Mar 31, 2013

Hikmah Disebalik Ujian Allah






kredit kepada Master MAZA yang saya kagumi

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Lailahaillah !! 

Mar 6, 2013

101 dreams


Assalam semua
sebenarnya ni tugasan dari Dr Azizan Osman lepas course IMKK
saya dah buat separuh di blog www.norlirazali.com
tapi sebab blog ditutup buat sementara waktu 
so saya fikir,saya nak buat  tugasan101 impian di sini

kiranya ade back up la


so here it goes my list 

101 dreams




  1. saya menunaikan umrah secara percuma pada tahun 2013
  2. saya bawa semua ahli keluarga saya (parents dan adik,adik ipar) untuk tunaikan umrah bersama-sama pada 2014
  3. saya memperbaiki rumah family saya dengan menukar perabot,wiring,cat,garaj,tambah aircond supaya parents saya selesa
  4. saya beli kereta idaman saya CLS 200 kompressor 2013 berwarna hitam
  5. 2016 saya membeli kereta mercedes benz CLA berwarna silver metalic
  6. belikan kereta MPV hybrid untuk family saya supaya boleh bersiar dan berjalan bersama-sama
  7. membawa family menaiki limosin dan bersiar-siar dan bershopping
  8. Belajar bahasa kantonis @ mandarin dan boleh bertutur dengan baik
  9. mempunyai rakan-rakan yang supportive,beriman dan membantu saya
  10. bertemu dan berkawan dengan rakan yang beriman,kaya dan jutawan setiap hari
  11. mempunyai kesihatan yang baik sepanjang hayat
  12. memberikan segala keperluan untuk anak-anak buah saya Annur Mawardah,Putera Zarif Adam,Putera Harith Rayyan
  13. saya memberi duit belanja kepada mak dan abah saya 2k setiap seorang
  14. membuka pusat tuisyen untuk mak saya uruskan selepas mak saya bersara
  15. melangsaikan komitmen saya dan family saya dan kami financially free 2016
  16. membeli 7ekar kebun buah-buahan supaya family dapat berkumpul dan bersama semasa musim buah-buahan
  17. saya membeli sebuah SOHO di area Ampang sebagai kediaman dan pejabat
  18. mempunyai agensi sendiri dan saya bergelar GAM bersama team diamond dan superstar pada tahun 2017 
  19. membeli real estate property sekitar lembah kelang - 5 buah apartment untuk pelaburan jangka panjang (2016)
  20. saya menghias design dalaman rumah saya dengan konsep minimalis dan praktikaliti  konsep macam IKEA
  21. saya buat bungee jumping di sunway lagoon 
  22. saya menunggang kuda di tepi pantai dan buat camp fire
  23. saya melakukan scuba diving di pulau perhentian bersama dengan kawan rapat saya (ladies only)
  24. Retail therapy (shopping) bersama BFF saya setiap bulan (fara,niza,ina,shida,hanim)
  25. Saya belajar membaca dan menghafaz Al-Quran dan khatam setiap bulan 
  26. melakukan sunat tahajud dan dhuha setiap hari,qiamulail setiap minggu bersama keluarga
  27. membuat kenduri doa selamat setiap 3 bulan
  28. saya nak makan lobster yang besar dan sedap di hotel renaissance bersama family saya
  29. saya menguruskan restoran pada 2014 yang menjana pendapatan 1juta setahun pada tahun pertama beroperasi dan pendapatan meningkat setiap tahun
  30. mempunyai business internet yang memjana pendapatan sebanyak 1 juta pada setahun beroperasi dan membantu mereka yang memerlukan pekerjaan
  31. melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan komplementari dan memegang title Dr Norli 
  32. setup bilik pejabat yang dipenuhi dengan barangan Apple
  33. mempunyai bilik hiburan yang mempunyai barangan Sony
  34. dipertemukan dan bertemu jodoh dengan seorang lelaki bujang,stabil kewangan, dipersetujui hubungan daripada kedua keluarga dan beriman, diredhai Allah serta boleh membimbing saya di dunia dan di akhirat
  35. mempunyai suami yang penyayang,tidak merokok,menghargai saya dan family saya serta mengizinkan,menyokong saya mencapai cita-cita.
  36. mempunyai 4 orang cahayamata – 2 set kembar..2 lelaki 2 perempuan
  37. bersembahyang jemaah setiap hari dengan suami di rumah
  38. mendapat title Datuk Seri Dr Norli
  39. bergelar jutawan pada umur 33tahun bersama aset terkumpul melebihi 1 juta
  40. membiayai pembinaan masjid di area negeri Selangor
  41. membiayai rumah/asrama anak yatim @ pelajar tahfiz 
  42. menubuhkankan yayasan di atas nama saya untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran 
  43. menunaikan haji pada 2016 bersama family
  44. merasai ikhtikaf di masjid Al-Aqsa
  45. melawat,bertemu dan membantu saudara seislam di Palestine dan Syria
  46. merasai pengalaman sebagai angkawasan di NASA
  47. mempunyai rumah perlindungan untuk wanita yang teraniaya,anak-anak lorong dan anak-anak tak sah taraf
  48. menjadi sukarelawan untuk membantu orang gelandangan dan mereka yang memerlukan
