Feb 15, 2013

Revenge


As salam semua...apa khabar?
semua sure masih dalam mood bercuti kan..sama la kita 
cuti lama,adik-beradik semua pun balik ke rumah parents,anak buah (Annur Mawardah) pun balik so rumah meriah sangat...
mak pun hari-hari masak untuk kami...cuma lauk semua untuk orang berpantang..tapi saya ok je..bedal je 
tu yang badan makin naik
(tak nak terima hakikat,dulu sibuk nak gemuk...hahaha)

owh,pasal tajuk entri..takde kena-mengena dengan intro pun hehe cuma saya ni jenis suka tengok TV sebenarnya cuma bila datang time busy memang seminggu dua la tak bukak TV tu..

namun,bila saya tengok TV saya suka berfikir moral of the story yang ingin disampaikan
rabu lepas saya berkesempatan untuk tengok citer 'Revenge'

citer yang berkisar tentang dendam seorang anak terhadap kekasih mantan ayahnya dan bertekad untuk memusnahkan hidup dan family wanita berkenaan

Emily Thorne atau nama sebenar Amanda Clarke ingin memusnahkan hidup Victoria Grayson,sebuah keluarga kaya dan daripada karektor Amanda,kerana dendam...manusia boleh bertukar menjadi licik,pandai mencari jalan untuk menjatuhkan masing-masing...sentiasa ada muslihat dan menyebabkan ramai orang terlibat dengan dendam yang sebenarnya bersifat peribadi..and the story jadi makin complicated..

Amanda nampak seorang yang tekad dan dingin...tapi dia memilih untuk mendekati anak Victoria yang sangat osem, Daniel dan akhirnya dia mengaku yang dia jatuh cinta...so sweet laaa
tak sabar nak tunggu next episod or saya nak google untuk download whole episod citer ni...

Berdendam...sifat yang saya akui DULU saya juga punyai sikap ini...
saya dendam pada mereka yang menyakiti diri atau hati saya...
sehingga menyebabkan saya bertekad untuk enggan membiarkan saya disakiti lagi
saya telah sabotaj diri sendiri dan enggan beri peluang pada orang luar untuk kenal diri saya

berdendam ni ibarat meneguk racun di dalam mulut dan berharap orang yang kita dendamkan mati..padahal kita yang akan mati akhirnya..

dan akhirnya saya sedar perkara ini tidak membawa kebaikan pun...menyebabkan saya kesunyian dan hati menjadi kering...dan saya berubah
 Alhamdulilah...tak ada guna berdendam,berburuk sangka dengan orang...setiap yang berlaku pasti ada pengajaran...dan kehidupan saya kembali ceria dan meriah..bertemu dengan mereka yang positif, bercita-cita tinggi dan sentiasa menyokong saya..

Insya Allah,sekarang saya tak menyimpan dendam pada sesiapa pun...mungkin pernah termarah atau termaki di dalam mesej,whatsapp atau apa jua la..mungkin pada masa itu emosi agak terganggu..maka saya mohon maaf
semoga Allah sentiasa pelihara saya supaya tiada hasad dendam yang terbit dari hati ini walaupun saya disalahanggap,disakiti...hanya Allah yang mampu membalas yang sepatutnya..
bukan saya yang patut menghukum sedangkan dosa saya pun sebanyak buih di lautan...

so sekarang ni,buat apa yang anda rasa happy...selamat malam semua






No comments:

Post a Comment