puasa anda 
jangan malas-malas ya?

okla..saya saja nak kongsi artikel yang saya rasa bagus jika kita amalkan cara ini...
kita kan ada banyakkkk minggu yang ada tema
so kali ni saya nak kongsi
'Minggu Tanpa Skrin'

pernah dengar?

saya pun first time tau huhu...kalau ikutkan dah lepas pun minggu tanpa skrin ni...
tapi apa salahnya pun kalau kita buat bersama family kan?

so saya copy paste je artikel daripada FOMCA ni
enjoy your reading guys

*peringatan jugak pada diri saya sendiri



MINGGU TANPA SKRIN - 19 – 25 APRIL 2013


19 April hingga 25 April ialah MINGGU TANPA SKRIN (sebelum ini dikenali sebagai Minggu Tidak Menonton Televisyen). Kempen secara tahunan yang telah dianjurkan semenjak 1995 ini, bertujuan untuk menggalakkan para ibu bapa dan anak-anak untuk menutup televisyen dan peralatan berskrin di rumah, dan seterusnya meluangkan masa tersebut dengan melakukan pelbagai perkara lain bersama-sama sebagai satu keluarga. 


MENGAPA TANPA SKRIN?
Ini merupakan tahun kelima FOMCA mengadakan Minggu Tanpa Skrin. Media berskrin telah menghabiskan banyak masa keluarga, yang sepatutnya digunakan untuk melakukan aktiviti bersama. Tabiat ini juga merupakan sebab utama berlakunya masalah obesiti dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Tabiat menggunakan media berskrin untuk tujuan rekreasi secara yang berlebih-lebihan telah menyebabkan wujudnya gaya hidup yang suka bersendirian dan tidak banyak melibatkan dalam aktiviti fizikal. Justeru, tabiat ini tidak baik dari segi mental mahupun fizikal.



MINGGU TANPA SKRIN bertujuan untuk mewujudkan kesedaran bahawa masa menggunakan media berskrin perlu dihadkan kepada tidak lebih daripada 2 jam sehari. Kanak-kanak dan golongan muda didapati telah menghabiskan masa selama antara 4 hingga 6 jam sehari untuk menonton televisyen, bermain permainan video, atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi. 


Menutup media berskrin akan memberi peluang kepada anda untuk berfikir, membaca, mencipta dan membuat sesuatu perkara yang baru. Ia membolehkan anda bermesra dengan keluarga anda dan menggalakkan diri anda untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kekeluargaan.



The American Academy of Pediatrics menyarankan kanak-kanak berusia di bawah 2 tahun tidak didedahkan dengan media berskrin, manakala kanak-kanak yang lebih tua pula tidak lebih daripada dua jam sehari. 



Mengurangkan masa menggunakan media berskrin akan:

  • Memberi peluang kepada pembelajaran
  • Mengurangkan kesan iklan terhadap kanak-kanak
  • Memberi lebih banyak masa untuk melakukan aktiviti kreatif dan permainan yang aktif.
HARI TANPA MEDIA SOSIAL
Kewujudan peranti seperti telefon pintar dan tablet, serta promosi agresif syarikat telekomunikasi tentang pakej internet, menyebabkan penggunaan media sosial, seperti Facebook, Youtube, dan Twitter semakin meluas. 


Terdapat sesetengah orang yang mendakwa mereka sentiasa berada dalam talian selama 24 jam. Oleh itu, tidak hairanlah dengan keadaan sekumpulan orang, yang walaupun duduk semeja, tetapi mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-masing. Ini terutamanya terjadi kepada golongan muda dan dewasa. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar berbanding dengan berbual-bual secara bersemuka dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. 



Dengan aplikasi seperti Whatsapp, sesetengah orang menghabiskan terlalu banyak masa berbual menggunakan aplikasi tersebut, malah mudah terganggu dengan bunyi isyarat telefon. Mereka akan memeriksa telefon bimbit dari semasa ke semasa kerana mereka tidak mahu terlepas apa-apa mesej yang dihantar oleh kawan. Mereka begitu teruja dengan telefon bimbit dan internet. Mereka akan berasa tidak senang sekiranya tidak ada telefon bimbit bersama-sama mereka atau tidak dapat mengakses internet. Ini membuatkan kita terfikir adakah media sosial merupakan satu cara komunikasi yang baru atau satu lagi bentuk ketagihan? 



Jadi, tibalah masa untuk kita tutupkan telefon pintar kita selama satu hari dan mula menjalankan aktiviti yang lebih interaktif dan aktif. Justeru, 25 April 2013 telah dijadikan sebagai ‘Hari Tanpa Media Sosial’ sempena dengan Minggu Tanpa Skrin. 



Anda boleh menutup telefon pintar dan menggantikannya dengan telefon biasa. Ini dapat membebaskan diri anda daripada dunia media sosial, berada di dunia realiti sepanjang hari, membuat sesuatu yang bermanfaat kepada alam sekitar, atau berkumpul dengan kawan-kawan, bermain permainan secara berkumpulan, membolehkan diri anda berseimbang antara dunia media sosial dan dunia realiti.



Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan stres, tetapi juga dapat mengurangkan masalah sakit leher dan bahu yang disebabkan oleh penggunaan telefon pintar dengan menunduk kepala dalam tempoh yang panjang Berjoging atau mendaki bukit bersama-sama kawan-kawan adalah lebih menyeronokkan daripada anda sentiasa menundukkan kepala dan menaip mesej di telefon.



Semenjak kebelakangan ini, Amerika Syarikat dan Taiwan, satu aktiviti yang semakin popular, iaitu dikenali sebagai ‘Berhenti menggunakan telefon ketika makan’. Cara aktiviti ini diadakan ialah, ketika makan bersama-sama kawan-kawan, setiap orang dikehendaki meletakkan telefon bimbit mereka di tengah-tengah meja. Jika ada sesiapa yang tidak dapat menahan diri daripada menggunakan telefon, maka orang tersebut akan didenda dengan membayar harga makanan untuk semua orang. Jika anda benar-benar mementingkan kawan-kawan anda, maka anda bukan sahaja perlu mematuhi peraturan ini ketika makan, tetapi juga apabila berjumpa dengan kawan-kawan anda. 



Aktiviti-aktiviti pilihan yang boleh dilakukan oleh anak-anak dan keluarga

  1. Mengadakan aktiviti bersama-sama keluarga di taman permainan.
  2. Belajar bermain gitar atau peralatan muzik yang lain.
  3. Menganjurkan aktiviti gotong-royong dengan keluarga atau ahli masyarakat.
  4. Aktiviti mencantumkan gambar.
  5. Pergi ke perpustakaan. Meminjam buku atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat di perpustakaan.
  6. Mendengar radio.
  7. Pergi ke zoo.
  8. Warnakan gambar atau mural.
  9. Ketahui tentang pusat komuniti kawasan atau aktiviti-aktiviti di taman anda.
  10. Pergi berenang.
  11. Rancang perkelahan atau barbeku.
  12. Perhatikan aktiviti burung.
  13. Bermain dengan haiwan peliharaan.
  14. Menulis surat kepada rakan atau saudara.
  15. Tanam bunga, sayur-sayuran atau tumbuhan herba.
  16. Membaca majalah atau suratkhabar.
  17. Bermain permainan bola keranjang, bola sepak atau bola jaring dalam kawasan kejiranan anda.
  18. Pergi berkhemah (walaupun di kawasan laman belakang rumah!)
  19. Mengemas almari dan pakaian anda. Dermakan barangan yang berlebihan kepada golongan miskin.
  20. Mulakan catatan diari / jurnal harian.
  21. Pergi ke muzium.
  22. Berjalan kaki sambil menikmati persekitaran. Kutip biji-bijian dan daun-daun. Buat kolaj dengan bahan yang dikutip dan tampal pada peti sejuk.
  23. Bermain kad.
  24. Keluarkan album foto keluarga anda. Kaji salasilah keluarga anda.
  25. Buat cenderamata untuk dijadikan hadiah.
  26. Bertanya ahli keluarga yang tua tentang kisah hidup zaman kanak-kanak mereka.
  27. Belajar beberapa teka-teki dan lawak jenaka.
  28. Pergi ke kedai buku yang berhampiran.
  29. Lihat langit malam dengan teropong; kenal pasti bintang yang berbeza. Perhatikan juga bulan.
  30. Pergi ke pasar raya yang berhampiran.
  31. Berjalan kaki ke tempat kerja atau sekolah.
  32. Berlatih untuk perlumbaan separa marathon.
  33. Pergi memancing
  34. Mulakan projek keluarga.
  35. Membuat roti, kek atau biskut bersama ibu.
  36. Berbasikal.
  37. Bermain catur bersama ahli keluarga.
  38. Pergi ke pasar malam.
  39. Pergi ke membeli sayur bersama ibu.
  40. Membuat kraf tangan dengan benda kitar semula.
  41. Mengambil foto bersama-sama ahli keluarga.
  42. Belajar memasak.
  43. Belajar untuk menyebut frasa yang mudah dalam beberapa jenis bahasa.
  44. Bermain congkak.
  45. Mengadakan pertandingan menyanyi di rumah.
  46. Pergi ke pusat membeli belah.
  47. Belajar bermain gelang hula.
  48. Mendaki bukit.
  49. Pergi ke pesta yang berdekatan.
  50. Membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru.
  51. Menjadi sukarelawan untuk organisasi komuniti atau kebajikan.
  52. Menubuhkan kumpulan senaman komuniti yang membuat aktiviti seperti berjalan, berlari atau berbasikal.
  53. Menjadi sukarelawan yang mengajar membaca, matematik dan kemahiran komputer di sekolah.
  54. Baca satu cerita kepada adik-adik anda.
  55. Mendapat ilham untuk mengarang buku yang baru.
  56. Menubuhkan pasukan bola jaring belia / kanak-kanak.
  57. Mengajar jiran anda tentang perisian komputer.
  58. Mengambil bahagian dalam pertandingan pengembara mencari harta karun.
  59. Melawat ke air terjun.
  60. Menyertai kelas tarian.
Tutupkan skrin anda dan mulakan kehidupan kekeluargaan!