  49. mempunyai bilik pakaian yang mempunyai almari build in dan tersusun rapi
  50. membuka pusat senaman (gym) untuk golongan muslimah supaya mereka kekal sihat,bertenaga dan menjaga penampilan
  51. mempunyai haruman sendiri (perfume)
  52. membeli-belah bersama family tanpa melihat tanda harga
  53. saya ingin bertemu dengan Oprah Winfrey dan Martha Stewart
  54. saya ingin pergi ke lokasi pengambaran cerita CSI,Bones dan Criminal Minds
  55. saya nak bergambar di Muzium Madam Tussauds (muzium yang ade ramai selebriti terkenal dalam bentuk lilin
  56. berada di Stadium Old Trafford,bermain bola sepak dan menjaringkan gol 
  57. mempunyai rumah yang menghadap pantai yang mempunyai 7 bilik dan 4 bilik air dan dinding kaca yang lutsinar dari dalam tapi luar tak nampak bahagian dalam
  58. mempunyai bungalow with swimming pool dan taman permainan
  59. mempunyai akuarium 2kaki lebar air masin yang mengandungi ikan clown (nemo) dan juga terumbu karang hidup
  60. Travel around the world in 3months 2016 bersama suami tercinta untuk berbulan madu
  61. mempunyai personal driver untuk membawa saya ke tempat yang saya ingini
  62. mempunyai kuda betina yang bernama Charming dan saya akan menjaga dan menunggang Charming setiap hari  
  63. mempunyai label design untuk pakaian sendiri
  64. mempunyai sebuah centre/hospital perubatan komplementari yang menawarkan rawatan yang berpatutan dan juga untuk yang kurang berkemampuan,rawatan percuma
  65. saya akan menaja 7 orang yang kurang berkemampuan setiap bulan untuk menunaikan umrah
  66. menaja 13 orang setiap tahun untuk menunaikan haji
  67. bersedekah kepada fakir miskin,anak yatim setiap hari
  68. memberikan sedekah makanan kepada surau/masjid setiap minggu
  69. membina perpustakaan sebesar Kinokunuya dan dipenuhi dengan segala buku yang terbaik dan dibuka untuk umum 
  70. menulis autobiografi sendiri dan mempunyai buku penulisan sendiri
  71. saya menghadiri seminar Anthony Robbins,T.Harv Eker,Brian Tracy dan sentiasa menambah nilai pada diri saya dengan menghadiri seminar motivasi/pendidikan
  72. saya mempunyai sebuah bot persiaran yang boleh membawa saya dan family belayar ke tempat yang saya ingini
  73. menaiki belon panas dan mengambil gambar yang menarik semasa di atas belon tu
  74. mencuba para-gliding
  75. berkhemah dan jungle tracking di hutan – back to nature-
  76. melakukan berkayak di sungai yang deras
  77. melakukan terjunan daripada kapal terbang
  78. mempunyai jet sendiri untuk membawa saya terbang ke seluruh dunia
  79. memberikan bantuan kepada sekolah pendalaman
  80. mempunyai sebuah rumah untuk kucing-kucing terbiar atau ditinggalkan dan mempunyai pekerja yang menguruskan mereka
  81. mempunyai perniagaan dalam bidang perternakan kambing dan pertanian yang mengeksport ke luar negara
  82. meluncur ais di Gunung Aspen
  83. memanjat Piramid di Mesir
  84. bersiar-siar di Istana Taj Mahal dan Gunung Kashmir
  85. mempunyai spa sendiri supaya saya sentiasa dapat melakukan rawatan dan urutan yang eklslusif di setiap kunjungan
  86. mempunyai koleksi jam yang antik dan rare Rolex
  87. mempunyai koleksi aksesori dan mempunyai designer sendiri
  88. mempunyai 5 franchise stesen minyak Shell di seluruh malaysia
  89. mempunyai perlindungan diri insurans sebanyak 10juta
  90. membuka makmal komputer yang memberikan pendidikan mengenai kemahiran internet kepada kampung pedalaman
  91. mempunyai rancangan sendiri bertemakan motivasi dan kesihatan macam Oprah Winfrey
  92. membuat popup kad untuk insan yang saya sayang dalam hidup saya
  93. sentiasa beramal melalui Al-Quran,hadis dan Sunnah Rasulullah
  94. saya kaya,berjaya,dan bahagia dunia dan akhirat
  95. sentiasa mempunyai sifat mahmudah,penyayang dan hidup dalam keadaan amazing dan greatness
  96. mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan percaya Allah itu Maha Besar dan Maha Pencipta dan tiada yang mustahil baginya
  97. merasa bahagia disamping family,bersama suami dan anak-anak yang soleh dan solehah dan sentiasa dalam ukhwah dan lindungan Allah
  98. memohon supaya segala perkara yang saya lakukan di dunia ini untuk pencen di akhirat kelak
  99. berada dalam kesedaran yang tinggi semasa melakukan segala perkara and menghargai setiap momen dalam hidup
  100. Sihat dan sempurna akal dan tubuh badan untuk melakukan ibadat dan tugasan harian setiap hari dan melakukannya kerana Allah Taala
  101. Mohon dimatikan di dalam Husnul Khatimah dan dalam keadaan tidur.
Saya ikhlas,saya pasrah dan saya redha dengan segala ketentuan mu Ya Allah
Alhamdulilah,Subhanallah,Allahuakbar
Amin Amin Ya Rabbal Al Amin

Mar 5, 2013

oilsave 1 world


As salam semua
di kesempatan ini saya nak ucapkan takziah kepada keluarga perwira negara yang gugur semasa mempertahankan negara kita yang tercinta

semoga mereka ditempatkan di tempat yang diredhai Allah dan di kalangan mereka yang beriman

Al-fatihah

Okla berbalik pada tajuk entri...kat sini saya nak kongsi barang baik yang saya dah cuba dekat sebulan dan hasilnya mengagumkan

contonhya dengan kereta 1.5L auto boleh pergi Melaka dengan hanya rm20
(bukan pergi balik la dan bukan pakai keta myvi,kancil,viva)

dan biasa kalau full tank rm70 boleh jalan mileage dalam 300+ dan sekarang boleh cecah 500+
(seronok gila ukur jalan sekarang...hehehe)

nie benda nya yang saya duk bebel citer dari tadi

Sekotak ni ada 5 botol = RM39
kalau nak beli sebotol je RM10

cara guna : 20ml oilsave ni bagi campuran 50liter petrol/diesel
(saya biasa sebotol utk 1 full tank)

kalau nak 1 liter je..cuma letak 3 titik

kelebihan oilsave:
1. menjimatkan duit minyak melebihi 50% (terbukti sebab biasa kalau jalan jauh2 kena isi 2kali tapi ni sekali jer)
2. menambah pecutan (kalau biasa keta yang dah melebihi 5tahun,ade la rasa semput nya sebelum pakai oilsave ni...tapi bila dah pakai memang rasa pick up lebih sekarang ni)
3. menukar prestasi ron95 kepada ron97 (memang betul weh...kena sendiri cuba baru tau )
4. meningkatkan kualiti diesel kepada Euro4 (kepada pengguna diesel la..saya tak pakai diesel huhuh)
5. mengurangkan pembebasan asap kenderaan (bagus kan....mengurangkan pencemaran udara)
6. enjin mudah dihidupkan
7. membuat enjin lebih sejuk dan senyap (keta I memang senyap..hihihi)
8. berupaya merawat kerosakan enjin dan memanjangkan jangka hayat enjin (Insya Allah)

okla,sekarang ni sedikit tips dan eksperimen daripada saya selepas menggunakan oilsave 1 world selama sebulan ni

1. disyorkan pakai minyak shell dan BH petrol...dan tidak digalakkan pakai minyak petronas
(sebab bila pakai shell,minyak full tank sangat susah nak turun walaupun dah guna 2hari,tapi kalau petronas efek dia macam biasa...minyak lain macam Petron atau caltex belum cuba lagi..nanti dah cuba saya bagitau naaa)
2. isi minyak waktu sejuk tak kisahla lepas ujan ke tapi saya syorkan waktu malam supaya dapat lebih liter

so cara pengunaan nya


1. tu la rupa oilsave
2.bukak penutup botol
3. bukak ring yang kat botol tu takut termasuk dalam tank memang la naya kang
4. bukak corong kat botol tu supaya senang nak isi dalam tank
5. lepas tu tuang dalam tank dan terus isi minyak
* sila goncang dulu botol sebelum digunakan
* bau dia macam minyak masak je so kalau lekat kat tangan tu xde hal boleh lap kat kain atau tisu

itu sahaja perkongsian saya hari ni
kalau berminat nak produk ni...boleh pm saya kat fb
kat sini
 atau email pada saya
prinze.junior@gmail.com

Jom cuba ramai-ramai dan kita sokong produk buatan Malaysia